Wednesday, March 4, 2009

Berapa gaji untuk tugas sukarelawan


Semenjak dua hari ini saya sibuk mencari dua orang untuk jadi guru di Taman Bimbingan Kanak Kanak Kg Merbau,Maran Phg. Saya talipon beberapa orang kenalan dan beberapa orang fasilitator yang pernah bertugas dengan saya semasa Kem Motivasi dulu. Kebanyakan mereka sudah ada kerja . Saya terus juga mencari dan bertanya kerana dalam masa terdekat ini iaitu pada 15hb Mac 09 ini Taman Bimbingan Kanak Kanak Kaum Peribumi Kg Merbau akan di buka, iaitu setelah hampir empat bulan bercuti,kanak kanak orang asli pun sibuk bertanya bila kelas mahu di buka dan mereka sangat ingin belajar rupanya.Kelas yang di buka tahun lepas dapat sambutan iaitu seramai enam belas orang pelajar yang berusia lima hingga enam tahun.Kebanyakan mereka ini sudah boleh menulis,mengeja dan saya juga meyediakan modul agama Islam pada mereka serta tulisan jawi.Mereka sudah boleh memberi salam dengan baik serta sudah mula mengamal adab Islam seperti mencium tangan cikgu,baca doa sebelum makan,memberi salam pada guru.Inilah penerapan yang telah saya bina untuk kanak kanak kaum peribumi ini,walaupun ibubapa mereka telah murtad.
Saya agak ketinggalan juga membuka sesi belajar untuk mereka kerana beberap sebab yang terpaksa saya tanggung.
1 Elaun guru,minyak moto guru dan makan minum pelajar yang berjumlah RM 900 sebulan
2 Guru yang tidak mahu tinggal di Kampung tersebut
3 Tidak mendapat kerjasama dari pihak pejabat hal ehwal orang asli Daerah
4 Masyarakat memandang kaum orang asli adalah kaum yang bermusim sahaja di cari oleh orang parti tertentu waktu pilihanraya untuk mengundi.
5 Bantuan yang sering di janjikan oleh pihak tertentu tidak pernah dapat
6 Sumber kewangan membuatkan banyak program tergendala
7 Kerjasama dari masyarakat sekeliling terlalu dingin.
Walau pun keadaan yang sukar ini sering meruntun fikiran saya,malah saya sentiasa mencari jalan kepada sesiapa yang ingin meyumbang tenaga,idea dan kewangan sangatlah di alu alukan.
OK lah berbalik kepada pencarian saya untuk dua orang guru di kelas bimbingan kanak kanak orang asli ini rupanya sangat sukar .Bukanya seperti pencarian untuk program TV orang akan datang berduyun duyun untuk daftar sebagai orang glamer.Maka saya pun call lah seorang anak muda yang saya kenal hampir lima tahun dulu,saya pun tanyalah "sekarang kerja apa".Tak de kerja sekarang ekonomi jatuh,syarikat banyak buang pekerja"balasnya selamba sahaja"apa kata kalau saya bagi awak kerja nak tak"tanya saya "kerja ape tu puan"dia bertanya pd saya "ngajar anak orang asli di Kg Merbau" balas saya "boleh jugak" balasnya dengan ghairah "berapa gajinya puan"tanyanya lagi "adalah sikit,makan tanggung,tempat tinggal di sediakan dan minyak moto di beri"balas saya dengan harap dia mahu menerimanya "kalau sikit saya tak mahu,tak cukup,kalau boleh saya nak macam gaji cikgu betul".Saya pun terdiam dan saya rasa semua orang akan berfikiran seperti anak muda ini.Tugas yang murni seperti ini tidak ada orang yang sanggup membantu.Saya faham pada permintaanya,tapi saya juga harus beriktiar lebih kuat lagi kalau saya mahu perjalanan taman bimbingan kanak kanak ini di adakan.Sebenarnya saya bukan orang memiliki harta,wang ringgit,kedudukan atau kuasa.Saya hanya insan biasa yang mahu orang orang murtad ini kembali kepada Islam dan anak anaknya di beri pendidikan.Itulah hasrat dan cita cita saya.

No comments:

Post a Comment