Friday, April 10, 2009

Tidak Terduga.

Foto: Al Fatihah buat Bapak Rahman yang telah pergi buat selama lamanya menyahut panggilan illahi pada 8 April 09.

Sebulan lepas Solehah beritahu saya secara sambil lalu sahaja, "Mak, Bapak Rahman ada di Malaysia."
Solehah tahu yang saya suka dengar cerita tentang bapak angkatnya yang sangat baik dan pemurah itu.
"Kat mana dia sekarang?" Aku cuba menanya agar Solehah minat untuk memberitahu perkara yang selanjutnya.
"Dia dah tak mahu susahkan mak, sebab dia sudah merajuk dengan mak sebab dia nak datang rumah, tapi mak sibuk." Itu luahan kata-kata dari Solehah sebulan yang lepas.
Tapi pagi tadi Solehah bercerita lagi satu berita yang mengejutkan saya, "Mak, bapak kita dah meninggal."
"Ha?"
"Bapak Nikmatur Rahman meninggal. Dia kemalangan. Pesawat yang dinaikinya semasa kempen pilihanraya kebangsaan di Indonesia terhempas di Irian Jaya, dekat Papua New Guinea. Jenazahnya akan disemadikan di sana."Kami doakan semoga roh bapak Rahman di tempat orang berimam dan beramal soleh serta didalam golongan para anbiya.

No comments:

Post a Comment