Monday, April 20, 2009

MERUBAH SIKAP ANAK

Pada hari ini semua ibu bapa akan berkata bahawa "anak saya bermasalah." Apakah yang dikatakan masalah anak itu? Banyakkah masalah anak-anak anda? Banyak! Kadang-kadang tidak terpikul di bahu ibu bapa.

Pada hari ini semua ibu bapa bekerja. Kadang-kadang ibu bapa bekerja sampai jarang jumpa anak-anak. Maka anak-anak jadi bermasalah untuk bersua muka atau meluahkan hasrat hati mahu pun untuk memberi pendapatnya.

Maka anak-anak banyak mencurah perasaanya pada kawan-kawan dan orang gaji. Di sini kepada ibu bapa yang menghadapi permasalahan dengan sikap anak maka cuba selak sebuah buku terbitan Telaga Biru iaitu yang bertajuk "Menangani Anak Bermasalah."

Buku ini sangat menarik kerana ditulis oleh dua orang perunding motivasi yang bergabung idea dan tenaga mencetuskan huraian tentang bagaimana untuk menghadapi masalah anak:

  • Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, pakar motivasi negara yang tidak perlu diperkenalkan lagi, dan
  • Haji Muhammad Zakaria, perunding motivasi, pendidik, editor dan sukarelawan kemanusiaan.
Dalam buku ini didedahkan 30 kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak, antara lain ialah:

  • Kurang menghidupkan sunah dalam rumah tangga.
  • Kurang mengasuh anak-anak membuat kerja rumah.
  • Terlalu memanjakan anak-anak.
  • Terlalu memberi kebebasan.
  • Menggunakan teknik "remote control" dalam mendidik anak-anak.
  • Tidak mengenali siapa kawan anaka-anak.
  • Kebebasan bermain Internet.
  • Tidak menguatkuasakan solat lima waktu.
  • Tidak menunjukkan contoh yang baik.
  • Memberi wang berlebihan.
  • Membenarkan anak-anak tidur di rumah kawan.
  • Suami isteri berkelahi di hadapam anak-anak.
Ibu bapa ataupun pendidik harus mempunyai naskah buku ini untuk panduan dalam mendidik anak-anak atau anak murid. Jika dibaca oleh anak-anak pun boleh memberi laluan padanya jalan mana yang dia mahu berubah. Buku yang penuh warna-warni ini berharga RM19.90.

No comments:

Post a Comment