Sunday, June 14, 2009

Jemu, Bosan & Putus Asa

Foto : Orang yang seperti ini layak utk meminta, tapi kalau kita yg sempurna sering meminta minta dan minta simpati, maka kita adalah insan penindas dan suka mengambil kesempatan atas orang

Bila di sebut jihad, maka terbayanglah di mata orang kebanyakan bahawa org yg mahu berjihad ini mesti ada duit, harta dan nama tak penting... yang penting fulus. Maka ketika saya dalam perjalanan dari Kajang ke Damansara bersama dengan seorang bekas guru saya (sekarang suami lah) kami bersembang panjang tentanfg mahu mencari dana untuk aktiviti yang kami adakan seperti rumah anak yatim di Acheh, program orang asli di Kg Merbau Maran Phg dan juga program halaqah remaja masjid yang sangat susah untuk dapat bantuan dari orang. Maka dia banyak memberi cadangan dan pandangan pada saya kalau saya mahu membuat kerja kerja sukarela. Antara tip yang selalu di sumbat ketelinga saya ialah saya mesti ada duit bukan sugardaddy( maksud dia saya selalu minta duit poketkanya untuk program yang saya buat) saya mesti dapat imbuhan dari kerja yang di buat bukan setakat percuma aje dan setiap kerja mesti ada lapuran bukan di biarkan orang lain meniru dan membuatnya serta mengaut keuntunganya .Ada lagi katanya mesti tahu buat pengurusan seperti sebuah syarikat besar dan badan kebajikan ini mesti boleh bikin wang. Maka saya pun buatlah kesimpulan bahawa patutlah orang pandang saya ini seperti orang senang sahaja atau seperti orang berada dan berkemampuan tapi sebenarnya "habuk pun tarak" sebab apa? kalau anda semua mahu tahu,

Foto : Saya sering melatih putra & putri saya untuk memberi khidmat tanpa mengira sebarang imbuhan, tapi kadangkala itu kehidupan hari ini amat sukar untuk mencara istilah relawan atau sukarelawan


bukan setakat orang susah dan papa kedana atau orang cacat serta malas dan orang yang di timpa bencana alam sahaja yang mahu simpati dari saya, malah orang dah senang, dah ada keperluaan hidup dan yang sudah cukup segalanya mengadu pada saya minta di bantu untuk menokok tambah apa yang dia sudah ada.

Saya rasa bahawa orang yang macam saya ini sering di pergunakan oleh orang dan orang mengambil peluang. Saya ada seorang kawan, dia selalu datang jumpa saya dan sering talipon. Kawan saya ini adalah orang yang ada pekerjaan tetap, ada mobil, ada keluarga. Tapi bila jumpa saya pasti dia akan merayu begini"puan... kita ni buat kerja kebajikan, saya minta tolong puan kalau boleh tolonglah saya nak buat kerja kerja kebajikan iaitu saya nak buka gerai laksa penang, tapi modal tak cukup, kalau puan ada duit lebih saya nak minta sumbangan dari puan, kerja yg saya buat ni kebajikan juga " luahan kawan saya tu, luahanya membuatkan saya rasa serbasalah, bila saya kata saya tidak ada duit. Dia kata " mana boleh puan tidak ada duit, puan ada rumah anak yatim, selalu buat program macam macam" saya kata rumah anak yatim duit org bagi, saya urus sahaja". aaa ...beginilah manusia selalu menindas orang lain untuk kepentingan diri sendiri.
Kadang kala tu saya ada juga rasa jemu dengan telatah orang yang tidak tahu malu seperti kawan saya ini, serta bosan melayan kerenah orang yang meminta minta tidak kesudahan. Orang suka meminta ini, malunya tidak ada... yang dia ada mahu mengikis dan saya juga rasa berputus asa dengan sikap saya sendiri kerana sentiasa memberi dan memberi tapi orang tidak tahu rasa cukup dan puashati. Kadangkala itu sepatutnya kita mesti tolong yang memerlukan bantuan kita, bukan kita megambil hak orang yang bukan selayaknya untuk kita nikmati. Itulah manusia tembolok dan perutnya seperti lautan, tiada puas dan cukup. Terima kasih kepada peyumbang yang iklas untuk membantu saya di dalam program dakwah dan bantuan bencana alam.

No comments:

Post a Comment