Wednesday, March 18, 2009

Anak Ikan Karim

Foto : Anak anak kampung yg suka mandi sungai.
Bukan kolam renang.


Ini adalah kisah saya masa usia 5 hingga 9 tahun.Waktu itu saya adalah dlm golongan kanak kanak yg nakal dan suka berjalan jalan masuk hutan keluar hutan,masuk paya keluar paya, mandi sungai dan macam macam lagi. Kalau waktu cuti sekolah adalah hari pesta yg paling meyeronokan. Bukan macam anak anak sekarang kalau cuti bangun lambat, puaslah emak dan ayah gerakan tapi tak mahu bangun.Kalau budak budak kampung seperti saya dulu,bangun mesti seawal pagi. Sebelum sarapan pergi rumah kawan dulu, pakat untuk buat aktiviti pada hari itu.Kalau semua sudah setuju balik rumah baru sarapan. Lepas sarapan kawan kawan pun akan datang rumah.Waktu itu depan rumah ada paya (sawah) .Aktiviti pertama ialah mencari anak ikan karim.

Ikan karim ini adalah sejenis anak ikan yang baru menetas lebih kurang 5 atau 6 hari .Anak ikan ini suka bermain main didalam air tohor . Seronoknya menangkap ikan karim ini ialah sebab dia liar sikit.Jadi untuk menangkapnya kena guna kepakaran. Yang pakar menangkap ikan karim ini adalah budak budak sudah biasa masuk paya.

Dalam satu satu masa kalau 2 atau 3 jam duduk dalam paya boleh dapat 5 atau 6 ekor anak karim, kemudianbila sudah dapat isi dlm botol kaca dan bawa balik kemudian adukan dengan ikan kawan kawan.

Lepas tangkap ikan karim pergi mandi sungai cari kepah. Dah letih mandi sungai pergi pulak masuk hutan kat rumah. Bila lapar baru balik dan sebelah petang pula main lastik lastik pulak.
Ini permainan sewaktu saya kecil kecil dulu dulu membesar dengan alam dan kehidupanya.

Anak anak hari ini pula sungguh ketandusan ilmu "kehidupan" kerana mereka tidak banyak belajar dengan alam. Mereka hanya belajar dari maya sahaja

Memanglah seronok zaman kanak kanak . Bagaimana anak anak sekarang, tahukah mereka tentang ikan karim ini
Foto : Anak anak kampong comot,suka berkawan dan sentiasa mesra.

No comments:

Post a Comment