Foto : Ini adalah negara negara yang di landa Ombak Jahat " Tsunami"
Ok lah sebelum saya meneruskan misi pengemabraan di bumi serambi Mekah ini didalam agenda Bantuan Misi Kemanusiaan "tsunami" marilah kita berdoa untuk Allayarham Micheal Jakson yang telah meninggal dunia pada 25 hb Jun 09 kerana serangan sakit jantung.
AL - FATIHAH.
Semoga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah s.w.t
Foto : Ini adalah helilopter peribadi yang menghantar bantuan ke Acheh, org kayalah ni
Hari ini kenapa tajuk blog saya seperti ganas sangat? bukan ganas tapi saya ingin membongkar apakah yang di kata "tsunami" iaitu perkataan yang diambil dari perkataan orang jepun yang memberi makna secara saintifiknya iaitu merujuk kepada ombak laut yang terbentuk akibat kejadian gempabumi,tanahruntuh atau ledakan gunung berapi dasar laut.
Di Acheh daerah atau kota dalam bahasa Indonesianya di sebut "kabupaten" yang dilanda tsunami yang parah iaitu di sembilan Daerah
1 Acheh Barat
2 Acheh Jaya
3 Acheh Besar
4 Bandar Acheh
5 Pidle
6 Bireun
7 Acheh Utara
8 Lhokseumawe
9 Acheh Timur
Pada hariraya aidil adha tahun 2005 saya telah merayakan hari yang mulia ini dengan tangisan dari rakyaat Acheh yang kaum kerabat mereka banyak yang kehilangan.
Betapa berat mata kita memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Begitulah bila Allah turunkan sedikit bencana manusia seperti mengelabah dan hilangn punca.
Dalam perjalanan dari masjid Baiturahman kerumah Chudan kami telah singgah sebentar di gerai Abang Gam yang terletak di simpang tiga Jalan Ketapang. Minum pagi di situ, kami order kopi Acheh yang sangat lazat dan tahu bakar.
Foto Ini kedai makan kesukaan kami, menunya tahu bakar dan kopi Acheh, Sangat sedap.
Foto : Haji Muhammad sedang menimati sedapnya kopi acheh dan tahu bakar ni hinggakan setiap orang datang mengikutnya ke acheh dia akan "duta"nya. Adalah persenya dgn abang Gam. Jangan jadi ahli Gam sudah !
Kalau anda mahu nikmati rasa tahu bakar boleh layar blog saya dalam "mari masuk dapur" lagi seminggu, insyallah!.
Selepas minum kami telah pergi merayau rayau di seluruh jalan di tepi Sg Ketapang dengan meminjam motor Bapak Chudan . Saya lihat ramai sekali kaum wanita dan gadis sedang membasuh dan mengangkat air dari sungai yang baunya sangat busuk dan di dalam sungai itu masih bergelimpangan lagi mayat mayat yang telah kembung.
Foto : Misi Bantuan Kemanusiaan
Foto : Hj Muhammad menerima sumbangan dari rakyaat Malaysia, di rumah anak yatim kami di Acheh
Air di dalam sungai itu tidak mengalir cuma bertahan sahaja. Jadi mayat mayat itu tidak bergerak mengalir. Dan air sungai itu juga orang buat minum dan basuh. Mayat yang kembung itu bukan seorang, bila saya jengok kedalam sungai dari atas jambatan saya kira hampir 12 orang. Ada kanak kanak, ada orang dewasa dan ada yang dah hilang kepala, hilang anggota lain.
Di setiap ada mayat akan di pacak bendera merah, kalau ada sesiapa yang mahu mencari warisnya kalau nampak bendera merah boleh pergi tengok. Kebanyakan orang menengok mayat tersebut kalau yang bukan warisnya dia akan biarkan sahaja. Kerana pada ketika itu sudah hilang rasa kemanusiaan, sebab masing masing seperti telah hilang arah untuk membantu orang lain.
Di dalam sesuatu keluarga kadang kadang yang hilang itu sampai sembilan atau sepuloh orang. Pada ketika itu rasa jijik atau rasa busuk sudah tidak ada, sebab baunya telah sebati dengan hidung kita.
Foto : Inilah jasad yang kami jumpa sepanjang misi pertama kami.
Sebelum saya membuat misi kemanusiaan Tsunaminya, ramai saudara mara dan anak anak saya melarang dari pergi. Katanya nanti kena tsunami, kena peyakit dan makan minum tidak ada. Tapi saya tidak hiraukan masaalah kecil begitu.
Ok setelah selesai sarapan di toko abang gam , kami balik semula ke masjid Baiturahman kerana mahu menjemput Ustaz Rashid yg baru sampai dari Medan dengan Van. Apabila kami bertemu sahaja kami lihat matanya merah sahaja, bibirnya kering dan rambutnya kusut masai.
Rupanyasepanjang malam dalam perjalanan itu dia tidak tidur walau pun sekejap, katanya perjalanan yang memakan masa 12 jam itu dia telah menempuh berbagai masaalah.
1 Dalam Van itu boleh isi 8 orang, tapi di isinya 18 orang dengan barangnya sekali.Ustaz Rashid duduk atas barang.
2 Masaalah jalan kecil, kalau ada kenderaan lain lalu maka van kena berhenti sebentar untuk beri laluan pada kenderaan lain
3 Kedaan hujan dan banjir di beberapa jalan, van terpaksa berjalan perlahan
4 Banyak sekatan di dalam perjalanan. Iaitu sekatan yang dilakukan oleh pihak Gam(Gerakan Acheh Merdeka) bagi mempastikan bahawa dalam van itu tidak ada orang orang yang menjadi musuhnya.
Kami telah membawa Ustaz Rashid balik kerumah Chudan dan beri dia rehat.
Kami telah meneruskan misi dengan Ustaz Abdullah pergi menghantar barang barang makanan dan kami telah mengambil barang dari tentera kita di Airport iaitu susu, gula, tepung dan beras. dan kami juga pergi mengambil air bersih kat tentera pakistan.
Haa ini saya nak cerita sikit pasal tentera Pakistan ini.
Mereka ini datang satu pasukan saya anggarkan dalam tiga puloh orang. Mereka ini ada kemahiran meyuling air dan teknologi itu di bawa dari Pakistan. Jadi banyaklah air bersih di tempatnya. Sesiapa yang mahu air mesti jumpa dengan ketuanya yg nombor satu .
Jadi kami pun pergi minta air darinya, bukan senang mahu jumpa ketua nombor satu, kena jumpa 5 ketua yang kecil kecil baru dapat jumpa ketua nombor nombor satu.
Foto : Kiri ustaz Rashid, Ustaz Abdullah, boss no 1 dan saya.
Foto : Ustaz Abdullah di depan barang sulingan air yang di bawa dari Pakistan.
Saya terkejut bila lihat ketua nombor satunya sedang duduk duduk diatas kerusi dengan kaki bersilang diatas meja dan diatas mejanya tiga keping capati dengan semangkuk kuah dal serta satu cawan besar teh tarik yang berasap asap. Bila dia lihat kami masuk, dia buat muka selamba sahaja. Dan dia beri kebenaran ambilah air selagi mana kita mampu bawa.
Dekat khemahnya saya lihat tenteranya sedang jemur bawang di atas kanvas dan di dapur saya lihat beberapa orang tentera sedang memasak. aaai nikmatnya jadi tentera arahan ye! kalau gitu tak tahulah saya apa bantuan yang di berikan pada rakyaat Acheh.
Ok esok saya sambung lagi cerita ni, tunggu ye dan nantikan paparan saya dalam buku yang tengah dalam pembikinan ini, namanya "PUTERI PHANG" bukan puteri Pahang tau. Jangan salah sangka.
No comments:
Post a Comment