Foto : Hidup ini satu perjuangan dan perlukan ketabahan, kesabaran dan kekuatan.
Dalam hidup ini ada satu perkara yg orang sering lupa dan abaikan iaitu " bila susah, kita susah bersama, tapi bila senang, jangan mimpilah orang pernah membantu kita waktu susah dulu kita bawa dia sekali untuk menikmati apa yang kita kecap sekarang" kadang kadang saya rasa teruja juga kehidupan yang kadang kadang mendadak jadi macam ni, kadang jadi macam tu
Foto : Anak anak yatim kami di Acheh
Saya rasa kita sebagai manusia ini perlu tahu di mana rahsia kehebatan kita di mata orang. Apakah dengan jurang yang telah tetapkan? atau dengan pendirian kita? atau pun kita adalah orang yang terdesak? Saya tidak kata saya manusia yang gagal atau saya manusia yang berjaya. Tapi saya selalu di suluh sebagai insan yang telah lari fokus yg telah di tetapkan.
Saya sering menguji kemampuan saya sendiri. Apakah saya dapat berlari selari dengan tugasan yg kian berat di pundak saya ini. Saya sering menangis sendirian bila memikirkan apakah tanggungan yang ada sekarang ini membebankan saya atau ujian bagi saya. Hari hari orang sering mencari kelebihan yang ada pada saya, tapi orang tidak mahu tahu apakah kekurangan saya.Foto : Matahari merah ini adalah suasana di Acheh.
Sebak di hati saya tidak berkurangan walau pun limpahan airmata saya memikirkan sesuatu di luar dari batasan kemapuan saya. Walau pun hari hari saya cerita tentang bagaimana saya mahu menanggung sebuah rumah anak yatim yang mengharapkanm 100% dari wang saku saya?
Bagaimana pendidikan anak anak orang asli yg murtad, untuk saya dirikan sebuah tadika serta membiayainya berbelanjaanya,
Bagaimana saya mahu menyumbang dana bulanan untuk makanan tambahan anak anak pengulung di Kg Pisangan yang telah lama saya abaikan dari memberinya.
Bagamana saya mahu memberi bantuan biaya hidup anak anak yg datang dari kemboja belajar ke Malaysia di mana mereka ini anak yg sangat miskin.
Ini semua adalah lambakan yang sedang menengek di atas bahu saya.
Apakah saya ini jutawan ? apakah hartawan kah saya? atau apakah orang kenamaan kah saya? itu bukan saya. Kadang kadang itu saya terpaksa menadah muka minta di beri peluang untuk bersuara meyampaikan apa yang saya pikul ini. Saya sering di perolok olokan oleh orang dengan berbagai cara.Bukan sekali, tapi berkali kali. Mereka janji bermacam bantuan, tapi sampai ke hari ini janji mereka ibarat abok saja, sedangkan tembolok anak itu perlu di isi, minda mereka perlu di isi dengan ilmu, jasad mereka perlukan penjagaan, maka saya terpaksa bergadai bergolok untuk memenuhi keperluaan mereka. Ada juga orang kata, apalah susah begini, dia bukan anak bangsa kita, dia bukan saudara kita atau dia bukan anak awak.
Saya kelu untuk menjawapnya. Kerana saya tidak arif bagaimana dengan pendirian mereka. Saya rasa saya perlukan satu rombakan dalam perjuangan, iaitu saya perlu kuat, tabah, sabar.
Dan hari ini kalau orang tanya awak ada berapa buah rumah? saya geleng kepala.
orang tanya lagi, awak ada berapa ekar tanah? ada tapi itu pun saya dah wakaf untuk buat sekolah tahfiz,
orang tanya lagi, awak ada berapa simpanan dalam bank? saya jawap, kalau saya mati hari ini pun mungkin kain kapan saya pun akan di sedekahkan oleh orang. Maknanya dalam bank saya kosong, Dan yang paling banyak isinya RM25 sahaja iaitu pada hari blog ini di tulis.
Dan orang tanya lagi awaak ada berapa buah kereta? saya kata saya ada sebuah kereta yang rosak yg tak mampu saya repair dan roadtaxnya dah 1/2 tahun tak di perbaharui.
Orang tanya saya, banyak mana awak bayar zakat emas? maka saya kata awak bole lihat, tak ada seurat emas pun yg jadi perhiasan di badan saya. Semuanya dah jadi tak perlu lagi bagi saya.
Ada orang tanya, bagaimana awak membeli barang makan untuk sebulan? saya kata saya hanya kadar cukup tek tarik dan roti kosong untuk mengisi perut pagi dan petang dan saya pastikan saya akan makan nasi dua hari sekali.
Kerana apa saya jadi begini, saya beri apa yang saya ada untuk keperluan mereka yang sangat memerlukan dari saya. Anda tahu bagaaaimana tekanan jika ada call dari seberang "Ibu Rusnah, kami di sini sudah lama tak makan nasi lauk ayam" kadang kadang tu "Ibu Rusnah, kami mahu masuk kelas baru, guru minta buku buku baru" Jadi perasaan saya seperti terlerai. Apakah saya ini hanya penting untuk habuan hidup saya atau saya perlu beri apa yang saya ada?
Kerana saya bukan lah jutawan. Tapi hati saya sungguh rawan dengan kehidupan mereka yang lebih parah dari saya.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSalam kunjungan dari saya.
Terkadang kita merasa hidup kita sudah senang lenang..namun ada yang lebih derita lagi dari kita..sama-samalah membantu bagi yang mampu.
Kalau tuan rumah kelapangan, sudi-sudikanlah ke laman webblog saya untuk bertukar pendapat dan link. Insya'Allah, moga mendapat manfaat berguna.
Sila klik:-
Kembara Sufi Mencari Aspirasi