Foto : Kehidupan ini berbagai rentak dan ragam, manusia tiada banyak pilihan.Kadangkala itu orang bijak akan mencari peluang dan ruang. Tapi kalau lemah maka kita akan ketinggalan.
Hari ini kalau sebut sahaja mahu khawin, maka terbayanglah pada setiap pasangan suami isteri mahu sebuah kehidupan yang selesa. Apakah yg di katakan selesa itu? iyalah sebuah rumah dengan perabutnya dan perbelanjaan untuk sara hidup.Kemudian bilangan anak pula telah di tentukan tidak lebih dari 3 orang,kalau dah 4 orang itu kira ramailah . Saya ada berjumpa dengan seorang ustazah di Bangi, dia ni bertugas sebagai pensyarah di sebuah Universiti, manakala suaminya pula kaunselor di sebuah sekolah menengah yang ternama di KL. Ustazah ini selain dari jadi pensyarah dia adalah seorang perunding motivasi juga. Kami berbual bual dari satu topik kesatu topik, tapi dia tetap mahu bercerita tentang pengumpulan harta dan kejayaan di dalam keluarganya. Ustazah itu bercerita dengan bersemangat dan begitu ghairah sekali, katanya " anak ana yg sulong tu kerja doktor gigi di Sabah, anak nombor dua kerja di Kedah sebagai penolong kanan dan dah khawin, anak ana nombor tiga tu kerja di Putra jaya sebagai pegawai pendidikan, anak ana yang nombor empat duduk dengan ana kerja kat UKM Bangi dan yg bongsu di UIA lagi," "ooo hebat ye anak antie" balas saya dengan rengkas, kerana saya sudah tahu tentang keluarganya dua tahun lepas, maka ulangan adalah itu juga."sekarang ana tengah buat penambahan bilek kat rumah ana, kerana cuti bulan 12 nanti ana nak terima menantu, tu ha anak ana yang nombor tiga dah tak sabor sabor lag nak khawin" ustazah bercerita lagi, saya hanya angguk saja," rumah yang ana beli kat bangi tu bileknya ada 4 aje, jadi kena tambahlah satu lagi, ana buat bilek sahaja sepuloh ribu ringgit, barang mahal sekarang" saya mengangguk tanda faham apa yg dia cakap " anak ana tu dapat anak datok, jadi kena eloklah sikit rumah kita ni" tambah ustazah itu. " anak ana yg sulong tu dah beli rumah, anak baru dua orang, kat Damansara pulak tu" cerita ustazah bertambah sedap bila di dengar " ana bukan apa, orang macam kita ni kena beli rumah, jangan sewa aje, ana dah beli dua buah, satu kat kepong dan satu ni kat bangi, tapi suami ana katanya nak beli sebuah lagi kat selayang"saya diam saja kerana saya tidak tahu mahu buat ulas tentang nafsu ustazah yang sangat hebat itu " eh antie tinggal mana sekarang, jarang nampak?" dia mula meyoal saya "ana tinggal kat damansara" saya jawab dgn rengkas " ialah antie banyak duit, rumah kat damansara"
Foto : Bumi Allah ini maha luas, tiada apa mahu di rebutkan, kalau Allah mahu musnahkan, dgn sekelip mata sahaja. Tapi kalau Allah mahu beri adalah caranya, hanya Allah sahaja yg Maha mengetahui.
ulasan ustazah itu membuatkan saya terkedu, tapi saya senyum dengan seribu rahsia.Dan saya tidak mahu panjang cerita dengan ustazah itu maka saya pun berlalulah.
Pada kesimpulanya bahawa semua wanita itu sama,tapi tidak semua orang akan bernasib baik seperti ustazah itu, saya harap satu hari nanti saya akan dapat menumpang sisa kehidupan saya ini seperti mana saya menjaga anak anak yatim saya di Acheh dan saya mahu abdikan seluruh jiwa raga saya ini untuk mereka yang mungkin sudi menerima saya yang seadanya.
No comments:
Post a Comment