Tuesday, June 30, 2009

Kisah Yaqazah


Ini bukanlah satu cerita rekaan , tapi ini adalah kebenaran yg telah saya lalui sendiri 25 tahun yg lalu. Waktu itu saya adalah ahli simpati kepada satu jemaah. Jemaah ini memang glemer gilalah waktu itu. Semua orang mahu jadi ahlinya, iaitu jemaah yang menghidupkan sunnah dan menguatkan iman serta amal, kata boss jemaah itu.

Pada waktu itu ada satu agenda didalam jemaah itu yang mahu mengukur keimanan dan ketakwaan seseorang. Nama agenda itu "Yaqazah". Yaqazah yg di perkenalkan oleh Hj Halim ( org no 2 dalam jemaah itu)kepada bossnya. "Agenda ni lain sikit".Kata Hj Halim "kalau Sheikh Suhaimi boleh jumpa dgn Nabi secara jaga, maka kita pun boleh jumpa nabi secara jaga juga" maka sebagai langkah pertama Hj Halim telah beryaqazah terlebih dulu dgn Sheikh Suhaimi. kata hj Halim " Sheikh Suhaimi dia nampak kita, tapi kita tidak nampak dia", Sebenarnya Sheikh Suhaimi pun tidak ujud dengan nyata, tapi dia telah membisikan sesuatu padanya, ini sebenarnya helah hj Halim , dia telah di tipu oleh syaitan. Maka dia pun menulislah soalan pd kertas. KataHj Halim kononya Sheikh Suhaimi telah membisik sesuatu jawapan padanya dan Hj Halim telah menulis jawapanya pada kertas juga. Maknanya dia buat soalan dia juga buat jawapan. Usaha Hj Halim ini mendapat pengiktirafan dari bossnya. Maka agenda yaqazah ini bermulalah...

Untuk agenda tipu muslihat syaitan ini ada pengantaranya iaitu yg di panggil "kasyaf" iaitu org yg boleh melihat Nabi, diantaranya ialah pemandu peribadi boss jemaah itu dan juga para isteri boss itu. Tapi mereka ini gagal dalam istilah lain tidak bijak untuk membuat muslihat. Maka Hj Halim memperkenalkan seorang yg berasal dari Sabah kalau tak silap saya namanya setelah Islam iaitu Mujahid, lalu di perkenalkan pada bossnya dan si Mujahid ini telah mendakwa dirinya boleh bertemu dgn Nabi secara jaga.

Pada ketika itu saya baru ada anak seorang, dan saya menganggap diri saya ahli simpati kerana saya sibuk dan duduk jauh dari markas. Pada satu hari nama saya telah naik untuk di yaqazahkan di markas. Seronok dapat yaqazah, kata ahli jemaah yg namanya tak di panggil maka si Mujahid tak nampaklah dia tu. Saya dengar para pemimpin atasan didalam jemaah itu Yaqazahnya di Thailand dan Singapore, kami yang ahli ikan bilis ini yaqazahnya hanya di Markas aje. Ada juga ahli yg tidak ada duit nak pergi jauh jauh, kalau nama dah naik kena bergolok gadailah sebab nama dah naik. Aiii.. nasib baiklah saya di markas aje. Yuran untuk pemimpin ni ikut ketegori, ada RM 150, RM 100 dan RM 50. Ramai kalau sekali agenda Yaqazah ni, ai banyak boss jemaah dapat duit gitu gitu aje.

Pada hari yg di tetapkan saya pun pergi untuk yaqazah, yuranya RM 15 sahaja. Isi borang peyertaan. Smart jemaah ini buat propaganda tau.Ramai... semua wanita dari berbagai tempat, universiti dan sektor swasta dan kerajaan. Dalam kiraan saya 2000 org. Yang lelaki hari lain.

Ini saya nak cerita pasal saya

Maka kami telah di arahkan masuk ke dewan yg telah di tetapkan penuh dan padat. Dan di depan ada tiga kerusi, di tengah tengah kerusi baldu merah dan di kiri kanan hanya kerusi kayu. Tiba tiba keluar beberapa org lelaki yg muda muda dan kacak kacak, kami semua senyap sepi dan mata kami memandang kesusuk tubuh yg keluar dari balik tabir berwarna hijau. Ada suara janggal berkata " macamana ye keadaan kalau nabi datang"

Haa ni Yaqazah dah nak mula ni, yang duduk di tengah tu mungkin si Mujahid agaknyalah saya tak kenal, dan kiri kanan mungkin anak boss agaknya dan dua orang lagi itu saya tak kenal juga kata orang di belakang saya pembantu si Mujahid .Maka bermula drama yaqazah dengan selawat salam, zikir dan selepas itu bertafakur dan ceramah maki hamun serta sumpah seranah kerana banyak orang dalam dewan bawa dosa.Merah padam muka Mujahid menjalankan upacara yaqazah. Katanya dlm dewan panas sebab bahang dosa. Setelah itu kami di minta kena sujud. Dalam masa sujud itulah kami semua di beritahu bahawa amalan kami bermacam macam dan kebanyakan kami bermuka binatang terutamanya binatang bernama khinzir dan anjing. Maka kalau mahu menyuci dosa dan rupa maka kami mesti buat beberapa zikir sampai berpuluh ribu kali. Dan ini yg paling saya nak cerita ini. Bab Ahli syurga.


Maka tiba masa pencarian bakal ahli syurga pula. Setelah kami semua di anggap sebagai binatang kerana dosa dosa kami, ada jugalah ahli surga. Setelah mujahid cerita tentang apa yang didengarnya dari bisikan Nabi kepadanya maka ahli syurga itu jatuh kepada seorang mahasiswa UKM, mujahid boleh tahu namanya dan syurga mana yg dia masuk dan student tu belum khawin lagi dan cantik. Kata Mujahid, mata mata kami yg banyak dosa tak nampak nabi, baginda ada sebenarnya sedang memerhatikan acara yaqazah itu. Hanya dia sahaja yg nampak.


Maka untuk mencepatkan bakal ahli syurga itu untuk masuk syurga maka dia mestilah khawin dengan orang yg di tetapkan nama calon suaminya pun dah ada. Maka terpinga pingalah student tu. Maka semua orang mahu melihat ahli syurga tu.Termasuklah saya, tapi tak dapat jumpa kerana dia telah di kerumuni oleh orang ramai di cium dan di peluk... ialah ahli syurga.

Ni cerita saya belum habis lagi ni, tadi setelah di beritahu tentang ahli syurga maka kami di minta untuk menangis sekuat kuatnya dan tangislah semahu mahunya. Air mata saya tak keluar,puaslah saya buat tapi tak keluar, maka saya pun buat muka memek nangis juga, sebab semua orang nangis. Ada juga juga saya lihat beberapa orang kena histeria dan mereka berguling guling atas lantai sambil menepuk muka dan menampar nampar dinding. Si Mujahid kata biarkan itu tanda penghapusan dosanya, Dan org nangis tu dia telah berjaya menghapuskan dosa dosa kecilnya.

Si Mujahid telah di pandang sebagai dewa suci dan kata si Mujahid lagi, kalau tak mampu menangis, harta pun boleh sebagai penebus dosa. Maka ramai orang meyumbang harta dan duit untuk jemaah itu. Setelah tamat agenda "Yaqazah" Si Mujahid dan gengnya masuk ke bilik belakang dan ketawa berdekah dekah, " semuanya kena tipu" kata mujahid dan geng sambil makan makan dan cerita pasal wanita. Mereka sukalah sebab kami semua di minta buka purdah,

Dan jangan anda tak tahu ada juga ahli yg serah isteri tau!. Agenda ini telah menambat hati boss. Kata si mujahid bahawa Nabi telah masuk kedalam badanya pada waktu yaqazah itu, Pada saat ini kedudukan boss di dalam jemaah adalah di puncak yg paling atas sekali, ramai tukang ampunya dan di masa itu kalau di sebut aje nama mujahid akan tergambarlah seorang pemuda yg suci. Maka pada ketika itu si boss telah menukar namanya ke.............Tak boleh cerita banyak sangat.OK lah, saya kira saya adalah orang melalui zaman kemuncak jemaah itu dengan lakunan syaitan yg bertopengkan manusia dan mempermainkan Rasulullah, serta memperbodohkan orang dengan agenda untuk mengukuhkan kedudukan dan kemewahan hidup. Saya dengar Mujahid sekarang telah jadi jaga di sebuah Bank di KL. Saya harap dia tabah menjalankan hidup ini dengan sebenarnya dan bukan di pergunakan oleh orang.

2 comments:

  1. pernah terbaca pasal jemaah ini menerusi sebuah buku.

    karangan Ann Wan Seng.

    kata penulsi, belum ada siapa2 yang mahu tampil utk bercerita dan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dalam majlis Yaqazah itu.

    Rasanya Puan org pertama (mungkin) yg menulis mengenai majlis tersebut.

    Dan di dalam buku itu menurut penulis lelaki yg kononnya kasyaf itu berasal dr Filipina.

    Allahu a'lam

    ReplyDelete
  2. Jemaah Ahmadiah ke? atau jemaah lain
    sebab pernah hadiri dlu masa sekolah ceramah jemaah ahmadiah berkaitan "kasyaf" yg sedihnya seorang dari sahabat saya telah menjadi ahlinya yg sah dan telah di hantar ke india untuk mendalami ilmu mereka..

    ReplyDelete