Monday, June 22, 2009

DARUL TAHFIZ SRI AL AIN KG BAK BAK MARAN

Foto : Kejayaan dalam program KEM TAHFIZ AL QURAN pada musim cuti sekolah yg kami anjurkan telah memberi satu sumber inspirasi. Bahawa anak anak ini adalah ibarat kain


Program pendidikan adalah satu agenda yang mesti diutamakan ketengah masyarakat pada hari ini.Bukan setakat program akademik sahaja yang sentiasa di naik taraf oleh kerajaan.Tapi program pendidikan Al Quran & Agama itu tunggak utama dan mesti di beri laluan oleh setiap olek pihak berwajib. Hari ini ramai orang bercakap tentang anak remaja yang bermasaalah dan anak remaja yang terjerumus kelembah maksiat.


Foto : Hidangan makanan yang bersih halal dan suci adalah menu utama dalam pembentukan untuk menjadi seorang penghafal al Quran

Tapi apakah kita mahu memikirkan satu agenda peyelesaiannya? kadang kadang itu bila anak anak dah rosak atau anak telah jauh meyimpang dan kata kata nasihat serta tegoran ibubapa dah di dengar lagi maka di saat itu baru ibubapa mahu mencari jalan untuk membaiki sikap anak anak tersebut.


Foto : Displin merupakan tunggak sebuah kejayaan dalam program.

Membaiki sikap anak di waktu telah besar atau berusia belasan tahun bukan satu jalan yang terbaik. Kerana mereka telah meletakan satu sasaran dan matlamat didalam mindanya atau pun mungkin hatinya sudah tertutup untuk membuat kebaikan dan sudah hilang minat.

Maka saya di sini ingin mengajak anda semua untuk bergabung tenaga,masa, kewangan dan moral untuk mengadakan sebuah kompleks Daruh Tahfiz Sri Ain di Kg Bak Bak Maran diatas tanah peninggalan kedua orang tua saya.
Foto : Pakaian yang bersih membentuk peribadi yang mantap

Kawasanya cukup stertegi, rumah pusaka masih ada dan depan rumah sudah ada dua buah kolam ikan yang di tinggalkan begitu sahaja tanpa di usaha kerana kesemua adik beradik saya kurang berminat untuk satu pembangunan yang boleh di mafaatkan.

Darul Tahfiz Sri al Ain Kg Bak Bak ini saya akan lancarkan insyallah pada bulan ogos dan didalam perancangan awal saya ingin mencari dana sebanyak RM 30,000 (Ringgit Malaysia : Tiga Puloh Ribu Sahaja) untuk pembersihan kawasan sekitar, baiki rumah dan penambahan untuk kelas, asrama, surau dan alat pembelajaran.



Foto : Waktu belajar yang telah di tetapkan dengan modul yang sempurna merupakan gabungan didalam pencapaian yang cemerlang seseorang pelajar

Untuk permulaan ini saya akan mengambil seramai 20 orang pelajar di kalangan anak anak orang miskin atau kurang berkemampuan atau pelajar dari kemboja. Dan saya tidak bercadang untuk satu institut kormesial, tapi saya berhasrat untuk melahirkan para alim ulama dan para tahfiz al Quran yang akan bertebar di muka bumi ini.

Foto: Guru yang berwibawa dan berpegalaman

Kos bulanan adalah seperti berikut

  1. Elaun 2 orang guru RM 1000 x 2 RM 2000
  2. Elaun Peyelaras 1 org RM 1300 RM 1300
  3. Makan minum pelajar RM 15 x 20 x 30 hari RM 9000
  4. Ealun tukang bersih RM 800 x 1 RM 800
  5. Peralatan & alat bantuan mengajar RM 200 RM 200
  6. Pengurusan hal ehwal pelajar RM 150 RM 150
Jumlah bulanan RM 13,450

Semua kos ini boleh di taja oleh sesiapa sahaja. Sebagai contoh kalau restoran atau orang perseorangan yang menaja makan untuk sekali makan atau satu hari makan, maka sangat mengalu alukan. Begitu juga dengan elaun guru. Program saya ini adalah satu program Infak dan sedekah untuk anak anak yang mahu menjadi penghafal Al Quran.


Foto : Inilah halaqah /Usrah perbincangan di dalam berbagai permasaalahan dan isu semasa

Pelajar yang menamat pengajian tahfiz al Quran ini akan di hantar ke Jordan atau Mesir untuk dimantap. Dan pihak kami akan menaja mereka sehinggalah mereka tamat pengajian. Ini sebuah hasrat saya dalam masa terdekat. Saya membuka ruang dan peluang ini kepada anda semua untuk program infak dan sedekah ini.

Jika ada sebarang pertanyaan oleh hubungi dan jika anda meyalurkan bantuan kewangan anda kedalam akaun


Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA)
No Akaun 2-00-5561-00001319-0
Bank Agro Bank. Agro Bank


Foto : Sentiasa tekun dan sabar serta kuat ingat. Itu resepi penghafal al Quran

No comments:

Post a Comment