Foto : Steci gambar terbaru dari steci buat peminatnya di seberang untunglah steci ada orang sayang padamu
Siapalah aku ini? itulah kalau kita rasa tidak di sayangi.Kadang kadang org suka membahagiakan kita dengan sekadar ungkapan sahaja."Sebenarnya I sayang kat you" maka kita pun tersemyumlah dgn lebarnya dan kita ingat memang betul lah org sayangkan pada kita,tapi sebenarnya orang hanya mahu meyedapkan hati kita kerana dia tidak mahu kita terasa."Iya ke you sayang pada I" kita pun ragu ragu juga bahawa benarkah dia sayang pada kita "kenapa you tak percaya ke?" dia pun tanya juga pada kita sebab dia tahu bahawa kita ragu ragu dengan ungkapanya."Kalau benar you sayang kat I apa tandanya" kadang kadang di sebabkan keraguan yg bermain di hati, maka kita mahu bukti apa yang menunjukan dia sayang pada kita."Bukti... apa yg you mahu akan I tunaikan " wah hebat ya kalau begitulah bukti orang sayang pada seseorang.Kalau bukti sayang itu pada barangan maka org kaya sahaja yg mampu memberi kasih sayang. Bagaimana kalau org yg miskin atau org yg tidak mampu?tentulah akan berkata "aku miskin tidak ada orang yg mahu dan orang sayang" betul! zaman sekarang ini kalau org mahu cari pasangan mesti cari yg berkereta besar,bergaji besar kalau boleh yg sudah milik rumah yg besar.Ini barulah boleh bukti "sayang"Maka saya terfikir jugalah apakah benar sayang itu pada barangan atau apa ya.... susah mahu cakap. Iya lah kalau sayang lautan api pun akan di renangi atau sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikan sayang.
Foto : Bersama anak anak mangsa tsunami di Aheh yg telah hilang kasih sayangnya, seramai 40,000 orang kanak kanak yg telah hilang kasih sayang.Bolehkah aku mencurahkan kasih sayang untuk mereka?
Jadi sayang ini membawa makna yg sangat luas dan hebat ya! kalau ibu sayangkan anaknya dia akan lakukan apa sahaja,tidak kiralah siapa anaknya. Tapi jangan buat main main kalau bapa sayangkan anak. Kata ayah saya "sayang ayah mendengar kata (maksudnya sayangnya ayah/bapa kepada anak bila dia mendengar kata ayahnya, kalau anak tidak mahu dengar nasihat ayahnya macamana ya.....?) Sayang saudara sama berada ( maksudnya, kalau kita ada duit,ada nama ,ada kuasa maka akan ramailah org mahu mengaku yg kita ini saudara kita ) dan sayang sahabat sama ada (maksudnya seorang sahabat itu akan sayang pd sahabatnya dlm apa jua keadaan sekalipun, samada sakit,susah atau senang sekali pun)" hebatkan sayang sahabat.Ada ke lagi sahabat yang macam tu pada hari ini.entahlah...
Tapi kalau suami sayang kan isteri macamana ya... atau sebaliknya,samalah dengan sayangkan kekasih iaitu sayang suami dan isteri pada hari ini mesti berada dan mengadakanya.
Macam artis saya tengok masing masing semuanya banyak duit tapi kenapa yg bahagianya terlalu sikit , yg selebih bercerai berai, maka salah juga sayang isteri mesti "berada"atau poket penuh, yg penting sayang meyayangi, tak ada duit tak mengapa. Maka istilah sayang ini hanya Allah sahaja yg tahu. Saya tidak mahu berkata tentang sayang dgn lebih panjang lagi. Berikan sayang anda kepada semua org semuga anda akan di sayangi
السلام عليكم ورحمة الله وبركات
ReplyDeleteWaaa.. Stacy dah semakin besar panjang serta kurang kembang dah bulu dia...