Thursday, June 25, 2009

Mencari Sesuatu

Foto : Berdiri di bawah kiri Ustaz Abdullah Abd Wahad, Ustaz Rasid Arof dan atas kereta Hj Muhammad Zakaria

Setiap hari saya mesti memikirkan sesuatu yg baru untuk dilakukan didalam hidup ini. Saya akan rasa bosan jika perjalanan kehidupan itu sama sahaja. Bukan saya mahu jadi kaya atau jadi mewah, tapi saya mahu mencari sesuatu yang mungkin sudah org lakukan atau belum org lakukan. Malah perkara yang menjadi ketagihan saya ialah berjalan. Ibaratnya saya mahu merentasi sempadan dunia ini dengan mengembara. Bagaimana ya saya mahu berjalan jalan atau mengembara? saya bukan orang kaya, atau orang banyak harta untuk mengembara? saya terfikir juga apakah mengembara ini perlu duit? jawabnya perlu. Zaman sekarang ini kalau tak ada duit macam mana mahu beli makanan, beli tiket atau beli barang cenderahati.

Ini mengembaraan orang kaya kaya, ini melancung namanya dan berkelah kelah. Tapi mengembara macam saya ini tidak perlu duit yang banyak tapi perlu pada fizikal & mental yg kuat.

Kalau lemah menogok kat hotel ajelah.


Foto : Ombak dari tengah laut naik kedarat setinggi pohon kelapa, Manusia, haiwan peliharaan dan harta benda musnah di telan ombak ganas. Ini pengajaran buat kita

Ini saya nak papar kisah saya mengadakan misi bantuan kemanusiaan tsunami di Acheh pada tahun 2004 lalu. Ada org cakap saya, apalah Rusnah asyik cerita pasal Acheh aje? bukan nak cerita pasal Acheh aje , tapi nak cerita pasal perjalanan atau pengembaraan saya di bumi yang di landa bencana alam yang maha dahsyat tu.

Foto : Pelik tapi benar. Rumah Allah tiada yang musnah atau hancur cuma ada sedikit kerosakan. Itulah kekuasaan Allah. Tapi hari ini kita jarang menjengah Masjid sebab mahu mengutip harta dunia...Sibuk memanjang.

Saya ke Acheh pada 20hb Januari 05 bersama 3 orang iaitu Hj Muhammad (Suami saya) Ustaz Mohd Rashid Arof waktu tu dia ni adalah sukarelawan merangkap guru di tempat pengajian saya.

Kami menaiki penerbangan tambang murah airasia dan kami turun di lapangan terbang Polinia Medan.Waktu kami sampai tu punyalah bersesak sesak orang dari seluruh dunia berkumpul di lapangan terbang Polinia, Medan untuk pergi ke Acheh. Dari jepun, Amerika, Australia, Jerman, Filipina, Singapore, India, Malaysia dan berbagai lagi. Ada yg dah seminggu menunggu di airport. Ada yg dah berhari hari termasuklah juga sukarelawan dari Malaysia tak ada penerbangan untuk ke Acheh kerana sudah penuh.
Foto : Gambar ini di ambil dari udara, jalan jalan banyak yg terputus, rumah ranap dan pembangunan tidak tahu di mana.

Tapi kami bernasib sebab Ustaz Abdullah telah menunggu kami di Airport dan tiket untuk kami cuma ada dua sahaja, jadi Ustaz Rashid terpaksalah cari pengangkutan lain. Setelah di cari maka dapatlah van untuk ke Aheh, tapi van itu terpaksa bergerak jam 10 malam. Jadi terpaksalah Ustaz Rashid akur dengan ketentuan itu.

Dan kami pun naiklah pesawat menuju ke Acheh Darul Salam. Ketika kami sampai ke Medan jam 9.00 pagi kami bertolak ke Acheh Jam 3.00 petang.


Foto : Ini satu kontena ubat ubatan dari Jepun di turun dari misi bantuan mereka untuk orang Acheh.

Apabila jejak sahaja kaki di lapangan Sultan Iskandar Muda Acheh Darul Salam iaitu bumi serambi mekah itu kami lihat satu pemandangan yang sangat menyedihkan. Dari udara kami lihat kebawah iaitu keadaan bumi seperti retak retak dan suasananya seperti tempat pengumpulan " pembuangan sampah". Suasana sangat sayu dan sedih.

Manakala di airpot seperti ada satu pesta Maritim LIMA Langkawi pula. Dari sekecl kecil pesawat hinggalah kapalterbang perang pun ada. Suasana gawat dan sangat kelam kabut. Barang barang sumbangan melambak lambak datang tanpa henti.


Foto : Ketika kami sampai, ini adalah permandangan biasa.

Ambulan dan kereta sakit bersimpang siur. Dan kami telah di jemput oleh seorang hamba Allah yg sangat baik iaitu yang bernama Chudan (Sekarang sudah arwah, meninggal setahun yg lalu) saya menumpang di rumahnya. Kebetulan pula di rumahnya juga sudah ada sukarelawan dari Aman Malaysia yg di ketuai oleh Dato Mukriz Mahatdir dan beberapa orang krewnya .

Kami bergabung tenaga dan berpakat untuk meyelesaikan bagaimana untuk membantu mereka yg masih hidup serta yang sudah hilang tempat kediaman serta mayat yg bergelimpamgan di sana sini itu.

Foto : Anda tidak perlu menutup mata, takut atau ngeri. Tapi anda harus memikirnya dengan mata hati jika melaknati perintah Allah.

Dato Mukriz dan gengnya selalu keluar mengambil gambar dan menghulurkan bantuanya ke pondok pondok pengajian, manakala kami pula keluar kerumah sakit dan pergi ke kampung pendalaman menghantar bantuan makanan dan pakaian.


Foto : Pakaian yang di hantar oleh penderma. Pakaian ini bukan semuanya boleh di gunakan, kena pilih pilih dulu sebab orang menderma ini adalah pakaian yg penderma sendiri tak mahu pakai.

Kebetulan pula pada ketika itu hariraya korban . Kami telah merayakan hariraya di Aheh bersama sukarelawan yg lain. Pada solat aidil adha semua pemimpin Indonesia, Malaysia turun memberi sokongan moral kepada umat Islam di Acheh. Seingat saya Dato Hishamudin Tun Husin datang untuk solat aidil adha di Masjid Baiturahman. Saya mendengar ktubah di baca dengan sedu sedan dan tangisan yang sangat meyayat hati.


Foto: Di mana harta yang anda himpun?

Semuanya menangis dan berdoa semoga roh yg telah kembali itu di tempatkan di dalam golongan para ambia dan ahli syurga.

Ketika kami berjalan balik dari Masjid kami terpaksa jalan berhati hati kerana cebisan daging dan kulit manusia bersepah sepah di jalanan serta mayat mayat bergelimpangan merata rata. (OK saya sambung lagi cerita yg menarik ini didalam kembara saya di bumi serambi mekah pada hari esok dan saya telah merancang untuk menulis sebuat catataan menarik ini, nantikan...)


Foto : Saya bersama keluarga yg sangat kaya tapi malang menimpanya, anak gadisnya berusia 9 tahun hilang bersama rumah dan harta bendanya. Tak tahu kemana dan dia mencari cari kemana mana saja. Serta sering bertanya orang di mana anaknya gadisnya.

No comments:

Post a Comment