Foto : Zhao Changjun adalah pemain Wusyu yg handal,latihan bermula dari usia dua tahun.
Saya peminat kepada drama atau filem China Klasik atau istilahnya cerita china purba kala. Kerana apa saya minat? kerana pelakunya cantik, handsome, dan paling suka ialah mereka ini boleh terbang terbang. Kemahiran pelakun ini adalah satu kemahiran dan tidak mengunakan teknologi. Kemahiran seperti ini di sebut "Wusyu".
Kalau kita suka melihatnya maka kita dapat satu pengajaran dari perjalanan jalan cerita drama atau filem tersebut. Saya ingin memaparkan satu kisah yg menarik iaitu bagaimana kegigihan seorang pemuda yang merupakan pemain Wusyu yg tersohor di negeri china.Namanya Zhao Changjun yg merupakan seorang pemuda etnik Hui.Beliau telah belajar Wusyu dari bapanya ketika dia berusia dua tahun. Apabila dia berusia enam tahun ayahnya telah menghantarnya belajar kemahiran Wusyu kepadanya orang pakar dalam bidang tersebut. Apabila dia berusia sepuloh tahun pada tahun 1970 beliau telah menganggotai Pasukan Wusyu Shaanxi,beliau berbakat besar dan bermula dari tarikh itu dia telah merantau keluar dari negeri china untuk mempersembahkan Wusyu.
Pada tahun 1987 Zhao Changjun telah beralih kepada pembikinan filem.Beliau berusaha memperkenalkan Wusyu China ke seluruh dunia melalui wayang gambar. Pada tahun 1991 Zhao Chanjun telah menubuhkan Institut Wusyu Zhao Changjun Xian dan menyandang jawatan sebagai Ketua pengarah dan ketua jurulatih untuk institut tersebut.Beliau telah mendidik 10,000 orang tenaga profesional dalam bidang Wusyu iaitu dalam tempoh 9 tahun dan 100 orang pensyarah. Institutnya sering membuat pertukaran pelajar.
Maka di sini tergambarlah dalam pemikiran saya bahawa kemahiran di dalam sesuatu bidang itu kalau di asah dari kecil maka ianya akan menempa sesuatu yang luarbiasa sebagaimana dengan kemahiran pemain Wusyu yang sangat tersohor di china. Dia telah di senaraikan sebagai seorang tokoh dari 45 orang tokoh yg tersohor di dalam bidang sukan itu.
Bagaimana kah kita mengarap kemahiran kepada anak anak kita supaya dia dapat mencipta sesuatu yang luar bisa seperti Zhao Changjun itu.
No comments:
Post a Comment