Monday, June 8, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU


Foto : Siti Hazura dengan pasangannya, semoga kekal bahagia hingga ke syurga

Setelah lama bercinta maka pasangan yang di lamun asmara akan mengikatkan ikatan
CINTA nya sebagai lambang kesetiaan mereka dan ikatan kasih ini merupakan satu tuntutan bahawa semua manusia yang hidup atas dunia ini perlukan pada pasangan, zuriat dan sebuah empayar kehidupan.

Kadangkala itu bercinta sekian lama tapi jodoh pula dengan orang lain. Ada tu pula tidak bercinta dan tidak kenal tapi bila berkhawin kekal bahagia, ada pula bercinta dan berkhawin tapi tidak kekal. Berbagai bagai lah ketentuan dari Allah untuk hambaNya. Tapi sebenarnya kita mesti redha apa yang telah di peruntukan untuk kita. Jodoh pertemuan, ajal maut, rezeki dan tanah perkuburan semuanya telah di tentukan oleh Allah s.w.t.
Foto : Tidak ketinggalan kumpulan RAIHAN telah membuat persembahan di dalam majlis perkhawinan Hazura


Pada 7hb Jun kami telah pergi ke Majlis perkhawinan anak murid kami semasa dia di darjah satu lagi bersekolah di Sekolah Sri al Ain, namanya Siti Hazura Ramly (anak Ramly Mokni atau Ramly burger). Dalam ribuan anak murid kami yang telah di didik tidak ramai yang mengingati kami sebagai pendidiknya, mungkin mereka telah berjawatan besar, dan mungkin mereka lupa agaknya untuk mengundang kami ke hari bahagia mereka.
Foto : Majlis yang gilang gemilang, sekali seumur hidup

Kalau di jemput pasti kami datang kerana kami sangat gembira anak anak yang kami didik ramai yang telah berjaya dan jadi orang yang hebat hebat. Taniahlah buat semua yang telah berjaya. Kami sentiasa berdoa buat anda semua semuga di dalam rahmat Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment