Thursday, June 4, 2009

WADAH


Foto : Berada di Morid di atas jambatan kayu. Ini bukan cover buku WADAH CINTA SOLEHAH yg sebenarnya, nantikan satu paparan yang menarik akan di lahirkan tidak lama lagi, Insyallah

Kalau ada masa saya akan menulis, al maklumlah rutin saya yang sentiasa mengejar masa dengan tugasan yang tidak putus putus selagi nyawa di kandung badan.Saya sentiasa memegang cakap ayahnda saya yang banyak memberi motivasi dan kekuatan kepada jiwa saya, katanya "harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama" kalau mahu di galas pepatah ini, waah cukup berat dan hebat. Mana mampu saya mahu mengalasnya .

Walau macamana pun saya mempunyai hobi iaitu menulis. Bak kata orang sekarang ini "berkarya".

Insayallah i saya akan tinggalkan nama yang baik di muka bumi kalau tidak sebagai penulis, mungkin sebagai ibu kepada seorang penulis.

Walau apa pun untuk memenuhi minat ini saya telah memlayari beberapa blog remaja yang menambat hati untuk di terjemahkan kedalam buku, maka sekarang ini saya sedang mengalihkan laman blog seorang remaja ini ke dalam bentuk tulisan dengan di bantu oleh sentuhan emas dari penulis yang hebat dan bermotivasi tinggi iaitu Hj Muhammad Zakaria. Ini adalah sebagai lakaran cadangan sahaja. Buku yang sebenarnya ialah wajah sebenar penulis blog tersebut, nantikan...

No comments:

Post a Comment