Info Foto: Ini adalah gambar KEM TAHFIZ AL QURAN 40 hari .Peserta sedang mengadakan tahlil untuk sesorang yang telah meninggal dunia.
Malam tadi,selepas balik dari makan malam dengan En Bakar Mat Din dan keluarganya, iaitu kenalan keluarga kami semenjak 35 tahun lalu di Restoran ikan bakar Bangi,kami berbincang hal iaitu bagaimana mahu menguruskan sebuah organisasi perniagaan kalau berniaga, bagaimana untuk mengisi tabungan persatuan supaya aktiviti kebajikan dapat dijalankan dengan lancar dan kami berbincang juga fahaman liberer (kaum muda) perbincangan rojak namanya.Ini adalah rutin bulanan makan malam bersama En Bakar . Saya pun tidak tahu apa niat atau nazarnya.Dia sendiri akan call sahabat karibnya Ustaz Hj Muhammad menetapkan tarikh dan tempat ,dia juga akan pastikan kami membawa anak anak.Begitulah manusia,buat baik di balas baik.Selepas balik dari Bangi,kami terus saja berkejar ke Restoran AMS Smart,di Bandar Sri Damansara (meja mesyuarat sukarelawan kami setiap malam) .Sukarelawan pun orang sama juga iaitu Nizam,Helmi Amree,Thoriq,Hj Muhammad,Rusnah kalau bulan febauri dulu Ummu Solehah join sekali,kini Ummu Solehah telah balik ke Jakarta untuk sambung belajar.Insyallah bulan Ogos hingga Oktober nanti Solehah dan Sakinah boleh join group maplai. Perbincangan malam tadi sekitar bisnis Nizam yang bawa banyak bahan untuk di terbitkan sempena PESTA BUKU yang tidak lama lagi.Perbincangan kami juga berkisar untuk meyelaras Taman Bimbingan Kanak Kanak Orang Asli di Kg Merbau .Saya lihat Helmi dan Am mengangguk sahaja bila di usulkan cadangan.Saya harap mereka ini akan beri respon yang positif.Saya tahu mereka ini adalah orang yang sentiasa mencari wadah untuk menabur baktinya untuk agama,bangsa dan negara.Insyallah.
Kami balik dari pertemuan tersebut jam 1.10 pagi dan tiba tiba satu mesege tiba "US MOHD ROM SG PENCALA MENINGGAL DUNIA MALAM INI,SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSANYA ..AMIN .mesege yang di hantar oleh Ustaz Hj Abu Hassan Yusof.
Tiba tiba terpacul kata kata dari Hj Muhammad sahabat Ustaz Mohd Rom dan Hj Abu Hassan Yusof "hidup di dunia ni tak lama rupanya"saya amati ayat ayat itu.Benar hayat umat Nabi Muhammad ini tidak panjang, Nabi sendiri pun wafat pada usia 63 tahun.Apa lagilah umatnya yang mana sekarang ini kematian rakyaat Malaysia semuanya akibat "Makan" terlebih makan,sedap makan,mahu makan selalu dan cari duit hanya untuk makan.Saya pun mencungkil rahsia dari Ustaz Hj Muhammad Zakaria,siapakah orang yang dimaksudkan itu.Katanya "Peringkat awal penubuhan Al Arqam di Sg Pencala dulu, Arwah Ustaz Mohd Rom adalah antara enam orang yang terawal .Waktu itu arwahnya berusia enam belas tahun'Katanya,terharu saya mendengarnya penjelasan yg rengkas, bermaklumat dan saya rasa ramai orang tidak tahu hal ini.
Antaranya ialah mereka yang enam orang itu ialah:
1 Ustaz Hj Ashaari Muhammad
2 Pak Salleh Bakar (Aktivis Puisi)
3 Ustaz Zakaria Amsori
4 Arwah Ustaz Mohd Rom
5 Cikgu Rahman Tajwid
6 Ustaz Rosdi Budiman
Wah... besarnya jasa arwah Ustaz Mohd Rom ini rupanya.Saya harap semoga amal ibadahnya penjadi penemanya di alam kubur juga semoga rohnya di cucuri rahmat dan di masukan dia ke dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh.
No comments:
Post a Comment