Thursday, June 18, 2009

PILIH KASIH

Foto : Gambar ini pada 5hb Januari 05,di Lapangan terbang Sultan Iskandar Muda, Acheh Darul Salam.Dalam misi kemanusiaan Tsunami.
Saya ada tujuh orang anak, anak teruna ada, anak dara ada. Semuanya ada kelebihan tersendiri, dan ada kekuranganya. Dalam tujuh orang tidak di nafikan ada seorang yang kasih saya terlebih sikit dari yang lain.Bukan kerana dia bongsu atau dia sulong atau tidak juga anak yang tengah.Tapi entah kenapa kasih itu macam terlebih kat dia. Kalau makan tu ingat dia, kalau jalan jalan tu ingat nak bawa dia, kalau saya sakit dia akan tahu bahawa saya sakit dan dia akan tunggu dan urut badan saya sampai saya sembuh. Bukan saya mahu mengasihi dia lebih, tapi perasaan itu kadang kadang memang macam tu.

Anak ini dia bersikap pekak, buta dan hati kering dengan saya. Kalau saya marah dia tak lawan, kalau leter dia buat tak dengar, habis tidak pun dia akan kata "mak jangan cakap kuat kuat nanti orang dengar" kalau saya pukul dia akan tahan badanya sehingga saya tidak jadi nak angkat rotan, dan pernah saya cubitnya kerana terlalu geram dengan perangainya yang memang nakalnya lebih juga. Sedar sedar cubitan saya itu berbekas di pahanya. Lama saya pandang mukanya, dia buat tak tahu aje dan dia boleh tanya saya" mak dah habis marah ke" itulah anak yang seorang ni. Ada juga anak anak saya yang ambil hati bila saya tegor dan marah. Kadang kala tu dia punyalah tarik muka masam lebih dari cuka. Ada juga anak saya kalau saya leter dia akan berleter juga, kalau saya kuatkan suara dia akan kuatkan suara dia lagi kuat. Ada juga anak saya kalau saya tegor silap dia, maka dia akan balas balik dengan " mak tu tak tahu......" itulah ragam anak anak yang saya perlu tangani.

Perangai anak anak ni bukanya apa... bak kata orang sekarang ni, jiwa anak remaja. Anak anak zaman ini tidak berapa nak suka mak nya bercakap dan bercakap, tapi kalau mak tak cakap pun tak boleh juga. Nanti dia akan langgar peraturan yang dah kita buat.

Foto : Renung... jangan di sangka air yang tenang tidak ada buaya.

Anak yang saya perasan kasih ni bukanlah dia ni terbaik antara tujuh orang ni, dan bukanlah sebab dia lawa atau kacak ke, tapi sikap dia yang membuatkan saya sentiasa senang bersama denganya, kalau saya ada hal dia tahu saya perlukanya untuk membantu. Dia ni pulak kat mana saya duduk kat situlah dia ada, mengeselkan badanya, tanganya main main rambut saya. Urut betis saya dan kalau lepas sembahyang wajib bercium pipi kanan, pipi kiri dan dahi. Kadang kadang itu sebelum dia solat saya suruh dia basuh mukanya pakai sabun, sebab dia kuat sangat main dan kebersihan tak berapa nak jaga dan bau peluhnya. Pernah satu hari dia nak pergi sekolah, saya hantarnya kesekolah, tapi hari tu dia buat silap, saya marah dia dalam kereta dari rumah sampai kesekolah. Dia diam sahaja. Oleh sebab marah, saya tak mahu ciumnya, akhirnya dia tak turun dari kereta dan tak pergi sekolah.

Sikap begini telah membuatkan saya jadi terharu dan sering ingin mencarinya kalau lama tak jumpa dan sering rindukanya kalau lama dia tak talipon. Dan saya akan cari helah untuk jumpa denganya kalau dah lama tak ketemu. Kalau dia talipon, dia akan pastikan perkataan akhir yang akan saya ucap " bye sayang, l love you". Pernah sekali saya tak sempat nak ucap, dia akan call semula.
Foto : Ini adalah barisan anak anak saya di Kg Merbau Maran Phg. Tapi saya lebih rapat yang bernama Dogol iaitu no 6 dari kanan (rambutnya yang ada sikit kat depan tu, pakai gelang warna putih) bila saya datang dia akan mengekor kemana saya pergi

Bila perasaan ini saya dapat kesan terlebih kat dia saya tidak mahu anak anak yg lain tahu, rupanya perbuatan saya dapat di hidu oleh anak anak yang lain, saya nafikan. Tapi mereka tahu, Untuk menutup sikap terlebih kasih ini saya telah cuba membuat beberapa perkara antaranya saya akan penuhi kehendak anak anak yang lain dengan meterial, tapi mereka tahu bahawa saya ingin menunjuk nunjuk bahawa saya ini tidak pilih kasih. Bila keadaan begini maka ada "cemburu", mereka kata kami bukan nak barangan ini, tapi kami nak apa yang mak buat kat... buat kat kami sekali" iyalah boleh saya buat, tapi dia seperti janggal dan tak kena. Maka kasih itu sebenarnya bukanlah boleh kita pilih pilih rupanya, tapi dia dah terjadi begitu, ada juga anak saya yang belum pernah lagi urut urut badan saya kalau saya sakit, mungkin dia tak biasa agaknya atau mungkin dia rasa segan atau mungkin dia rasa aah mak aku sihat lagi, apa pulak sakit betis". Tapi anak yang seorang ni kalau saya tengah baca buku dia akan tanya " mak nak urut kat kaki mana" padahal saya bukan sakit. " kalau saya tengah buat kerja dengan komputer dia akan datang dekat " mak kita cabut rambut gatal ye"saya pun katalah " cabut lima aje" maka dia akan akan " cabut 50lah mak, lama sikit" inilah anak seorang ni. Kalau saya berjalan denganya dia pasti akan bergadingan dan berpegang tangan denganya. Saya tulis ni bukan apa, sebab saya nak tahu apakah kasih lebih pada seseorang sebab apa? sebab dia orang pandai ke? s atau sebab dia pandai ambil hati. Entahlah saya pun tidak tahu.Anak ini saya jarang memenuhi kehendaknya kalau dia minta sesuatu, sebabnya saya tahu kasih sayang atau nilai kasih itu bukan terletak pada barangan atau memenuhi kehendaknya.

Ada juga anak yang sentiasa saya belikan dan berikan apa yang dia mahu, dan pernah satu ketika saya terlupa mahu belikan apa yang di pesan maka dia berkata " mak tak sayang kita" semenjak dari itu saya mula mengambil berat jika dia memerlukan sesuatu supaya tiada istilah mak tak sayang kita. Sebenarnya saya tidak pilih kasih atau terlebih kasih pada seseorang anak, tapi saya sangat selesa serta berasa tenang dgnnya. Saya harap dia tidak akan berubah kasih sampai bila bila dengan saya.

No comments:

Post a Comment