Tuesday, June 23, 2009

MEREMPIT KITA

Foto : Pengantin Baru Faizal Mat Rempit tegar bersama pasangannya Umi di atas motosikal rempit mereka di Pantai Dalam. "Sama muda, sama cantik dan sama padan." Lepas kahwin mungkin dah bersara dari merempit.

Sketsa sebabak Mat Rempit Pantai Dalam (PD):

"Ayoh malam ni kat jalan mana?" Tanya Faizal pada Seman, kawan rempit yang menjadi pesaing tegarnya.

"Aku ingat malam ni kita dekat PD (Pantai Dalam) ajelah." Jawab Faizal dengan selamba sambil tangannya mengisi nasi dalam pinggan untuk makan tengah hari di kedai ayahnya.

"Eh kau jangan lupa tau. Tu geng baru kita. Beritahu dia bawa awek cun cun sikit." Faizal mengingatkan Seman tentang agenda malam nanti.

Setiap acara kalau ada awek pasti menarik dan ramai yang akan ikut serta dan penonton pun ramai juga.

"Issy ... Malaslah aku terlibat dengan awek. Lagi pun kita rempit kat kawasan PD aje." Seman cuba mengelak kerana Seman teringat cakap ibunya sewaktu dia keluar rumah pagi tadi iaitu jangan usik anak dara orang, bahaya nanti.

"Mak ni orang susah." Kata mak Seman yang merupakan seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai cleaner di pejabat untuk menyara dua orang anaknya iaitu Seman dan adik perempuanya Aisyah yang masing-masing masih bersekolah.

"Baik mak." Seman menjawab cakap emaknya dengan ikhlas.

"Apalah kau ni Seman, penakut." Cabar Faizal. "Biar aku yang cari awek. Aaah apa macam kau setuju ke?" Sambung Faizal lagi dengan gahnya.

"Ikut kau zal." Seman tidak kuasa melayan Faizal yang merupa teman rempit yang mencipta rekod cemerlang dalam setiap acara rempit diadakan dengan kemalangan dan jatuh luka parah sehabis kurang tiga kali seminggu. Cover set motornya terpaksa diganti tiga kali seminggu!
Foto : Tepat jam 12.30 malam acara konvoi kereta dan motor mengiring pasangan pengantin baru Mat Rempit Faizal dan Umi mengelilingi kawasan PD (Pantai Dalam).

Malam minggu baru-baru ini kami telah berpakat untuk mengekori mat rempit (tapi istilah sekarang "samseng jalanan") dengan kereta tak kiralah di kawasan mana. Pada malam itu kami pun berpakatlah untuk menyertai program ini.

Maka dengan tidak semena-mena ketua mat rempit kawasan PD iaitu Faizal yang berusia sembilan belas tahun telah melangsungkan perkhawinan dengan gadis idaman hatinya yang bernama Umi dari Sarawak.

Jadi acara kami malam itu selepas santap bersama pengantin, mengiringi ketua rempit dengan acara perarakan dari rumahnya hinggalah ke Studio KNAZ untuk sesi fotografi. Acara yang kami jalankan ini adalah tepat jam 12.30 tengah malam.

Sesudah itu kami terus ke Dataran Merdeka untuk acara melihat permainan kereta drift (lihat glosari di bawah). Bersama kami ialah Awang, seorang bekas mat rempit di kawasan Kajang yang pernah membuat "pacak" iaitu tayar depan motor diangkat sembilan puluh darjah naik ke atas dan akhirnya Awang terbalik ke belakang dan motor Mohd. Hafiz Norizan yang dia pinjam patah dua.


Foto : Masa remaja dulu tak ada rempit atau samseng jalanan. Bila tengok budak-budak sekarang tak sayang nyawa langsung. Sebab itu "merempit" ini harus dibenteras dengan segera. Hadapan baju hitam ialah Nizam, big brother mat rempit PD. Dia ada rancangan nak bawa mat rempit buat usrah dan halaqah remaja masjid.

Kami duduk-duduk dengan mat kereta drift dengan awek masing-masing. Ramai juga penonton. Tapi polis pulak mengacau dan semua cabut lari. Dan kami pun turut sama lari, kami terus ke Sogo ikut kereta drag (kereta lumba jarak dekat dengan kelajuan yang tinggi).

Awang kata bila drag dari lampu merah Dataran Merdeka, kereta itu mesti melepasi lampu merah yang di hadapan dekat Sogo dalam masa beberapa saat sahaja. Jika dapat melepasi maka kereta itu telah berjaya. Dan kami pun turut mencuba.

Waah lepas juga... Maka kami pun layaklah masuk dalam geng drag ini. Malam itu kami menamatkan acara "samseng jalanan mat rempit dan mat drift tepat jam tiga pagi."

Insya-Allah minggu depan kami ingin mencari geng Apachee pula. Apa kata anda?... Hubungi saya untuk misi seterusnya.

Glosari Mat Rempit dan Mat Drift

drag memecut dari keadaan kereta berhenti (v=0) dengan gear satu yang
memusingkan tayar belakang berasap-asap dengan lajunya.
drif mengelungsurkan kereta pada kelajuan yang tinggi di selekoh. Kepala dan buntut
kereta melintang ke depan. Kalau jalan licin lagi bagus bagi kereka kecil. Bagi kereta
power tak memerlukan jalan licin.
rempit dari perkataan Inggeris "remp-it" maknanya langgar, gasak, sondol, lanyak.
wikang tayar belakang motor diangkat ke atas (menonggeng).
willee tayar depan motor diangkat naik ke atas.
pacak sama makna dengan willee.
mukat
istilah mat rempit di Kelantan maknanya mat rempit keluar beramai-ramai dan
diserkup polis (dari perkataan memukat).

1 comment:

  1. owh..korang berseronok eyh kat sana..x per...

    ReplyDelete