Foto:Anak sekecil ini kadang kala boleh mencetus idea yg sangat bagus,bila mereka bercakap ibubapa atau sesiapa sahaja harus mendengar dan beri sedikit perhatian dan jangan cakap pada mereka "tak usah layanlah"
"Tak Usah Layan"anda tahu siapa yg suka mengunakan perkataan ini? ini adalah perkataan orang yang sombong, angkoh, ego atau dia merasakan bahawa dirinya melebihi dari orang lain.Kenapa dia bercakap seperti itu? Orang yang bercakap begitu selalunya orang di dalam kekalutan mental dan jiwa.Dia rasakan setiap cadangan, luah hati atau ungkapan orang tidak masuk ke dalam akalnya.Yang dia fikir cadanganya sahaja yg munasabah dan betul. Selalunya keegoaan begini sering menjadi hijab dalam hidupnya untuk bersosial dengan orang lain kerana setiap perbuatanya perlu diiktiraf dan juga perbuatanya perlu dapat perhatiaan.
Orang begini adalah orang yg berjiwa kosong dan tandus kasih sayang. Saya sering bertemu dengan orang begini dan saya dapat membaca raut wajahnya kadang kala ceria kalang kala nampak gusar. Dia memerlukan orang lain untuk membantunya pada ketika dia terdesak dan bila dia ada permasaalahanya. Bila dia sudah terlepas dari masaalahnya maka orang yg menolongya kan di salak balik.
Foto :Binatang kesayangan manusia ini (kucing). Bila dia mengeselkan kepalanya pada kaki kita itu menunjukan kita mesti ambil perhatian,bahawa dia mahu makan atau perhatian
Harus di ingat bahawa kecil tidak semestinya anak,tua tidak semestinya bapa dan lagi tua tidak semestinya atok.Kehormatan, kepintaran serta keiklasan orang harus kita perdengar.Peristiwa pernah mendidik kita iaitu sejarah singapore dilanggar todak bagaimana idea seorang kanak kanak telah membuatkan sultan rasa tercabar dengan kepintaranya iaitu kanak kanak itu mencadangkan mengunakan batang pisang untuk menghalang todak menembusi betis manusia dari panahanan muncung todak yang meyerang yg mengakibatkan kematian dan cedera parah.Begitu juga di zaman Nabi Muhammad saw iaitu baginda telah melantik Usamah untuk menjadi panglima perang yg pada ketika itu berusia 18 tahun.Ramai di kalangan para sahabat tidak setuju dengan perlantikan Usamah.Tapi Rasulullah telah mempertahankan.
Kalau adalah dikalangan kita yg sering memandang rendah pada pendapat orang atau pada usianya yg muda maka segala tindakan dan cadanganya di perlekehkan, apakah diri kita ini adalah manusia sempurna yg boleh mencetus kebaikan dan kesempurnaan. Dalam usia kita kian hari kian meningkat kadang kala kita tidak mampu mendidik orang yg lebih muda dari kita atau orang yg di bawah jagaan kita ? kenapa? ini adalah sikap kita yg sering meletakan orang muda atau anak cucu kita atau orang di bawahan jagaan atau pekerja kita sebagai sebagai orang yg pemikiran tidak selebel dengan kita. Mentang mentanglah kita ini ada sedikit kelebihan, maka orang lain kita anggap tidak setaraf dengan kita.
Oleh itu untuk mendidik kanak kanak atau orang muda kita mesti dengar apa pendapat,idea dan buah fikiranya.Insyallah kita berjaya mendidik mereka.
No comments:
Post a Comment