Saturday, April 18, 2009

INSAN RABBANI

Foto: Kulit buku NIK NUR MADIHAH - PERMATA GENERASI RABBANI nukilan UMMU SAKINAH HAJI MUHAMMAD terbitan YAMANI ANGLE SDN. BHD. yang bakal berada di pasaran bila-bila masa sekarang.

Hari ini saya menulis lagi tentang anak nelayan yang pintar ini. Seronok kerana dia seorang insan yang tidak empuk jika direndam atau tak lekang dik panas. Dunia memburunya dengan berbagai kemewahan dan kesenangan, tinggal pilih aje.

Tahniah! Tahniah! Madihah. Saya ada terlibat tidak secara langsung dalam pembikinan buku pelajar cemerlang dari tahun 2006 kemudian 2007 dan hari ini penglibatan tidak secara langsung di dalam buku pelajar miskin cemerlang tahun 2008.

Alhamdulillah kesemua anak-anak ini mempunyai watak yang berlainan. Kemunculan Nor Amalina Cik Bakri adalah pencetus kepada penulis untuk mencatat bagaimana cara dia menguasai pelajaran akademiknya.

Kemudian Nadiah Amirah pula seorang yang kreatif dan bersemangat kental dan sangat mengambil berat tentang ibadahnya kepada Allah. Saya ke rumahnya di Muar dalam rangka menyiapkan buku DIARI NADIAH AMIRAH .

Foto: NADIAH AMIRAH JAMIL - Pelajar cemerlang 2006 18A berkata, "Inilah erti kemenangan yang lebih berharga iaitu untuk dikongsi bersama-sama orang di keliling kita. Kemenangan yang dikongsi lebih manis rasanya."

Manakala pada tahun 2008 ini muncul pula satu lagi yang sedikit luar biasa iaitu manusia yang melabelkan dirinya miskin, kurang makan, banyak bermunajat serta berhati ikhlas. Kelainan begini seharusnya ibu bapa mencari di mana kelebihan anak-anak kita.

Di dalam penulisan karya Ummu Sakinah Haji Muhammad ini yang bertajuk NIK NUR MADIHAH-PERMATA GENERASI RABBANI ini adalah satu karya yang sangat hebat. Penulisan kreatif, buah fikiran dan pengalaman Nik Nur Madihah & keluarganya digabung sekali dalam buku ini.

Kupasan buku ini adalah satu motivasi yang digali terus dari pondok usang kediaman pelajar pintar di Kg. Parang Puting. Rahsia kecemerlangan bukanlah terlalu menarik, tapi penuh dengan sombolik gaNdingan ibadahnya, zuhudnya, ketakwaannya serta usahanya telah membuah satu intipati yang mengemparkan dunia pendidikan.

Tahniah kepada guru yang membimbing anak-anak ini.

Dan kepada seluruh rakyaat Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.
Nantikan buah minda dari Nik Nur Madihah dan titisan tinta dari penulis muda Ummu Sakinah dan lakaran idea serta kata titipan dari perunding motivasi Haji Muhammad Zakaria.

No comments:

Post a Comment