Wednesday, April 15, 2009

Lambaian Harta

Foto : (hanya hiasan, anak kecil hatinya bersih, putih dan suci)
Bersabarlah dengan apa yang ada sesungguhnya ketamakan itu boleh membuat manusia rakus dan sering bermusuhan


Sabda Nabi "Andaikata anak Adam itu mempunyai selembah penuh harta,pastilah dia mencari dua lembah, dan seandainya dia mempunyai harta dua lembah,pastilah dia mencari tiga lembah.Dan tidak akan penuh rongga anak Adam itu melainkan setelah ia ia menjadi tanah, atau meninggal dunia" Hari ini saya sudah dapat apa yang mahukan iaitu keluarga yang bahagia dan rumahtangga yang aman damai, tapi didalam hati ini masih berkata kata lagi apakah itu semua boleh membawa bahagia! ya allah kejamnya syaitan ini mengusik lubuk hatiku dengan bisikan jahat begitu. Apakah aku mahu memberontak meminta minta untuk adakan sebuah istana di puncak bukit, kereta besar menjalar, emas bergayut di badan, harta banyak menimbun, atau perabut rumah import yang mewah. Mengapakah hasutan begini di bisikan ke hatiku, tidak hasutan yang lain. ooo sebab aku perempuan.

Maka aku pun tercakaplah pada orang sepatutnya mendengar " bila kita mahu duduk rumah besar di puncak bukit? syaitan pun bertepuk tangan kerana aku mampu meluahkan bisikanya mungkin syaitan telah menang seketika.

Foto : Rumahtangga yang aman dan damai sering di limpahi ramah dan berkat oleh Allah s.w.t

Dia diam sahaja tiada jawapan, tapi ada pandangan sinis mungkin dalam hatinya berkata " tidak cukup lagikah apa yang telah di beri dan kenapa tidak minta istana di kayangan sahaja"Saya pun faham kenapa pandangan sinis itu tajam. Maka saya sepatutnya mempunyai qana'ah, iaitu redha dengan apa yang ada, sebenarnya kepuasan yang di buru oleh saya ada d idalam diri saya, tapi saya tidak merasainya. Rumahtangga yang di bina atas asas agama sebenarnya adalah kasih sayang yang sejati. Kerana iblis adalah musuh kita, ia tidak akan leka walau seminit pun untuk meyesatkan manusia sebagaiman ia telah meyesatkan Nabi Adam dan Hawa, maka kita harus berwaspada, kerana iblis dapat melihat manusia,tetapi manusia tidak dapt melihat iblis. Iblis adalah musuh manusia yang utama. Iblis yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke jalan kesesatan. Pada kesimpulanya bahawa bisikan bisikan jahat dari syaitan ini adalah jalan pemusnah kepada sebuah kedamaian. Pada hakikatnya peranan syaitan ini sangat besar dan kekuatan imam kita mesti tebal dan kuat. Insyallah!

No comments:

Post a Comment