Tuesday, March 10, 2009

Drama itu

Foto : Bersama dengan Anaknda Mohd Thoriq di KUIS

Bila membaca blogWCS (drama itu) seorang pelajar yang jauh di perantauan,maka saya rasa ingin kembali semula kezaman sekolah.Nikmatnya zaman sekolah adalah satu masa yang tidak dapat di beli dengan wang ringgit,atau emas mengunung.

Zaman saya bersekolah dulu, jauhnya sekolah dari rumah lebih kurang 10 kilometer,jalan kaki,kalau nasib baik tumpang kereta orang,kalau nasib tidak baik jalan kaki sampai berpeluh baru sampai ke sekolah,kadang kadang berlari lari sebab takut "hantu" kerana keluar dari rumah "tanah belum terang" lagi,keliling jalan pula hutan tebal.Kami empat sekawan ,cuma seorang saja lelaki.Kadang kadang pergi sekolah ada belanja,kadang tidak berbelanja sebab ayah tidak ada duit.Kalau tidak ada duit macamana mahu buat? bila waktu rehat terpaksalah main bawah pokok,sebab tidak mahu lihat orang makan...sedihkan.Kadang kala baju sekolah sampai dua atau tiga tahun tidak berganti.Kenapa sanggup begitu ? kalau saya tidak mahu sekolah pun tidak apa,emak tidak marah sebab ada juga anak jiran yang tidak ke sekolah?kenapa kita mesti bersusah payah mahu merebut ilmu.

Kita harus malu kalau tidak berilmu, kita tidak malu kalau tidak makan atau pun duduk di rumah yang buruk.

Seharusnya kesusahan mencari ilmu itu biar berbaloi serta sepandan dan berbayar kelelehanya.

Sekarang lahirkan dalam jiwa anda sebagai seorang yang mencipta
KEKUATAN,KEHEBATAN,
BERKETRAMPILAN DAN UNGGUL.

Lihat bagaimana sejarah megajar kita bahawa orang yang bijak pandai dan berilmu sanggup berjalan kaki berbulan bulan,serta mengikat perut menahan lapar semata mata untuk mendapatkan kesahihan satu hadis,bagaimana kalau dia menghafal ratusan hadis? bagi saya kesusahan seorang menuntut ilmu itu adalah rahmat dan nikmat.KEMBALIKAN AKU KE ZAMAN ITU

Foto : KEM MOTIVASI SOLAT DI MASJID IBRAHIMI,PASIR PUTIH,JAMUAN MAJLIS PENUTUP

No comments:

Post a Comment