Bapa, ayah, abah, abuya, papa, daddy, papi, abi dan berbagai lagi gelaran untuk seorang yang bernama bapa. Siapakah bapa anda? Seorang nelayan? Seorang petani? Seorang penulis? Seorang penyair? Atau seorang menteri? Dan mungkin juga bapa anda seorang jutawan.
Dan kalau bapa anda seorang penganggur pun janganlah dihina bapa anda kerana dia anda dapat melihat bulan dan matahari. Pekerjaan seorang bapa tidak penting tapi tanggungjawapnya adalah membuktikan bahawa dia ialah seorang bapa yang baik.
Sekurang-kurangnya kerana sebab musabbabnya dia anda berada di dunia ini.
Bapa saya (Abu Samah Yusof) ialah seorang insan yang luar biasa. Orangnya tegas, berwibawa, bercita-cita besar dan kuat berusaha. Ayah saya meninggal 12 tahun dulu kerana serangan sakit stroke. Dan kehilangannya membuatkan saya seperti kehilangan permata yang memberi sinar dan harapan dalam hidup saya.
Kehidupan dan keperibadian saya menyamai ayah saya. Doaku buat Ayah Abu Samah Yusuf dan Abah Zakaria Hamid semoga rohmu dicucuri rahmat dan dimasukan ke dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh.
Sekarang saya sudah berumah tangga dan saya telah dikurnia 13 orang anak yang telah meningkat remaja:
- Nurdina
- Muazatul Adawiah
- Muhammad Luqman al-Hakim
- Muhammad Suhail
- Ummu Solehah
- Muhammad Shafiq
- Muhammad Thoriq
- Ummu Sakinah
- Muhammad Nukman Muqarrin
- Muhammad Uzair Izzat Ameer
- Muhammad Salman al-Farisi
- Muhammad Ammar Yassar
- Ummu Jannah
Dan anak-anak saya memiliki seorang bapa yang sangat baik, berhati ikhlas dan berkerja kuat. 99% anak-anak kami telah menjadikan ABUYAnya sebagai idola dan orang yang dikagumi.
Dalam sejarahnya bapa kepada anak-anak saya tidak pernah melepuk, memukul, memcubit dan merotan anak-anaknya dengan sengaja. Cuma pernah sekali dia memukul seorang anaknya secara tidak segaja kerana anaknya bermain-main waktu perhimpunan sekolah.
Waktu itu bapanya ialah pengetua sekolah tersebut. Dan tanpa disedari dia telah memukul anaknya sendiri kerana dia ingatkan bahawa pelajar itu ialah anak orang lain. Itulah sekali yang saya ingat. Kini kedewasaan anak ini lebih mirip kepada sikap bapanya.
Foto: Ini anak ketiga saya Muhammad Lukman al-Hakim bersama isterinya Hidayah Dato' Ismail dan mereka juga sudah bergelar ibu bapa kepada si comel, Insyirah.
Buat anak-anak saya yang sangat saya sayangi dan kasihi, anda adalah insan yang beruntung kerana mempunyai bapa yang hebat dan insan gigih serta tabah.
Ingatlah: "Kasih ibu, kasih sahaja, Kasih bapa mendengar kata." Itu adalah bidalan orang tua-tua, tapi sebenarnya kasih sayang ibu atau bapa kepada anak-anaknya adalah sama sahaja.
Emak & Abuya sayang semua anak-anaknya. Selamat berjaya semuanya.
Foto: Ini juga adalah sebahagian dari anak-anak angkat kami. Berdiri kiri, Khairul Nizam Amat Zaini, seorang usahawan yang meningkat naik. Berdiri kanan, Helmi Murad, seorang Jurutera IT di Mesiniaga. Duduk kanan, Syakirah seorang pelajar di Kemboja. Foto ini dirakam di Kemboja.
No comments:
Post a Comment