Foto : Teh tarik kurang manis dan roti canai, menu sarapan dan makan malam
Sudah tiga hari saya sakit kepala, berpusing pusing aje kalau mahu baring atau bangun dari tidur. Kalau naik kereta pergi jalan tak sakit pulak. Tak tahulah sakit ape ni? seingat saya dari hari ahad hari tu saya makan luar bisa menunya bukan luar biasa banyaknya.
Masyallah kalau di bumi bertuah ini, kalau bak makan jangan di hitunglahlah "ramai yang mati kerana makan".
Masa sampai kat rumah mak di kampung makan nasi lemak kak minah yang lemaknya jangan cakaplah... berketul ketul santanya dan sambil tumis ikan bilis yang sungguh meyegat, sejam lepas tu makan pula durian yang baru gugur dari pokok ooo bukan mainlah sedapnya memang sedap durian kampong, kuning isinya makan dua ulas pun dah cukup!
Foto : Daging kerbau di rebus dan di cicah dengan air lada, makan dengan nasi panas serta kuah sup tulang.
Lepas tu pergi pula makan kenduri khawin menu yang jarang jarang orang buat iaitu makan lauk sahaja iaitu udang galah dua ekor, burung puyuh dua ekor dan daging kambing. Kemudian pergi pula ke kuala Selangor singgah di rumah adik dan makan pula kacang rebus, mee sup, nasi ambang ( yang lauknya semuanya lengkap dari ikan, daging, sayur, telur dan mee hoon) sejam lepas itu makan pula nasi pulut hitam dua pinggan sebab sedapnya luar biasa, kata tukang masaknya beras pulut itu di tumbuk dan berasnya tidak hancur dengan lauknya ikan masin dan budu. Makan malam pula goreng ikan terubuk, sayur dan sambal garam lada.
Foto : Sambal tumis petai dengan nasi lemak kak minah, punyalah sedapnya...
Inilah menu makan dalam satu hari. Maka pagi esoknya bila nak bangun tidur mata berpinar pinar, nak solat subuh pun tidak larat, maka sakitnya membawa ke saat blog ini di tulis. Inilah akibatnya penangan makanan yang menunya membuatkan pemakanya menderita, dah berbiji biji air kelapa muda minum untuk membuang kalau ada kerancunan makanan dalam perut, tapi sakitnya lambat pulih.
Kali ini saya nekad nak kekalkan menu harian yang biasa sahaja iaitu sarapan pagi roti canai dan teh tarik kurang manis, tengahari roti bun dan kopi O manakala malam pula teh tarik kurang manis dan roti canai. Kalau lapar waktu malam, makan sedikit cokelat, aah selamat dari sebarang peyakit yang membuatkan saya tidak boleh buat kerja kerana melayan peyakit akibat makan. Jangan makan seperti saya makan, buruk akibatanya.
No comments:
Post a Comment