Foto : Ini bunga Kemboja kecuali yg berbaju merah. Jangan cakap mahal, memang ini adalah bunga yang terjaga.
Ini adalah satu kisah CINTA . Kadangkala orang bercinta dia sanggup lakukan apa sahaja untuk menunaikan hasrat di hatinya. Kalau si bunga kata " bang! tolong ambilkan saya bulan" maka si kumbang kata " nanti dulu, abang belum bersedia untuk mengambil bulan yg jauh tu" maka bunga pun merajuk " kalau abang tak mahu ambilkan saya bulan, usah dekat dengan saya" maka kumbang pun berfikirlah, alah kalau setakat bulan di langit tu apalah sangat, lautan api pun aku renangi." Ok lah kalau dah tiba masanya abang akan ambilkan bulan itu untuk bunga" janji kumbang " maka bungalah meyerahkan segalanya untuk kumbang bagi membuktikan CINTA bunga pula pada kumbang. Apa akhirnya....
Bunga sering memberi harapan pada kumbang, manakala kumbang pula sering memberi janji pada si bunga.
Inilah impian CINTA.
Apakata saya tentang sketsa ini. Mudah aje
Soalan dari pihak kumbang : Berapa hantaran untuk majlis khawin?
Jawapan dari pihak bunga : RM 79000(Ringgit Malaysia : Tujuh Puloh Sembilan Ribu Sahaj
Soalan : Apa jual anak ke?
Jawapan : Kalau mampu itu baru syarat pertama
Maka terloponglah mulut bakal mentua bunga sambil mengesat peluh halus
Soalan : Apa lagi syaratnya
Jawapan : Hafalan Quran 30 Juzuk, hormat orang tua, bukan kaki pukul, baik hati, pemurah, suka tolong orang susah dan ada pendapatan tetap.
Soalan : Ada lagi ke syaratnya
Jawapan : Ada! buat akad nikah di Madinah, majlis khawin di hotel 5 bintang di tanggung oleh pihak kumbang dan Majlis khawain tradisional (ala kampung- style Ning Baizura) di kampung bunga.
Soalan : Kenapa syarat ini mudah, OK kalau gitu boleh... tapi saya nak tanya si kumbang iaitu anak saya apakah dia telah cukup syarat untuk melamar si bunga.
Akhirnya keluraga kumbang balik tanpa menjamah air yang di hidang kerana mahu meyampaikan syarat untuk melamar bunga itu . Harapan dan angan angan baru dalam mimpi bunga dan kumbang.
No comments:
Post a Comment