Foto : Antara kasih Ibu dan tanggungjawap anak tidak jauh berbeza, dari kecil anak di susukan,dijaga,dibelai dan di manja dengan sepenuhnya.Bila anak sudah besar dan berkeluarga di mana ibubapa anda dan siapa yang menguruskan kehidupanya
Bila saya balik ke Kg Titian Bintagor saya akan bertemu dengan emak, usianya sudah 70 tahun,tapi badanya masih kuat,ingatannya masih baik dan pengelihatanya masih tajam. Emak seorang yang sangat tabah, gigih dan sabar.Dia telah membesarkan anaknya seramai 8 orang dengan usaha titik peluh dan urat kederatnya untuk memberi makanminum, pelajaran,pendidikan akhlak dan ilmu agama yang secukupnya. Yang membuatkan saya rasa terharu dengan emak ialah dia seorang sentiasa memberi pandangan dan buah fikiran kepada anak anaknya serta nasihat yang bernas untuk anak cucunya di dalam apajua permasaalahan dan emak tidak pernah sekalipun saya lihat dia menitiskan airmatanya walau dalam keadaan apajua sekalipun. Emak telah menjaga arwah abah yang sakit selama sepuloh tahun dengan sabar dan redha iaitu abah menghidapi sakit strok yang membuatnya di perbaringan selama waktu yang panjang. Emak meyuapkan makanan kemulutnya, membasuh dan membuang najis dan melayanya dengan penuh kasih sayang.
Itulah emak saya yang sangat saya sayang dan saya harap dapat berbakti untuk emak ke akhirhayat. Semoga Allah merahmati usia emak.
Foto : Ini wajah ibubapa ketika mereka masih muda,cantik,kacak dan bertenaga serta badan masih belum t berbau lagi. Kita dijaga dengan sepenuhnya tanpa berenggang dengan anak anaknya, itulah kasih ibu dan ayah, tapi kita bagaimana?
Dan yang ini saya mahu paparkan pula kisah emak orang lain pula yang saya temui baru baru ini. Rumah anaknya dengan rumah ibunya tidak sampai tujuh langkah. Mula mula kami berjumpa dengan anaknya kerana rumah di depan pintu pagar masuk , kami bersembang panjang tentang berbagai perkara dari
zaman dulu iaitu cerita nenek moyangnya hinggalah ke ceritanya. Saya tidak dapat mengulas panjang dengan perbalahan antara anak dan emaknya. Cuma yang dapat saya tangkap dari ceritnya bahawa rumah emak jarang di kunjungi oleh adik beradiknya, kalau adik beradiknya balik ke kampong semua akan berkumpul di rumahnya tidak kira hariraya atau balik bercuti, adik beradiknya akan datang ziarah ibunya tidak beberapa minat sahaja waktu nak balik semula kerumah masing masing yang bekerja jauh jauh seperti di Perak, KL, Kelantan . Sebab apa dia tidak beritahu,
Kami ziarah pula ibu dan ayahnya. Usia ibunya 84 tahun dan usia ayahnya 90 tahun. Tapi masih boleh bertutur dengan baik dan masih boleh mendengar dengan jelas percakapan orang. Tapi bila kami tanya soal anak anaknya dia mula menagis dan menagis tanpa henti. Dia kata anak anaknya tidak pedulikanya kerana dia sudah tua dan sudah tidak kuat lagi. Dia tinggal berempat iaitu dia suami isteri, cucu saudaranya dan seorang anakangkatnya.Dia beritahu bahawa anak anaknya sudah tidak seperti dulu lagi bermanja manja dengannya dan sudah tidak mengambil tahu halnya,dan dari lima anaknya cuma seorang sahaja yang memberi belanja bulanan padanya RM 100 sebulan untuk dia meyara hidup, yang selebihnya anak angkatnya dan hasil tanamanya di jual dan duitnya untuk meyara kehidupanya.
Foto : Deraian airmata ibu meminta sedikit simpati dan kasihsayang dari anak anaknya. Hanya tangisan dan esakan serta pilu di hati bila mengenangkan anak yang dikandung,dilahir,dijaga dan di besarkan membiarkan seorang ibu dengan kehidupanya yang tidak berdaya dan tidak terurus. Sabarlah Ibu...jangan menagis
Saya tinjau ke dalam rumahnya, bolehlah tahan juga cuma tidak terurus dan kebetulan saya datang pada waktu musim durian dan saya tengok berlonggok longgok durian di belakang rumahnya.
Ibu itu sangat sedih kerana anaknya sudah tidak mahu ziarahnya kerana kehidupanya yang tidak terurus, badanya berbau, mulutnya dan giginya tidak bergosok, pakaian ikut dan sahaja. Kedaan dalam rumah yang bersepah sepah dengan lantai tidak bersapu dan pinggan tidak berbasuh sebab ibu itu sudah tidak berdaya sebab sakit lutut. Dia mengadu anak anak, menantu dan cucunya rasa tidak selesa dengan kehidupanya. Dia menangis minta simpati dari kami.
Saya harap anak anak janganlah abaikan ibubapa anda. Jangan biarkan titisan airmatanya berderai dan uruskanlah kehidupanya yang hanya seketika lagi itu, Ibu anda adalah ratu hati anda dan syurga anda adalah di telapaknya.
No comments:
Post a Comment