Tuesday, July 7, 2009

Kurap,Kayap,Panau dan Kusta


Foto : Kalau oarng jaga kebersihan, pasti penampilanya meyakinkan. Kalau anda seorang selekeh maka anda adalah sorang malas dan kurang menarik.


Mandi pagi, gosok gigi, salin pakaian, bedak muka, potong kuku, sikat rambut dan jaga hak barang peribadi kita. Inilah satu penekanan yang saya belajar dari seorang lelaki yang bernama "ayah"
Saya ingat lagi didikan ayah saya mencemuh seekor anjing kurap yang merayau rayau di tepi jalan. Maka pada satu hari ayah bercerita pada saya kenapa dia di panggil "anjing kurap atau kucing atau manusia pengotor". Ayah saya orang negeri Sembilan, asalnya keterunanya adalah dari Negeri China. Maka ayah saya seoarng yang sangat banyak mengajar saya erti sebuah "Iman" kenapa saya kata begitu, dalam hadis nabi " Kebersihan itu sebahagian dari Iman" besar makna tu.

Ayah kata,

" Kurap itu adalah sejenis peyakit kulit yang susah juga nak berjangkit, tapi kalau dia sudah hinggap pada badan tak kiralah badan haiwan atau manusia maka untuk pulih itu sangat sukar, perlukan berbagai ubat ubatan dan pernah di kata orang bahawa kurap ini adalah peyakit bawaan syaitan. Kurap ini di hinggap pada kulit yang kotor, busuk dan berkuman. Kadang kadang tu kita tak sedar tiba tiba kita lihat kulit dah bergerutu aje, dan gatal gatal warnayanya macam cokelat aje. Kalau di istilahkan dengan perkataan yg kasar sikit ialah di panggil "kusta", anda tahu kusta tu apa? jangan buat main peyakit ini. Ini adalah peyakit kulit yang makan tulang dan daging kita. Kalau kita dah kena hinggap peyakit ini maka kita akan di kurantinkan di hospital kusta di Sg Buluh dan tidak di benarkan keluar dari situ kadang kadang itu sampailah ajal pun kita di situ. OK lah itu kusta itu dalam golongan peyakit kulit kelas satu, tapi yang saya nak beritahu ni kurap, kayap atau panau. Kurap adalah peyakit kulit nombor tiga.Kurap ini dia suka hinggap pada kulit yang tak bersih atau berkulat, tak kiralah haiwan atau manusia, mula mula kena tu kulit kita rasa gatal gatal, lama lama dah tak gatal lagi, tempat yg kena kurap itu kulitnya tebal,kebal dan kebas serta bergerutu halus halus serta berair dan kalau orang pompuan kena sebab tak tau jaga kebersihan, malu tau... Kalau orang lelaki kena malu juga dan orang pompuan rasa jijik sikit.

"Kenapa kurap ni hinggap kat badan aku ye" kadang kadang kita marah sebab sapu ubat pun kurap tak hilang juga. Anda tahu sebab apa?
hah ni saya nak bertahu, ni pesanan ayah saya

1 Suka tidur tak kira masa dan tempat, dan kulit kita jadi tak sihat kadang tempat kita tidur tu tak bersih.

2 Tak suka mandi, pagi tak mau mandi, kalau nak gi mana mana sarung aje baju , maka badan yang berpeluh pada waktu pagi tu melekit lekit.Baunya anda bau sendiri...

3 Pakai baju atau seluar yg tak berbasuh, pakai spray aje dgn pewangi. maka tunggu sang kurap akan merayap

4 Meyarung baju yang tak kering atau lembap ini adalah sahabat kurap yang sangat suka menumpang.

5 Basuh baju basuh tak jemur di matahari. Pakaian tak kering betul

6 Tempat tinggal tak bersapu dan bermop, kotor.. macam macam benda ada.maka sang hama dan kuman kuman berterbangan.

7 Sampah tak berbuang, kadang sampai keluar ulat

8 Baju terperap dalam bilek air hingga berkulat dan reput

9. Baju teremdam dalam baldi berhari hari atau sampai berminggu, bila di keluarkan airnya satu aroma yang sangat busuk pada pakaian dan air rendaman itu. Maka tunggulah kulit akan di rayap oleh kuman kayap. Kalau ini anda amalkan anda akan kena "kuyap ular". Peyakit ini akan membawa maut sebab bila kena sakitan ini denyutan pada tulang dan kulit kita macam di bahang oleh api, begitu sakit dan pedihnya.

10.Jarang menukar pakaian dalam, ini sangat bahaya pada kaum wanita, dan sangat menjijikan pada kaum lelaki, peluh peluh yang melekat pada pakaian dalam anda dia kan membawa bauan yang kurang enak dan busuk, kalau anda ulang pakaian maka satu peyakit yang akan masuk kedalam tubuh anda terutama para wanita, iaitu "kulat" .


Saya nulis bukan lah saya mahu anda mahu jadi pembersih, tapi saya harap anda tahu menjaga kesihatan anda,

kalau anda dalam keadaan yang bersih anda kelihatan menarik dan berseri seri. Anda tidak kekok bila berdampingan dgn orang. Kalau anda ada bau maka orang yg dekat dgn anda akan cari jalan untuk menutup hidung, kalau anda ajak orang salam peluk, orang akan mengelak. Itulah hinaya orang tak jaga kebersihan.

Cuba anda lihat kalau kucing kurap siapa yang suka usap bulunya, kalau kucing parsi yang bulunya lembut dan bersinar semua orang akan belai dan usap, kadang kadang orang akan kucup dia. Oleh itu jagalah kebersihan diri anda jangan masuk dalam golongan "Kurap"

No comments:

Post a Comment