Tuesday, March 10, 2009

TIADA BEZA DIDIK ANAK

Dulu lain sekarang lain,Kalau dulu didik anak senang, tidak payah guna saikologi,pegang rotan saja anak sudah faham, patuh cakap ibu dan ayahnya.Kalau pergi kelas mengaji,kena rotan dengan ustaz kadang kala berbirat,tidak berani cakap pada emak,takut bila balik emak akan tambah lagi.Itu anak dulu dulu.

Tapi anak sekarang,isu rotan di bincang pada peringkat kementerian, apakah boleh pelajar pelajar dirotan,kalau boleh, dimana mahu dirotan,berapa kali boleh rotan,Masyallah! maka kini anak anak sudah jadi "hantu"jahat,degil,malas,kurang ajar,sombong,biadap,rosak akhlak,tidak tahu mengaji dan berbagai lagi gejala yang tidak baik sudah menimpa anak.Bila ibubapa pening dengan masalah anak, maka anak dan ibubapa akan cari pakar saikologi.Bincang,


Foto
: Anak remaja sekarang.Ibubapa mesti selalu mendampingi mereka.kerana terlalu banyak perkara yg ibubapa tidak tahu,tapi mereka tahu.
Gambar hiasan: Ummu Solehah, Mohd Thoriq,Mohd Nukman


Ibubapa hari ini harus bijak mengatur beberapa langkah untuk menangani kehidupan anak anak.Makin berusia anak makin sukar untuk di didik dan saya ingin meyimpul beberapa fakta untuk membina peribadi anak anak.

1 Didiklah anak utk mengenal/membezakan mana yg baik dan yg buruk.

2 Beritahu mereka kalau ada masaalah luahkan atau beritahu pada ibubapa,jangan cari kawan utk luahkan perasaan.Kerana org tua lebih memahaminya.

3 Suburkan anak dengan sikap emapati,iaitu keupayaan untuk merasai perasaan orang lain,jangan pentingkan diri sahaja.

4 Ajar anak anak supaya bijak berkomunikasi secara lisan atau penulisan,ini sangat penting.

5 Beritahu anak,bila orang bercakap kena dengar dan ambil perhatian.Jangan buat tidak tahu atau sambil lewa sahaja.

6 Yang paling penting sekali,didik anak bila buat sesuatu itu guna fikiran jangan semberono sahaja.Kerana kalau kita banyak berfikir dan mengkaji insyallah badan jadi sihat otak jadi cergas.

7 Makanlah makanan yg menyihatkan tubuh badan . Jangan suka makanan rengan dan air yg bergas sahaja.

8 Rajinlah beribadah , buat yang sunat secara berterusan.

9.Belajarlah memberi sedekah pada anak anak yg miskin,atau yg memerlukan pada setiap hari walaupun perkara itu agak sukar,kerana kadang kala itu kita tidak punyai wang yg banyak.Sebenarnya bersedekah ini satu nikmat dan banyak rahmatnya.Allah akan murahkan rezeki dan datangkan dengan tidak terduga

10 Hormati org tua

Saya harap kepada semua anak anak harus memahami bagaimana untuk menangani berbagai masaalah semasa,kalau ibubapa atau anak anak yang telah besar atau remaja tidak tahu kedudukan diri dan mananganinya maka akan timbulah gangguan mental seperti di Jepun,Amerika dan Malaysia pun sudah ada yang mengidap gangguan mental.



Foto : Peserta Kem Motivasi Solat di Masjid al Ridhuan Hulu Kelang.

Sedang menghafal hadis, iaitu modul Kem Motivasi anjuran Persatuan Belia Srl al Ain (BERSAMA).


Info :Jika ada pihak sekolah atau surau/masjid ingin menganjurkan Kem Motivasi Solat bolehlah hubungi pihak kami untuk sama sama kita mendidik anak anak kearah genarasi yang beriman,berilmu dan beramal.

Hubungi : 013 -3596574

No comments:

Post a Comment