Foto : Inilah wajah wajah yang ingin menangani masaalah orang melayu yang beragama Islam di dunia. Marilah kita rebut peluang yang ada ini untuk kita berjihad ke jalan Allah. Aziz Ismail berbaju biru.
Baru baru ini seorang kawan saya ini telah berkunjung kerumah , sudah lama tidak berjumpa denganya. Seingat saya hampir setahun, tapi walaupun tidak berjumpa, nombor talipon masih lagi tersimpan di dalam handphone. Dalam kunjunganya dia telah membawa empat orang sahabatnya yang satu misi dengannya dan mungkin juga satu visi dengan kami juga. Kawan saya ini kalau mahu saya ketegorikan adalah seorang yang sangat baik, murahati dan bersifat redha. Kami telah menjalinkan persahabatan ini hampir 26 tahun. Selama mengenalinya, dia tidak pernah bermuka masam, tidak pernah mengeluarkan kata kata yang bisa dan pedih, tidak pernah marah marah dan tidak pernah bosan dengan sahabatnya yang lari dan kembali semula kepadanya. Di dalam pertemuan kami itu dia membawa satu agenda untuk umat dunia, iaitu untuk menubuhkan satu NGO yang bernama PERSATUAN MELAYU SEDUNIA, di dalam misinya Membantu Mengembalikan Kecemerlangan Bangsa Melayu Beragama Islam di Seluruh Dunia.
Foto : Sebuah Pasar Pagi di Gelang Singapore, orang melayu masih lagi dengan adat dan tradisinya walau di mana mereka berada
Persatuan ini telah di daftar di Sinagpore. Di dalam usaha murninya itu saya telah mengambil satu iktibar dari usaha sahabat yang berjiwa kental ini , bahawa beliau ini di satu ketika dulu adalah seorang usahawa yang berjaya di bidang penerbitan dan dia juga seorang penulis yang hebat, kalau anda ke kedai buku lihat buku agama yang di tulis AZIZ ISMAIL. Empayar penerbitanya bolehlah di kagumi. Tapi hari ini sahabat ini masih lagi mencari sasaran yang bagus untuk bidang yang di ceburinya. Ialah kadangkala itu panas selalunya tidak sampai kepetang, atau hujan pula tidaklah sepanjang masa.Turun naik dalam kehidupan ini adalah rencah rencah yang melazatkan kehidupan. Hari ini sahabat saya boleh berbangga dengan usaha murninya untuk mengembalikan umat Islam yang berbangsa Melayu ini kepada budaya, adat dan kecemerlangan atau kegemilangan Islamnya seperti di zaman solifulsolih. Insyallah kami akan turut membantu sahabat saya ini dengan apa yang saya ada, demi agama, bangsa dan negara
No comments:
Post a Comment