Wednesday, April 1, 2009

Jangan Buat Janji

Foto : Bersama dengan anak anak orang asli di Kg Merbau,Maran Phg

Setelah tiga tahun Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA) bergabung dalam erti kata menjalinkan hubungan sesama manusia dengan orang asli di Kg Merbau,Maran Pahg.Maka kami telah dapat meyelami bahawa mereka adalah satu kelompok manusia yg serupa dengan kita juga.Cuma mereka ini merupakan kaum minoriti di Malaysia.Pengalaman saya mendekati mereka ini bukan lah satu cabaran yg kecil atau cabaran yg di pandang remeh oleh kita.Kerana sebab taburan janjilah menjadikan mereka sudah tidak percaya atau truma dgn "orang melayu". Sering terjadi antara dakwah yg kita bawa kepada mereka dengan penarikan kristian yg halus untuk menjeratkan mereka.Sekalipun mereka telah berjanji untuk tidak balik semula kepada agama asal mereka.

Di Kg Merbau contohnya pihak kami tidak dapat menguasai sepenuhnya kampong tersebut, walaupun laluan mudah untuk kami di kampung itu terbuka luas seperti ada ketua kampong Serengkam adalah orang paling di hormati oleh mereka. Yang keduanya pegawai pejabat hal ehwal orang asli adalah orang Islam dan orang Melayu. Jadi apa jua saranan yg di suarakan olek kedua orang utama ini akan di dengar malah akan turuti.Jadi sekarang ini peranan utama kita ialah mendesak mereka untuk balik semula ke agama Islam adalah pada tangan kita semua .Jika kita mampu untuk menariknya, maka akan berjayalah kita, Insyallah!

Tapi di sebalik itu kelicikan kristian adalah lebih kuat, gigih serta lebih berhemah dan lebih pemurah dari kita untuk mereka.Kemampuan mereka berkorban apa sahaja untuk membawa kaum peribumi ini kepada mereka adalah tidak mustahil sebab mereka mampu melakukan apa sahaja. Telah berulang kali di suarakan bahawa kita tidak kuat menangani permasaalahan mereka. Saya telahpun membuka taman binbingan kanak kanak kaum peribumi pada tahun lepas dengan biaya sendiri, bila saya ingin meyambung kelas buat tahun 2009 ini saya tidak mampu lagi untuk meyara elaun guru dan makan kanak kanak kaum peribumi.


Malah saya tidak pernah mendapat sesen pun dari mana mana pihak walaupun saya telah memohon dengan berbagai pihak dari pihak bawah di peringkat pejabat hinggalah keperingkat menteri.Malah surat yang saya kirim tidak pernah di balas . Justeru itu bukan salah kaum peribumi jika mereka ingkar atau berdegil, kerana kita orang yang tersangat mampu untuk meyara sebuah kelas bimbingan kanak yang kosnya tidak sampai RM 1000 sebulan kita terlalu berkira kira sedangan label murtad ini sangatlah sensitif.Itu pada telinga kita mendengar tapi bukan pada hati kita yang terasa.Di maana letaknya perjuang agama yg kita sebutkan iaitu berjuang untuk agama,bangsa dan negara?

Jika anda ingin mendekati mereka marilah sertai PROGRAM HARI KELUARGA BERSAMA pada 1-3 Mei 09 di Penempatan orang asli Kg Merbau Maran Phg.
Hubungi saya 013-3596574 untuk keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment