Monday, March 16, 2009

Satu Realiti

Foto : Hj Muhammad yg mengetuai kumpulan menjejaki "Serban Hijau"

"Serban Hijau" itulah satu nama yg sudah lama saya dengar dan baru baru ini sekumpulan pencari serban hijau menjejaki sejarahnya
Kemana kami?
Ke Kg Serban Hijau,Sg Siput Alur Gajah Melaka
Berapa orang pencari serban hijau itu?
Tujuh orang
Foto: Menjejaki "Serban Hjiau"
dari kanan:Helmi,Syukri,
Hajar,Rusnah,Hj Muhammad,
Ummu Jannah dan Thoriq (tiada dlm gambar) serta pasangan suami Isteri yg tinggal di rumah yg paling hujung sekali di Kg Serban Hijau


Malam itu kami meyinggah sebentar di rumah mak di Titian Bintagor,Lubok China Melaka.Seperti biasa belum melelapkan mata pada malam itu mak akan bercerita berbagai sejarah yg lama lama , antara cerita mak yg di ulangnya ialah cerita "serban hijau" kami semua menjadi pendengar dengan longhat dalam bahasa Nogori Sembilan.

Foto : Bersama Mak di Kg Titian Bintagor

Serban Hijau dalam sejarah

Pada tahun 1700 sekumpulan pedagang dari Arab telah datang ke Melaka dengan alasan untuk berdagang,tapi sebenarnya mereka mahu meyembarkan ajaran Islam.Kedatangan mereka ini telah di sambut baik oleh penduduk tempatan.Antara pedagang yg datang itu salah seorang dari mereka itu Syeikh Ahmad Manjun.Nama sebenarnya ialah Syeikh Ahmad,manakala "majnun" itu di gelar oleh penduduk tempatan iaitu yg bermaksud "gila" sebab apa dia di beri gelaran gila? gelaran itu di beri kerana kegilaanya membawa ajaran Islam yg suci dan murni serta mengamalkan ajaran Islam pada waktu itu. Sedangkan pada waktu itu Islam belum berkembang lagi di Melaka. Di samping itu cara dia meyampaikan ajaran tersebut kepada orang ramai serta ibadahnya kepada Allah.Maka orang di kampung tersebut mengelarnya Syeikh Ahmad Majnun.

Syeikh Ahmad ini telah meneroka satu kampung yg pada hari ini telah di abadikan namanya "Kg Serban Hijau" di Sg Siput,Alur Gajah Melaka.Mengikut sejarahnya ialah Syekh Ahmad Majnun ini adalah dari keturunan India sebelah Ibunya dan Arab sebelah bapanya.Beliau berasal dari Goa India.
Foto : Pemandangan di Kg Serban Hijau

Beliau ini sentiasa memakai serban yg berwarna hijau iaitu warna kegemaran bangsa india serta berjubah.Syeikh Ahmad Majnun ini telah membuka sebuah Madrasah yang hari ini di kenali sebagai "Solok (suluk iaitu tempat beribadah) Serban Hijau" beliau telah membuka pengajian agama di madrasahnya serta beliau sendiri yang mengajar tanpa jemu.Beliau juga akan menaiki perahu berulang alik dari kampungya ke Lubuk China untuk mengajar penduduk di Kampung tersebut. Antara anak muridnya yang sangat taat belajar denganya ada juga di kalangan jin jin Islam.Oleh kerana kesolehanya maka pengajianya telah di terima oleh orang ramai dan berkembang di seluruh kampung tersebut, sehinggalah dia meninggal dunia.Apabila beliau meninggal dunia maka anak muridnya di kalangan jin jin tetap menjalan amal ibadahnya seperti gurunya mengajar dulu.
Foto : Surau yang terdapat di Kg Serban hijau

D iantara jin yg sering menampak dirinya ialah Hj Wahid ) gelaran ini di beri oleh Syeikh Ahmad Majnun untuk anak muridnya di kalangan jin ini.Walau pun Syeikh Ahmad Majnun telah meninggal ratusan tahun dulu,tapi anak muridnya di kalangan jin ini telah beribadah di tempat tempat di mana Syeikh Ahmad Majnun beribadah dulu contohnya di Masjid Tititan Bintagor dan ramai orang telah nampak kelibat Hj Wahid ini pada ketika ketikanya.Belaiu selalu berjemaah dengan ahli kariah pada waktu solat .Hj Wahid ini tetap memakai serban hijau dan sering beritikaf di masjid tersebut,
Ini sedikit sejarah yg dapat kami kutip.Dan saya akan terus mencari sejarah ini.Insyallah....

Foto : Sedang kusyuk mendengar sejarah serban hijau

No comments:

Post a Comment