Saturday, April 11, 2009

MATANG


Foto :TQ Anak Gadisku

Setelah dua puluh satu tahun berlalu, saya kira kalau seorang anak itu boleh matang dan bijak di dalam menjalani sebuah kehidupan. Tahu meyesesuaikan diri, pandai mengurus masa, tahu membaiki kekurangan diri, bijak berkomunikasi dengan orang, boleh berdakwah, boleh membawa diri serta mahu belajar untuk bekalan hidup. Kematangan itu datang dari warisan ayah ibu, alam sekitar, asuhan dan latihan. Bagaimana saya seusia begitu sudah bergelar ibu.


Pada kesempatan diri saya waktu itu untuk belajar tidak berpeluang oleh sebab faktor keluarga saya yang mempunyai bilangan adik beradik yg masih kecil dan masalah kewangan. Tapi hari ini untuk anak anak saya mahu mereka galas tanggungjawab pada hati nurani mereka. Biar mereka belajar selagi mereka mampu. Saya harap pilihan hidup yg mereka pilih tidak salah .

Seorang anak saya memberi cebisan kata kata menguat hati buat saya sebagai ibunya, apakah ada benarnya jika seorang anak itu dapat meyimpan rahsia sayang dan kasih buat orang tuanya.

Atau apakah ada benarnya ungkapan rasa sayangnya hanya di depan mata sahaja.

Dan apakah benar rasa kasih dan sayangnya di tika ayah ibunya berupaya.

Bagaimana kalau di suatu hari nanti orang tuanya sakit, nyanyuk atau sakit yang tidak boleh bangun. Sanggupkah saya sebagai orang tua mereka menerima balasan dari anak yang memandang sinis atau meyusuhkan hidup mereka. Semua ini telah saya fikirkan dan selami hati mereka.
Foto : Selagi nyawa di kandung badan selagi itu aku ingin menasihatimu

Bagi saya, harta bukanlah warisan yang terbaik buat mereka, tapi hati nurani serta tanggunjawab , belas ikhsan mereka adalah peranan untuk mereka membebani tanggungjawab sebagai anak yang soleh.

Kalau saya tinggalkan harta, saham atau wang ringgit itu belum tentu untuk menyimpul rasa sayang mereka sekali pun mereka orang berilmu tinggi. Kalau kejengkelan hati yang membuatkan mereka marah dan benci serta rasa menyusahkan , maka ilmu pun tidak dapat menjadikan mereka anak yang baik. Maka keiklasan hati, kemuliaan pekerti dan tanggungjawab itu adalah segala galanya untuk mendukungi kecintaan anak anak pada orang tuanya iaitu 'IBU & AYAH" Terima kasih buat Sakinah kerana menghadiahkan aku "Simpulan Kasih dan Sayangmu" insyallah ini ketelusanmu buatku dari dunia hingga akhirat.

Foto : Tiga orang antara tujuh orang para remaja.

Terlalu besar cabaran dan dugaanya untuk menjadikan mereka insan telus, baik, mulia, berilmu, soleh dan solehah serta meyayangi ibu & ayahnya.

1. Ummu Solehah 23 thn
2. Muhammad Thoriq 22 thn (dlm foto)
3. Ummu Sakinah 21 thn (dlm foto)
4. Nukman Muqarrim 19 thn
5. Salman al Farisi 18 thn
6. Muhammad Ammar Yassar 15 thn
7. Ummu Jannah 14 thn (dlm foto)

No comments:

Post a Comment