Monday, June 29, 2009

Bisikan Mikael

Micheal Jakson, Raja Pop Amerika Syarikat.

Foto : Bersama saudara saudaranya




Pada hari ini saya ingin memaparkan tentang kisah orang yang telah meninggal dunia. Saya terharu juga bila dapat berita Jacko telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 25hb Jun 09 kerana serangan sakit jantung.
Foto : Kuat bekerja, berani dan tabah

Pemergianya telah diratapi oleh peminatnya termasuklah yang bukan beragama Islam. Ramai orang mengkagumi bakat seni yang hebat pada dirinya sehinggakan membuatkan dia jadi penghibur yang tersohor di dunia. Raja pop Amerika Syarikat ini telah di lahirkan di Indiana pada 29 ogos 58.Foto : Mengasah bakat seni dari usia remaja

Raja pop Amerika Syarikat di sahkan meninggal dunia kerana serangan sakit jantung. Jacko adalah seorang penghibur yang hebat dan dia telah mengaut kekayaan berbillion dengan usahanya yang gigih.


Foto : Mencipta nama
Setiap insan yang popular itu pergerakan hidupnya selalulah jadi perhatian, intipan dan orang ingin mencari kesempatan diatasnya.

Foto : Bersama isterinya Lisa Marie Pasley,anak kepada ikon rock Elvis Presley .

Maka manusia itu tidak lari dari segala kesilapan. Jacko banyak terlibat dengan berbagai masaalah yang memcemarkan namanya.

Foto : Sentiasa menjadi perhatian dunia tentang bakat dan peribadinhya

Tapi Jacko telah menemui kebenaranya melalui syahadahnya sebagai insan yang bernama "mikael" iaitu nama malaikat yang membawa rezeki. Allah telah mencampakan taufiq dan hidayahnya pada insan insan pilihanya. Kebenaran agama Islam telah membuka pintu hatinya melaui abangnya yang banyak menghadiahkan buku buku agama. Dia telah memilih jalan yang terbaik dan dia mengkhairi riwayat hidupnyaya sebagai seorang Islam.


Foto : Kehebatanya yang ada padanya menjadikan dia orang yang kaya, terkenal dan di kagumi. Akhirnya dia kembali kepangkal jalan dengan kalimah yang mulia. Semuga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan didalam golongan orang baik baik, Insyallah.

No comments:

Post a Comment