Foto : Pelajar di Madrasah al Muhajirin di Kemboja bersama dengan sukarelawan dari Malaysia
Ya Allah kenyangnya aku...lepas makan nasi lemak, tosai pulak pas tu buah epal hijau lak,pas ni aku nak makan apa pulak ye! aha minum teh tarik kurang manislah,kalau manis sangat nanti kena kencing manis..tapi sebelum tu aku nak makan aiskrim! sedap ooo.
Ya itulah retetan makan orang di negara saya, makan, makan dan terus makan.
Baru baru ini saya telah dapat khabar seorang kenanaman meninggal dunia tengah makan di restoran jepun.Betapalah nikmatnya hidupnya makan sampai mati di restoran.Kini saya mahu bawa anda mengembara ke negara orang yang susah dan memang susah, tak tahu saya mahu bayangkan bagaimana kalau anak anak kita di hantar untuk menuntut ilmu di negara tersebut.Saya sering ke Kemboja untuk mengikat silaraturahim dengan umat Islam di sana iaitu menghantar sumbangan Quran,telekong,sejadah, buat masjid, madrasah dan ziarah mengziarahi. Sekarang kami sedang menjalankan operasi untuk mengutip kewangan sebanyak RM300,000 untuk menyiapkan sebuah madarasah.
Foto : Pemandangan bekas bangunan madarasah yang terbakar,masih belum di buat baru kerana tidak ada dana,hanya pada anda semua kami serahkan usaha ini.
Insyallah tugasan ini kami akan laksanakan dengan mengadakan satu KONSERT KEMANUSIAAN AMAL RAIHAN di Kemboja pada 29hb November 09 (Ahad).
Kenapa saya mahu membantu mereka ini?
kalau anda mengembara atau jadi pengembara anda mungkin rasa diri anda adalah insan yang sebenarnya.iaitu bagaimana kita melihat kesenangan yang melampau atau kemiskinan yang tegal dan kesederhanaan pada yang mensyukuri nikmat Allah.di Kemboja saya menemui kemiskinan yang melarat walaupun ada segelintir dari mereka ini hidup sederhana tapi yang paling ramainya ialah miskin tegal. Kebanyakan kanak kanak di sana tidak kesekolah sebab ibubapa tidak mampu untuk meyekolahkan anak mereka , manakala kelahiran sangat tinggi setiap keluarga pasti mempunyai lebih dari lapan orang anak kerana info tentang perancang keluarga tidak ada. Ramai kaum lelaki yang hanya hidup bertani dan membuat kerja kampong.Bagi mereka kehidupan miskin ini adalah satu kehidupan yang mesti mereka lalui jua walau kemiskinan itu akan di warisi oleh anak anaknya.
Foto : Kehidupan "mengajar mereka jadi manusia yg tabah", mereka sangat kuat berpegang dengan ajaran agama Islam, hampir semua wanita Islam di Kemboja bertudung.
Saya telah mengziarahi Madrasah al Muhajrin iaitu antara madrasah yang terbesar di kemboja yg mengajar ilmu agama dan al Quran.Bagaimana saya melihat rumah gurunya hanya sebesar bilik tidur rumah kita sahaja di situlah dapor,ruang tamu dan tempat tidur,kalau orang baru khawin mungkin selesa, bagaiman kalau sudah ada anak?
rumahnya hanya di buat dari papan yang terbuang dan kayu kayu hutan.Begitu juga dengan pelajar pelajar yg menginap di asrama iaitu di sini tidak ada makanan di sediakan seperti sekolah berasrama di Malaysia, di sana setiap pelajar akan di beri beras sebanyak 2 pot sehari untuk di masak sendiri dan untuk lauknya pandai pandai masing masing mencarinya sama pergi mengail selepas waktu kelas atau simpan ikan masin lebih sikit untuk di buat lauk makan dengan nasi , makan daging hanya setahun 2 kali iaitu hari raya haji dan hariraya puasa itu pun daging korban dan akikah dari rakyaat Malaysia , manakala kita di sini makan daging sehari 2 kali. Yang paling saya tidak pernah terfikir ialah makan nasi dengan bawang besar di hiris kemudian di goreng tanpa minyak, sebab minyak masak mahal di kemboja, bawang goreng tersebut di makanlah dengan nasi.
Di sini juga para gurunya tidak ada istilah gaji atau elaun, yang ada menerima sumbangan jika ada, kalau tidak ada yg menyumbang maka mereka tidak adalah duit. Mereka harus terima juga kerana mengajar anak anak bangsa adalah satu tanggunjawab.Macamana kalau di Malaysia guru kalau kerja tidak bergaji? mahu di heretnya majikan ke mahkamah.
Foto : Suasana dapor pelajar asrama di Madarash al Muhajirin. Betapa daifnya mereka...sumber air dari perigi,sumber lampu dari pelita dan sumber makanan a dari sumbangan org ramai. Mereka sedang memasak makan malam pada waktu petang ,masih terang lagi, kerana kalau sudah malam suasana gelap jadi mereka tidak boleh memasak lagi.
Manakala pelajar di sini sangat kekurangan buku buku atau kitab, pernah kejadian yang tidak di ingini berlaku di madrasah ini iaitu kebakaran yang memusnah dua bangunan asrama,banyak buku buku pelajar terbakar jadi untuk mendapatkan semula buku tersebut adalah satu yang sukar,jadi meraka hari ini terpaksalah belajar tanpa kitab walaupun harga satu set kitab tersebut tidak sampai RM 30 sahaja. Kebanyakan anak anak yang belajar di sini adalah anak anak orang miskin.
Saya bercadang untuk menubuhkan sebuah madarash untuk anak anak miskin di kemboja ini dan saya ingin menampung 100 peratus pendidikanya, biar mereka ini jadi orang yang bijak pandai dan dapat merubah peta dunia kemiskinan dengan melahirkan manusia yang hebat serta gigih meyebarkan agama Islam di tanah air mereka, kadang kala itu kemiskinan yang begini sering membuat manusia jadi kufur dan murtad. Perkara ini harus kita fikir fikirkan dengan minda kita yang cergas dan bijak ini.
Untuk membantu mereka ini saya harap anda semua sudi meyumbang dalam rangka untuk memberi makan kepada penuntut penuntut di sini iaitu RM 7.00 sehari seramai 250 orang. Jika anda ada kelebihan belanja, bantulah mereka ini untuk belajar, anda tajalah seramai yang anda mampu kerana mereka ini adalah pewaris agama yang meyambung kegemilangan Islam di Negara mereka.Saya akan meyalurkan terus sumbangan anda ke dalam akuan mereka di kemboja melalui Ustaz Zainal Abidin Pengasas Madrasah al Muhajirin
Foto :Inilah wajah wajah yang mengamalkan Islam walaupun mereka miskin dan susah,mencari ilmu dan mengamal Islam adalah satu kewajiban.
Nama Akaun :PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA)
No akaun : 2-00-5561-0001319-0
Bank : Agro Bank
Hubungi saya 013-3596574
No comments:
Post a Comment