Tuesday, January 20, 2009

BUSH SUDAH BERAKHIR, MEMBAWA KEHANCURAN

George W Bush adalah Presiden Amerika Syarikat ke-43 yang berakhir tugasnya semalam telah dirundung dengan berbagai pergolakan yang belum selesai seperti di Iraq dan Palestin, kejatuhan kemelut ekonomi AS

Dalam kejadian yang mencemarkan kedudukanya sebagai peminpin ialah bila seorang wartawan telah melempar kasut kearahnya dan beliau adalah merupakan seorang Presiden paling teruk dan meletakkannya sebaris dengan Herbert Hoover,Warren Harding dan James Buchanan.

Bush telah menamatkan pentadbirannya selama lapan tahun dengan krisis kewangan paling dahsyat dalam tempoh 80 tahun,

Bush cuba mencari popurlarity dengan serangan 11 September 2001 kemudian peperangan di Iraq di samping kegagalanya menangani kejadian Taufan Katrina dan kecairan di Wall Street.

Bush bersara dengan tumpahan darah di bumi Palestin dan sekarang apakah Obama mampu menghentikannya apabila mengambil alih taktha 20 Januari ini?

No comments:

Post a Comment