Wednesday, June 10, 2009

Hajat kesampaian

Foto : Menjejaki sejarah melalui berkenalan dengan saudara yang tidak pernah berjumpa.
berbaju merah adalah cicit Turbiah (Adik beradik Lebai Kasim)


Menjejaki sejarah bukanlah satu usaha yang mudah, kerana orang yang telah meninggal dunia hampir sembilan puloh tahun itu tidak meninggalkan sebarang catatan, yang ada hanya cerita dari mulut kemulut.

Apatah lagi saya ini bukan ahli keluarga atau darah dagingnya maka penemuan itu agak sukar, tapi minat yang sangat mendalam untuk menyusuri sejarahnya maka saya telah berusaha untuk mencari siapakah yang yang di katakan "lebai kasim" . Ooo rupanya lebai Kasim ini ayahnya nama "Lebai Arif " berasal dari Pagar Ruyung Indonesia. Maka di sini saya coretkan sedikitlah dari sejarah yang telah gali baru baru ini


Foto : Kiri Soyah, cucu Turbiah (Adik lebai Kasim) mak (cicit lebai Kasim) Hj Muhammad ( Puit lebai Kasim) Suami Soyah dan saya


Lebai Arif berkhawin dengan wanita yg bernama Dewa
dapat 5 orang anak
1 Lebai Kasim
2 Tubiah
3 Budin
4 Rimah
5 Jak Mat

Di sini saya ceritakan tentang lebai Kasim dulu.

Lebai Kasim ( duda) khawin dengan Embam (Janda)
dapat 5 orang anak

1 Tok Abas (Pawang)
2 Enon ( perempuan)
3 Atok Senin

Enon khawin dengan Melah dapat seorang anak

1 Temah (emak sekarang)

Temah (emak) khawin dengan Zakaria
Dapat 8 orang anak

Maka susur galur keluarga ini adalah satu rumpun yang besar.

Kenapa saya berminat untuk mengkaji sejarah Lebai Kasim ini?
Kerana saya sangat suka kepada orang alim ulama yang membawa agama Islam ke tanah Melayu. Sejarah ini boleh menghidup generasi kita dengan peradaban zaman lampau. Maka kalau lahir diantara anak cucu, cicit mereka orang yang alim maka sejarah itu akan mengimbau kembali dan keturunan yang alim dan baik baik itu tidak putus... Insyallah!

Dalam novel yang sedang saya tulis ini satu sejarah kehidupan alim ulama ini yang lebih banyak saya ketengahkan iaitu bagi tatapan semua bahawa kehebatan orang beriman, berilmu dan beramalnya adalah sejarah yang tidak pernah padam. Orang yang alim ulama dalah penguasa tanah air dan dunia dari dulu hingga ke hari ini. Cuba anda baca buku sejarah, anda akan rasa satu kepuasan.


No comments:

Post a Comment