Foto: Anak anak yatim Darul Tahfiz sri al Ain Acheh
Pada tahun 2009 ini maka telah masuk tahun ke 5 Darul Tahfiz anak yatim Sri al Ain Acheh telah beroperasi di Acheh Darul Salam di dalam agenda Misi Kemanusiaan iaitu membiayai Anak yatim & anak Fakir miskin.Tidak di nafikan keujudan mereka di dalam agenda kami iaitu Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA) adalah merupakan satu rahmat dan nikmat. Betapa berat anda semua memandang kami untuk membiayai sebuah pusat penjagaan dan pendidikan mereka ini, berat lagi kami menanggungnya. Iaitu satu tanggungjawab yang di galas .
Kadang kadang permintaan kami di tolak mentah mentah dengan alasan "ala tsunami dah lama berlalu, apa nak sibu sibuk lagi" dan ada juga rungutan "kat Malaysia ni melambak orang susah,buat apa tolong orang jauh selalu kami mendengar orang berkata kera di hutan di susukan" begitulah cakap cakap orang. Tapi itu bukan bermaksud kami ini pengemais yang sentiasa merintih dan mohon simpati. Tapi dasar tanggunjawab itu seperti satu tanggungjawab bersama buat mereka yang berhati baik untuk membantu mereka. Sesungguhnya bahawa anak anak kecil dia tidak faham bahawa dari mana makanan yg dia makan, dia belajar dari mana sumber kewangan itu. Walaupun bilangan anak anak yg kami biaya tidaklah ramai iaitu seramai 15 orang sahaja tapi kos tetapnya antara RM 2500 ke RM 3500 sebulan dengan belanja sekolah, makan setiap hari,yuran sekolah dan yuran tiusyen.
Pernah satu ketika pihak kami tidak dapat melangsaikan tunggakan ketrik sebanyak RM 1250 iaitu selama 6 bulan dan pihak pemerintah memberi notis selama 3 hari sahaja untuk memotong bekalan letrik. Dalam soal begini siapakah yang menanggung siapa, apakah bebanan ini hanya kami sahaja atau ada mata lain memandang dengan linangan airmata anak anak ini belajar dalam suasana yang gelap, sedangkan kita semua masih boleh menikmati letrik dengan sepuasnya.
Yang meyedihkan pihak kami masih belum lagi mampu untuk membayar elaun pengasuh walaupun elaun sebanyak RM 400 sahaja seorang iaitu seramai 2 orang. Malah sampai kehari ini tunggakan elaun mereka sudah masuk 5 bulan kami tertangguh. Walaupun apa kedaan mereka pihak kami sentiasa berusaha untuk menjaga dan mendidik mereka dengan sebaiknya walaupun pihak kami terpaksa membuat apa sahaja untuk mereka.
Malah kegigihan seorang Ustaz Abdullah yang bekerja sepenuh masa di rumah anak yatim darul tahfiz sri al ain ini tidak pernah saya memberi walau sesen pun padanya. Kerana pihak saya tidak mampu untuk mencari dana untuk membayarnya.Saya sangat berterima kasih padanya (Ustaz Abdullah Abdul Wahab) iaitu seorang insan yang sangat prihatin, gigih dan bekerja dengan anak yatim sri al ain Acheh ini tanpa menoleh kebelakang. Jasanya tidak dapat saya balas dan budi sangat besar pada kami. Matlamat kami ini hanya satu sahaja iaitu mahu membantu anak anak yang telah di tinggal oleh ibubapa mereka ini. Malah mereka tidak ada tempat pengantungan. Kalau kami biarkan mereka ini mungkin dua kemunkinan akan berlaku iaitu
Foto : Ustaz Abdullah Abdul Wahab, Pengorbananya demi anak yatim adalah sesuatu yg tidak dapat kami balas,hanya Allah sahaja yang menilainya
pertama dia akan jadi anak jalanan dan kedua dia mungkin akan di ambil oleh pihak lain yang akan di perlaku sesuatu kepada mereka seperti yg telah berlaku sewaktu tsunami sehingga lah kehari ini masih banyak lagi berlaku,kerana bilangan anak anak yg kehilangan ini terlalu ramai iaitu seramai 40,000 orang iaitu agenda pihak kristian sangat hebat. Mereka ini akan lakukan apa sahaja asalkan misi mereka terlaksna iaitu membawa anak anak yg masih mentah ini di didik dgn cara mereka dan di latih untuk menjadi musuh Allah nauzubillah. Saya sangat berharap suatu hari nanti saya akan menjadi orang mampu melakukan sesautu untuk mereka iaitu dgn kehadiran insan yang berhati mulia untuk
Foto : Anak anak yatim darul tahfiz sri al Ain Acheh telah di beri pendidikan yang mementingkan agama
membiayai mereka ini secara iklas. Sesungguhnya mereka ini adalah pewaris agama yang telah kami sedia modul kehidupan mereka dengan al Quran & sunnah. Biar mereka jadi orang soleh dan berimam
Untuk mereka yang prihatin dan ingin membantu saya sila sumbangkan sedikit untuk mereka kedalam akuan PERSATUAN BELIA SRI AL AIN
No 2-00-5561-0001319-0 Agro Bank jika anda ingin keterangan lanjut untuk mereka ini boleh hubungi terus kepada saya 013 -3596574
No comments:
Post a Comment