Saturday, June 27, 2009

BUMI ACHEH BERAYUN


Foto : Ini tempat mayat yang belum di uruskan

Pada hari keempat kami dibumi Acheh, banyak sekali cerita pelik yang kami dengar sebelum kejadian tsunami berlaku. Peristiwa pelik itu banyak di ceritakan dari mulut kemulut dan ceritanya adalah cerita yang sama. Dan peristiwanya ialah kejadian pada malam krismas. Di mana seramai 2000 orang tentera Indonesia yang datang dari berbagai tempat telah datang ke Acheh untuk merayakan malam krismas di pantai yang indah menarik. Pantai itu berhampiran dengan makam syiah kuala iaitu yang terletak di kawasan Loksemawi.

Tentera itu telah merayakan malam krismas dengan berbagai acara iaitu dengan muzik, pergaulan lelaki perempuan dan meminuman keras serta mengadakan pesta tari tarian hinggalah menjelang subuh. Bila semuanya sudah letih dan kepenatan akhirnya semua tertidur di tepi pantai itu. Maka tanpa di sedari ombak besar dari laut telah naik kedarat dan meyapu seluruh bala tentera tersebut. Menurut cerita orang bahawa ketika mereka sedang asyik berseronok maka datanglah seorang penunggu di makam kiai itu menasihat agar pesta di berhentikan dengan segera, tapi tidak di indahkan oleh mereka dan menunggu telah memberi amaran jika nasihatnya tidak di patuhi maka akan berlakulah satu musibah besar pada hari esok.


Foto : Mayat tentera yang terkorban di dalam tsunami berhampiran dengan Makam Syiah Kuala.


Walau pun air ombak telah meyapu semuanya termasuklah tentera yang sedang bergelimpangan tidur, rumah rumah yang berhampiran serta harta benda dan ternakan yang berada di kawasan itu, tapi makam syiah kuala itu tidak hanyut atau hilang, cuma ada sedikit kerosakan sahaja. Menurut orang melihatnya bahawa ombak yang datang dari laut itu telah terbelah dua apabila melaui kawasan makam itu. Kejadian ini adalah satu peristiwa benar dan jika anda datang ke Acheh boleh datang melawat makam syiah kuala ini.

Ok untuk perjalanan seterusnya saya ingin membawa anda melalui apa yang saya lalui semasa saya di Acheh. Suasana yang gawat serta tidak teratur dan di jalan jalan banyak sekatan polis tapi orang sudah tidak mempedulikan lagi pada peraturan. Kereta, motor, pejalan kaki dan helikopter simpang siur memcari arahnya sendiri. Saya lihatramai orang lelaki dan perempuan serta kanak kanak meyusuri jalan jalan sambil memegang kotak dan tin untuk minta sedekah dan ada pula seperti hilang ingatan. Suasana yang meyedihkan ini membuatkan saya tidak mampu untuk duduk sahaja. Setiap masa saya penuhi waktu dengan melakukan berbagai perkara untuk memberi sokongan moral pada mereka yg di dalam kesusahan.

Sehari sebelum kami berangkat balik, kami telah meronda seluruh tempat yang dilanda Tsunami yang paling parah sekali dengan menaiki motorsikal. Pada waktu kami meronda itu jam sudah menunjukan pukul 6.00 petang, matahari merah telah terbenam dan cahayanya samar samar. Saya telah melalui jalan Ulalee berhampiran dengan masjid Baiturahim. Pada masa kami lalu ketika itu di setiap meter tanah di situ kelihatan bersepah sepah mayat mayat yang belum di uruskan.Manakala pada waktu itu kawasan di situ tidak ada jalan, kami tidak tahu arah mahu balik. Makin kami cari jalan balik, makin jauh kami melencung. Hari semakin gelap dan motor pula tidak berlampu dan berbrek. Angin yang bertiup membawa bau mayat yang sangat kuat menyumbat hidung kami. Pada ketika itu hanya kami sahaja di kawasan itu, dan saya membonceng di belakang sudah tidak tahu mahu berkata apa apa lagi hanya diam dan kaku serta mengigil. Setelah lama juga kami berjalan jalan perlahan lahan itu akhirnya lalulah sebuah lori yang mengangkut mayat . Kami memberi laluan pada lori itu dan kami mengikutnya dari belakang. Akhirnya kami sampai jalan untuk balik kerumah Chudan. Saya mengucapkan syukur kepada Allah yang telah meyelamatkan saya dari berbagai perkara. Apabila sampai sahaja kerumah Chudan saya mandi dan saya solat magrib, isyak dan saya solat sunat sambil menangis saya mengenagkan nasib saya sebentar tadi melalui perjalanan yg sangat menakutkan dan meyeramkan. Malam itu di Acheh di gegarkan dengan gempa bumi susulan sebanyak dua kali berayun ayun rasanya dan gelas gelas yang berada di atas meja semunya jatuh dan pecah. Kata orang di dalam rumah chudan " ini perkara biasa selepas tsunami".
Foto : Inilah jalan yang kami lalui. Tak tahu di mana...Syukur kami selamat






Akhirnya malam itu saya tidur dengan mimpi yg sangat ngeri, eeeh malas nak cerita, berdiri bulu roma. Pagi itu saya bangun badan rasa sakit sangat, mata berpinar pinar dan saya hampir tersungkur bila mahu rukuk dalam solat subuh. Saya kuat badan kerana pada pagi itu jam 9.00 pagi saya harus balik ke Malaysia. Saya tidak tinggalkan Acheh begitu sahaja, walaupun saya balik membawa demam yang mengigil. Saya tinggalkan bumi yang di dalam musibah itu dengan harapan untuk saya kembali semula dalam masa 3 minggu lagi.

Apabila saya sampai ke Malaysia saya sudah demam yang sangat kuat selama 2 minggu, orang kata saya kena "badi"entahlah...Insyallah saya sambung lagi esok dengan paparan yang menarik ini.

No comments:

Post a Comment