Tuesday, June 23, 2009

BERI MAKAN PADA ORANG LAPAR

Foto : Ibadat korban di Kemboja pada tahun 2008

Hari ini baru saya teringat bahawa saya belum lagi mempromosikan satu tugasan tahunan saya iaitu mencari KORBAN / AKIKAH untuk di bawa ke bumi yang pendudunya miskin,kebuluran, serta di amcam dengan wabak peyakit dan sering pula di tindas oleh pemerintahnya sendiri.


Foto : Pembinaan masjid di Kemboja. Semua umat Islam di sana sangat menghargai setiap pemberian dari kita.
Iya! kalau anda seorang yang dapat meyelami kesusahan dan kesengsaraan orang anda mungkin tidak akan dapat melelapkan mata untuk tidur nyeyak atau anda mungkin tidak mampu untuk meyuap makanan yang lazat mengikut selera anda kemulut dan anda mungkin tidak bernafsu untuk mengenakan pakaian yang berjenama ketubuh anda.


Foto : Palestine berdarah dan umat Islam adalah mangsanya

Siapalah kita di bumi Allah ini mengaut harta sebanyak mungkin untuk kepentingan hidup yang sementara. Dah ada rumah yang kecil, mahu beli rumah besar.Dah ada rumah besar dah nak tambah pula ruang tamu, bilek tidur dan dapor yang selesa. Itu belum cukup lagi, ada rancangan nak cari rumah di tempat yang baik baik pula. Dan itu nafsu manusia. Tapi terfikirkah oleh kita bahawa di dunia ini orang yang bernasib baik tidak ramai dan orang yang susah menderita dalam kesusahan itu ramai. Kadang kadang itu kita seperti di ulit dalam keselesaan iaitu bangun pagi pergi sarapan dengan menunya macam macam, pas tu minum pagi kopi o dan kuih. Tak sampai tiga jam makan tengahari pula lauknya sup ada, masak lemak cili api, ulam ada, sambal ada, ayam goreng berempah wajib kadang kadang tu menimbun dalam pinggan dan air pula berwarna warni. Lepas makan sedawa berbau macam macam tersandar kekenyangan, tak sampai tiga jam minum teh tarik dengan roti bakar atau kuih kuih tempatan.

Ya Allah... manalah nak letak makanaan kadang kadang perut memulas mulas tapi tunggu dulu nak makan malam... lagi hebat kata orang sekarang makanan seimbang. Sayur bayam masak air, ikan selar kuning goreng, sambal tempoyak, ikan sadin goreng petai dan ulam raja dan tambah lagi telur dadar ahh itu dia makan seimbang.


Foto : Santapan orang Malaysia, pilih aje apa yang di minati oleh selera mata dan tekak

Pas tu tak sampai tiga jam pergi pulak kedai mamak kat umah, mengetea lagi. Inilah melantak tak sedar orang kebuluran di serata dunia, di Dafur, Bangladesh,Thailand dalam kegawatan politik, selatan Filipina di Kemboja dan yang susah miskin tu orang Islam pula.Inilah kadang kadang itu saya rasakan bahawa keselesaan kita ini membuatkan kita lupa dan lupa.

Foto : Ingatlah harta benda yang kita kumpul itu tidak kekal dan ianya bukan milik kita

Jangan kita lena di ulit nikmat, saya teringat peristiwa tsunami pada 2004 yang melanda Acheh yang meyebabkan korban hampir setengah juta dan ranap sama sekali harta benda. Anda tahu bahawa rakyaat Acheh sebelum tsunami adalah rakyaatnya mempunyai ekonomi yang stabil, hasil buminya banyak walaupun di negaranya bergolak dengan politik. Kebanyakan rakyaatnya mempunyai rumah yang besar besar dan lengkap dengan perabut antik. Kaum wanitanya meyimpan emas dalam tempayan dan barang kemas mereka bukan seurat dua, kalau anda tengok wanita Acheh anda akan tengok di badan mereka seperti "kedai emas". Saya tidak tahulah bab mereka bayar zakat atau tidak. Tapi begitulah kayanya orang Acheh sebelum Tsunami.


Foto : Siapakah kita sebenarnya bila sudah jadi begini.

Dan Allah menarik keduniaan di Acheh itu dengan 15 minit sahaja dan balasan itu adalah satu tamparan sebenarnya untuk umat Islam seluruh dunia sebenarnya.

Oleh itu janganlah anda leka dengan kesenangan dan keduniaan ini. Kongsilah bersama dengan orang susah dan lapar. Ok untuk itu saya ingin mempelawa anda semua untuk mengadakan Ibadat Korban/ Akikah yang saya anjurkan ini yang akan saya hantarkan ke

1 Kemboja
2 Dafur
3 Moro
4 Selatan Thailand
5 Bangladesh


Sekarang untuk korban seekor lembu 7 bahagian ialah RM 1750 hingga RM 2500 bergantung kepada negara mana yang anda pilih.

Hubungilah pihak saya atau tinggalkan komen anda di blog saya, insyallah kita kongsi rasa kesusahan untuk mereka yang memerlukan. Semoga rahmat dan nikmat Allah akan bersama anda.

No comments:

Post a Comment