Tuesday, June 16, 2009

BANTULAH MEREKA

Foto : Kemusnahan dalam masa 15 minit sahaja

Pada Januari 2010 maka akan genaplah 5 tahun rumah anak yatim darul tahfiz sri al ain Acheh. Selepas 3 minggu tsunami melanda Acheh. Dan kami bergegas ke Acheh untuk menghulurkan bantuan. Akhirnya kami telah mendirikan sebuah rumah anak yatim bagi membantu mereka yang didalam kecelaruan itu.


Foto : Anak yatim Darul Tahfiz Sri al ain Acheh sedang makan, lauk tidak dari 2 jenis iaitu ikan tongkol dan sayur.





Perjalanan rumah anak yatim Sri al Ain Acheh adalah satu perjalanan yang banyak mencatat berbagai sejarah dan meyimpan berbagai peristiwa yang suka dan duka. Peringkat awal penubuhanya kami mendapat kata sepakat untuk berusaha bagi membantu kepada yang memerlukan. Dan kami adalah peneraju utama.


Foto : Rutin harian mereka tetap dijaga dengan baik, kerana mereka adalah anak bangsa yang akan mewaris negeri serambi mekah itu

Pada waktu itu saya yang telah mengadakan satu program yang besar iaitu KEM TAHFIZ AL QURAN di Masjid Sg Buloh. Bilangan peyertaan yang ramai dan saya telah meyumbang sebanyak RM 19000 (Ringgit Malaysia : Sembilan Belas Ribu Sahaja) iaitu membayar sewa rumah untuk setahun, membeli motorsikal, membiaya semua kos fasarana permulaan dan hinggalah pada pengambilan anak anak yatim mangsa tsunami dan anak miskin yang sangat daif seramai 10 orang. Kami telah mengaji tiga orang petugas sepenuh masa iaitu seorang pengasuh, seorang guru dan seorang pengurus. Kos bulanan waktu itu RM 3000 sebulan.Saya sebagai orang yang berperanan utama selalu sehaja mengadakan berbagai program untuk menampung perbelanjaan mereka. Akhirnya ada pihak yang bermurahati menghulurkan sponsor sebahagian dari perbelanjaan itu,


Foto : Tiada kemewahan, tapi mereka tetap redha dan sabar.Dan saya sentiasa berusaha untuk memberi mereka yang terbaik.

Ustaz Abdullah adalah tunggak utama perjalanan rumah anak yatim itu . Beliau telah berkerja dengan gigih, tabah dan penuh bertanggungjawab tanpa mendapat sesen pun imbuhan dari pihak kami. Tahun berganti dan rumah anak yatim kami berpindah rumah anak yatim darul Tahfiz Sri al Ain yang rumah baru dengan sewaanya lebih mahal sikit iaitu sewa untuk 2 tahun sebanyak RM 14000 (Ringgit Malaysia : Empat Belas Ribu Sahaja) dan saya sekali telah mengadakan program hujung tahun dengan bilangan peserta yang agak diluar jangkaan dan saya telah mampu untuk membayarnya. Dan pada satu ketika pula malang tidak berbau, satu malapetaka menguji kami dengan berlaku kemalangan keatas seorang anak yatim kami dan nyawanya terkorban. Kami di beri pilihan samada untuk di dakwa sebagai lalai menjaga anak anak tersebut ataupun kami membayar dengan satu jumlah yang besar kepada warisnya, maka sekali lagi saya berusaha dengan setabahnya mencari duit kemana sahaja. Kadang kala itu saya menghulur tabung di cemuh dan diumpat oleh orang, ada ketika itu di hulur tabung orang memberi tapi mengejek gejek dan mencerca. Tapi saya tidak nafikan juga ada yang menghulurkanya dengan iklas.

Pernah satu ketika pada tahun 2007 anak anak yatim kami tidak berbaju raya dan tidak berkuihraya kerana saya sudah tidak dapat meyediakan semua itu memandangkan kami baru sahaja meyediakan persediaan untuk mereka masuk kesekolah dengan kos yang agak tinggi.


Foto : Kami adalah Ibubapa mereka. Tapi kami tidak dapat selalu bersama mereka. Doakan untuk Ibu Rusnah dan Bapak Hj Muhammad semoga urusan kami di permudahan untuk membantu kamu semua.

Saya telah membuat banyak proposal mohon bantuan tapi hanya sedikit sahaja yang dapat. Saya ada mohon agar wang zakat orang kaya kaya di beri kerumah anak yatim kami di Acheh tapi berbagai alasan yang kami terima, katanya kami tidak ada daftar dengan kementerian kewangan untuk mereka menerima resit resmi bagi menolak cukai pendapatan mereka. Manalah saya tahu bahawa rumah anak yatim mesti ada daftar dengan kementerian kewangan. Dalam pada itu saya daftar juga tapi jawapanya tidak di luluskan kerana rumah anak yatim kami di Acheh bukan di Malaysia. Saya adalah rakyaat Malaysia yang membantu orang luar, pernah saya di perkatakan "kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan".Saya rasa bukan soal kera atau soal anak, tapi soalnya saya sudah meletakan satu tanggungjawab yang berat itu di pundak saya dan saya mesti jadi manusia yang tabah serta sabar. Kalau rumah anak yatim di Malaysia bolehlah kita cakap tentang kemewahanya sebab berbagai syarikat gergasi yang membantu, kalau bulan puasa sahaja maka acara berbuka di hotel sudah jadi kewajipan mereka. Persalinan bajuraya sahaja kadangkala itu sampai 5 pasang sebab semua orang mahu meyumbangnya termasuklah artis artis dan orang politik. Rumah anak yatim darul Tahfiz sri al ain Acheh sampai kehari ini masih makan nasi sebanyak 3 kali sehari iaitu sarapan pagi dgn nasi lauknya sepotong ikan tongkol dan sedikit sayur, makan tengahari pun sama dan makan malam pun sama. Mereka jarang merasa susu dan milo apatah lagi makan makanan segera yang menjadi idaman mereka bila melihat iklan di TV.

Kini bilangan mereka seramai 15 orang dan latihan atau modul yang telah kami serapkan di sini ialah pagi pergi kesekolah kerajaan dan petang hingga malam program menghafal al Quran, saya bangga dengan pencapaian mereka yang telah dapat menghafal beberapa juzuk al Quran dan sering diundang kemajlis perkhawainan orang untuk memperdengarkan bacaan mereka.

Untuk bulan Ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi saya sangat berhasrat untuk membawa mereka datang ke bumi bertuah iaitu tempat Ibu dan Bapa angkatnya (Rusnah Abu Samah & Hj Muhammad Zakaria) tinggal iaitu di Malaysia ini selama 15 hari. Dalam perkiraan saya kos untuk mereka ini sebanyak RM 600 iaitu untuk passpot dan tambang serta airportag. Manakala untuk makan minum saya akan cuba mencari danaya dengan kudrat yang saya ada. Saya sangat berhasrat untuk memberi sedikit kegembiraan di hati mereka dengan makanan yang enak sikit dari rutin harian mereka di rumah anak yatim di Acheh. Saya ingin melihat mereka memakai baju tradisional Malaysia iaitu baju Melayu dan sersanpin. Saya ingin membekalkan mereka sedikit duitraya. Dan saya mahu bawa mereka melawat KLCC, Putrajaya, Sunway Laggon dan berjalan jalan di sekitar KL menaiki komunter dan bas yang berhawa dingin. Apakah hasrat saya ini kesampaian? apakah saya mampu? apakah saya hanya berangan keseorangan untuk anak anak itu? saya sangat berharap ada sinar yang cerah untuk mereka. Saya harap syarikat penerbangan sudi sponsor tiket untuk meraka. Hotel yang ternama mahu memberi sponsor untuk semalaman pada mereka untuk menikmati kedinginan hawa dingin ketika lena di buai mimpi dan mungkin ada yang mahu memberi hidangan yang lebih sikit dari menu yang mereka nikmati setiap hari di rumah anak yatim.

Saya sekarang ini sedang mengumpul dana untuk membayar sewa bagi peyewaan fasa ketiga iaitu sebanyak RM 16000 Ringgit Malaysia: Enam Belas Ribu sahaja) iaitu dari Januari 2010 hingga Januari 2012. Insyallah doaakn semoga segala usaha saya ada keberhasilan, sumbangan dari anda semua adalah ibarat satu rahmat yang besar untuk kami bagi meneruskan usaha membantu anak anak ini.


Foto : Kematian adalah bukan jalan terakhir buat umat manusia. 3 perkara yang di bawa apabila kita berada di dalam kubur iaitu, amalan yang baik, sedekah jariah dan doa anak soleh.

JIKA ANDA INGIN MEYUMBANG UNTUK MEREKA MAKA BOLEHLAH MASUKAN BANTUAN ANDA ITU KEDALAM AKUAN
PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA)
no akaun : 2-00-5561-00001319-0
Bank : AGRO BANK.

Pihak kami ada meyedikan pakej lawatan.Berminat boleh berhubung dengan saya 013-3596574

2 comments:

  1. puan, kos RM600 utk paspot + airport tag tu kos utk sorang anak ke? sy bminat nk sumbang n memikirkan cara utk bantu puan..

    ReplyDelete
  2. Iya kos RM 600 tu adalah urusan tambang, airport tag dan urusan barangan mereka. Di harap lebih ramai dapat membantu mereka. Terima kasih semoga Allah merahmati usaha anda

    ReplyDelete