Foto : Lambakan buku tidak pasti yg mana satu bermutu dan asli tulisan penulisnya
Anda tahu apa itu"cut paste"maknanya "potong dan tampal" maksudnya sebelum ada teknologi komputer proses untuk membuat buku ini agak sukar juga.Bukan dari idea atau ilhamnya tapi dari segi teknikalnya /layoutnya.Caranya ialah bahan bahan yg hendak di cetak itu akan di tampal tampal pada satu kertas yg keras kemudian akan di hantar untuk di buat filem.Selepas itu barulah di cetak .
Tapi cute paste hari ini lain pula istilahnya iaitu search bahan bahan dalam rencana atau tulisan orang di dalam internet lepas itu kita copy lepas itu paste dan masuk dalam bahan buku yang kita mahu buat. Jadi kerja ini senang, tidak payah fikir fikir atau cari bahan bahan, selak kitab sana atau buka buku sini .Sekarang buat buku sudah senang.Maka kebanyakan penulis hari ini telah pun mengunakan cut paste, inilah penulis yg malas dan tidak pandai menulis tapi mahu jadi penulis. Maka hari ini ramailah penulis yg hendak bergelar penulis segera membuat kerja seperti ini.
Kalau mahu jadi penulis yg sebenar benarnya memanglah susah, sebab terpaksa mencari ilham atau sumber inspirasi kemudian barulah mengarang , yg paling penting mesti ada minat untuk jadi penulis serta rajin dan berilmu , itu yg penting.
Hari ini kita lihat lagi ada satu perkara yg tidak baik iaitu pengunaan nama penulis.Buku sekarang ini kalau orang ada nama tidak payah susah payah menulis seperti ulama zaman dulu yg menghasilkan ratusan kitab dari kaji selidik dan merantau jauh mencari ilmu untuk menghasilkan kitab,sekarang tidak payah begitu.Kalau ada nama maka akan datanglah skrip skrip untuk di tumpangkan namanya konon kalau guna nama org yg sudah ada nama buku itu laku.
Sekarang ini mana mutu buku? lambakan buku di pasaran pada hari ini seperti lambakan ikan busuk yang tidak laku di pasar borong.Orang hanya jeling sahaja.
Foto : Org malas pun boleh jadi penulis iaitu cut paste sahaja
Ada sesetengah pembeli itu membeli sebuah buku mereka akan baca dulu sikit isi di dalamnya,
bila puashati baru beli.Kalau boleh elakan penulis yg kurang bermutu ini kerana buku adalah khazanah ilmu yg orang akan baca dan jadikan rujukan,kalau buku yg di baca itu di buat dari hasil orang malas atau orang mahu ambil kesempatan.Maka akan rosaklah industri buku dan orang akan cari buku luar untuk di bawa masuk kedalam negara,kerana mereka tidak puas baca buku tempatan yang cut paste . Org yg menulis buku cut paste ini adalah orang gila nama atau istilahnya "glemer murahan" mahu terkenal sebagai penulis tapi tidak pandai atau malas menulis, maka tiru sahaja bahan orang dan tulis nama dia.
Kalau kita menghasilkan sebuah buku yg lahir dari idea dan ilmu kita sendiri, Insyallah buku itu akan lebih bermutu.Ada juga yg menulis hasil dari pengalaman hidupnya sendiri contohnya dalam novel laskar pelangi yg tengah meletup letup di negara jiran kita.Tapi di negara kita belum ada novel dari sejarah hidup di tulis dan di filemkan.Saya harap satu hari nanti akan ada org yg akan jadi jutawan hasil dari sejarah hidupnya yg ditulis sendiri dan di filem seperti sejarah hidup Mathama Ghandi
No comments:
Post a Comment