Foto : Kita hanya insan yg sangat kerdil. Kita harus lakukan sesuatu bukan kerana menunjuk atau ingin membalas dendam. Balasan Allah itu hanya beberapa minit sahaja. Inilah rupanya jasad kita.
Kita adalah insan yg kerdil. Serba kekurangan. Tapi Allah telah membekalkan manusia ini dengan jasad yang sempurna, dengan pemikiran yang baik dan dengan perasaan yang bagus. Kesempurnaan ciptaan Allah ini telah membuatkan manusia lupa tentang kejadiaanya. Kadang kadang tu kita terlalu memikirkan "aah aku boleh buat, aku mampu, aku kuat, aku berkuasa,aku bijak atau aku ni memang bagus... orang lain tak macam aku" ha! maka getusan riak ini telah menguasai pemikiran kita, dan akhirnya kita jadi takabur.
Foto : Hidup di atas dunia ini kecerdikan, kekayaan, kuasa bukan ukuran. Manusia di nilai pada keperibadiaanya yg mulia dan bertakwa. Jangan jadi manusia yg sombong dan riak.
Iyalah kadang kadang itu memanglah kita boleh buat tapi penghujungnya Allah uji dengan keiklasan kita. Apakah kita melakukan sesuatu itu mahu menunjuk nunjuk atau mahu membalas dendam? saya teringat anak bongsu saya bercertita tentang seorang kawanya yang mahu mengambil SPM pada 2008. Hani seorang pelajar yg cemerlang dari tingkatan satu lagi, malah kecerdikanya tidak diragui lagi oleh ayahibunya dan juga guru di sekolah, malah kawan kawanya tetap kagum dengan kecerdikanya.
Foto : Saya tertarik dengan keperibadian Nik Nur Madihah. Tidak sombong dgn kejayaanya dan tidak takabur dengan kelebihanya. NIK NUR MADIHAH PERMATA GENERASI RABBANI. Bagaimana dgn kita?. Kadang kadang sijil berlambak lambak, tapi orang tak nilai, kerana kita tak iklas
Dia sangat bangga dengan kepandaianya dan dia selalulah beri nasihat pada adik adik di dormnya bahawa kita ni mesti belajar pandai pandai, nanti bila dah besar boleh jadi orang besar(orang yg berjawatan tinggi lah tu). Kalau nak pandai mesti pandai berdoa dan sembahyang hajat macam kak hani ni" itulah nasihat dia pada adik adik di dormnya. Hani belajar bersungguh sungguh dan dia sudah target bahawa dia akan dapat satu keputusan yang cemerlang kerana dia sudah berusaha semua itu.
Akhirnya dia pun ambil peperiksaan SPM. Bila habis jawab soalan dia dengan bangganya beritahu adik adik di dormnya " akak dapat jawap semua, insyaalah akak akan dapat keputusan baik" kata hani pada adik adik dormnya. Pada akhir Feb yang lalu keputusan SPM keluar.
Ya Allah betapa hampanya hani. Dai hanaya dapat 1A dan yang lain semua B dan C. Dia meyorok malu kerana selama ni dia cakap besar.
Foto : Kita jangan had pergaulan, kononnya kita pandai berkawan dgn org pandai. atau kita ni lawa kawan dgn artis artis, kita ni org berada berkawan pun mesti satu taraf dgn kita. Kadang kadang tu pengemis pun tak pandang kita
Dari sini mari kita buat kesimpulan, bahawa manusia ini hanya boleh merancang, tapi Allah menentukan. Kalau bijak jangan hina orang bodoh. Kalau kita pandai jangan hina orang lembap. Kalau kita kaya jangan hina orang miskin. Kalau kita boleh buat jangan hina orang gagal. Ingat tu kadang kadang tu kita ni belajarlah bertahun tahun, bila sijil/diploma/ijazah keluar, maka kita ingat orang akan cari kita nak beri kerja, atau nak sanjung kita kerana kita dah ada semua itul. Kadang kadang itu orang tak pandang sebelah mata pun pada kita, kerana apa? kerana sekelumit riak dan bangga itu meyarangi hati kita.
Ada juga dia ingat dia pandai, maka kadang kadang tu dia berkawan pun pilih bulu juga.. tarafnya mesti orang bijak berpikir macamnya atau hebat macamnya. Dia tak tahu bahawa dia sebenarnya bukan orang hebat, tapi orang sombong dan riak serta angkoh. Itulah manusia lupa pada asal usulnya
No comments:
Post a Comment