Foto : Seorang wanita yg berusia 60 an di Kemboja masih mampu berniaga menjual kelapa muda di tepi jalan.
Hari semalam,hari ini dan mungkin esok adalah hari hari yg sama akan di lalui, kemana dan apa yg mahu kita buat pd setiap hari? Semua orang mesti berkata, saya seorang isteri/suami ,ibu /bapa, pekerja/ boss atau mungkin penganggur pun satu pekerjaan juga.
Jangan lupa kita ini adalah MAKLUK ALLAH YANG ADA TANGGUNGJAWABNYA
Kalau usia kita sudah 50 an apakah kita boleh bekerja lagi? tentu sahaja boleh kalau tidak ada peyakit yg tidak membolehkan kita bekerja atau kalau umur kita 80 an seperti Tun Dr Mahatdir apakah kita boleh bekerja? tentu boleh kerana badan sihat,otak berfungsi dgn baik.Kalau begitu pada hari ini, ada anak muda yg berusia 20an atau 30an atau 40an tidak ada pekerjaan bagaimana ya...
Bekerja adalah untuk memcari sumber rezeki yang halal, kalau minta sedekah pun halal juga sebab orang bagi,kalau minta orang tanggung atau taja hidup kita pun boleh juga.Tapi mungkinkah boleh seorang manusia yg sihat walhafiat serta boleh membaca menulis dan berselera makan tapi tidak tahu atau mahu buat kerja apa?
Orang yang begini selalunya nafsu untuk jadi orang maju tidak memcabar kewibawaanya dan dia hanya mampu berkata "siapalah aku,duit tidak ada" keluhanya... kadang kala membuatkan kita yg mendengarnya turut lemah dan kesian.
Bagaimana terjadinya sikap se ada nya begini? ini adalah sifat malas,sifat bertangguh,sifat tidak mahu menerima cabaran,takut kalah,malu berdepan dgn masaalah dan takut kecewa.
Sikap orang yg begini sering saja bertukar pekerjaan.Baginya kerja tidak boleh yg meyusahkan.
Orang yg begini selalunya suka menghabiskan masa dengan tidur,main dam,borak borak,
berangan angan.Orang begini selalunya minta dirinya di kasihani dan harap harap kalau dia merintih adalah orang simpati
Sebenarnya sikap orang yg seperti ini ada satu cara sahaja yg boleh mengubatnya iaitu dia mesti cungkil kemahiran dlm dirinya dan bajai dengan kerajinan serta lawan nafsu malas serta suka merintih dgn orang,Insyallah kejayaan akan meyusul
Foto : Orang asli memang rajin bekerja
No comments:
Post a Comment