Tuesday, April 14, 2009

Hargai Diri Sendiri

Foto : Kalau berpakaian kemas, rapi dan bersih maka kita akan rasa berkeyakinan
Siapakah diri anda yang sebenarnya? insan yg perlukan kasih sayang itu yang terutama, insan yang perlukan perhatian itu sudah semesti, insan yang perlu makanan minum, hidup bekeluarga istilahnya "sempurna" .Kadang kala kita tidak boleh bersifat berlebihan sehingga menjadi tamak dan haloba itu tidak boleh. Kalau boleh biarlah kita hidup bersedehana serta sempurna dan teratur.

Iaitu sebagai manusia yang dalam erti kata sebenarnya. Sebagai manusia biasa tidak mungkin sampai pada taraf kesempurnaan, kerana kesempurnaan itu milik allah sahaja. Oleh sebab tamak maka ramai manusia pada hari ini sudah tidak dapat mengenal lagi siapa dirinya, contohnya kenapa dia ada di muka bumi dan buat apa dia di jadikan. Kalaulah begitu kehidupan yang manusia tempuhi maka sudah hilanglah nilai tokok tambah atau nilai menghargai diri sendiri. Malah di hari ini ramai kita lihat manusia yang gila, separuh gila dan sudah hilang perasaan untuk menghargai dirinya.
Foto : Bersihkan laman rumah pada setiap pagi
Saya ingin memapar kisah sewaktu saya berusia 10 tahun, saya tinggal dengan seorang pak saudara. Dia ini seorang peniaga kedai runcit yang boleh di kira berjaya jugalah pada waktu itu. Saya selalu sahaja tinggal dirumahnya terutamanya waktu cuti sekolah. Apa yang menariknya dan membuatkan saya tidak pernah lupa pada jasanya mendidik dan mengajar saya erti sebuah "harga diri sendiri"mungkin jugalah perkara yang sama itu di ajar pada anak anaknya

Setiap pagi kami kena bangun pagi jam 5.30 dan paling lewat jam 6.00 pagi, setelah bangun kami mesti masak air (jerang air) kemudian mandi, solat subuh dan setelah air masak buat air dan sarapan pagi. Selepas itu kami kena sapu sampah di dalam rumah, kutip kain yang kotor dan rendam. Kemudian buka pintu dan tingkap rumah biar udara bersih masuk dan embun pagi meyapa muka , selepas itu kami di suruh basuh pinggan dan sapu sampah di laman rumah pula. Bila jam sudah 10.00 pagi kami kena basuh kain yg di rendam tadi serta menyidai kain dengan teratur di ampaian. Lepas tu kami kena masak untuk makan tengahari.

Bab makan ini memanglah cukup mencabar bagi saya sebagai kanak kanak yang berusia 10 tahun. Kalau dia mahu masak gulai lemak, kami di suruhnya kupas bawang, tumbuk cili api, ambil serai belakang rumah,kukur kelapa dan saya pernah beberapa kali kena marah dan di suruh buat berulang kali sampai menjadi. Untuk makan tengahari hidanganya renkas sahaja tapi lengkap iaitu mesti ada sambal, goreng sayur, gulai ikan dan ulam.Kalau kita malas hidangan begini meyusahkan. Lepas makan mesti basuh pinggan, tidak boleh longgok longgok sahaja.

Pengalaman begini banyak mengajar saya menghargai diri sendiri iaitu kesihatan badan kerana bangun se awal pagi kemudian sarapan tepat pada waktunya, tidaklah sarapan jam 10 atau 11 pg sarapan penting kerana kalau kita tidak sarapan, nak buat kerja pun kita malas.

Manakala membasuh pakaian pada setiap hari, kami di suruh basuh pakaian yang sudah di pakai tidak boleh di longgok sahaja atau di rendam berhari hari dalam besen, akhirnya pakaian jadi rosak dan busuk bila basuh baunya hapak... malu kalau dekat dengan orang pakaian bau hapak.


Foto : Kalau di latih diri tidur pagi akhirnya otak dan badan otomatik akan jadi malas, lesu dan tidak bermaya

Manakala tempat tinggal seperti didalam rumah dan di luar rumah sampah sentiasa di sapu.

Maka pendidikan begini adalah satu kebaikan untuk anak anak, latihanya mestilah seawal tujuh tahun lagi bukan pada usia 25 tahun.Tapi hari ini tidak ada lagi para ibu atau bapa melatih anak di latih dengan latihan begini . Akhirnya hari ini kalau musim cuti, anak anak akan tidur dari pagi sampai tengahari , bila bangun sahaja order sahaja makanan, pakaian bibik atau emak yg tolong basuhkan. Rumah tidak tahu nak bersihkan, bersepah sepah... bila ini beterusan maka anak lelaki dan anak perempuan kita akan rugilah

Kalau tidak pandai untuk menguruskan kehidupan yang asas begini, maka akan merugikan diri sendiri tiada unsur bersih, selesa dan tenang di dalam kehidupan. Yg ada bercelaru, malas dan pengotor. Kalau mahu latih jadi orang yang menghargai dirinya sendiri, latihlah dengan sifat rajin, suka pada kebersihan dan berketrampilan.

Kalau anda malas maka peyakit akan menular dalam diri, sakit badan, lemah lemah serta sakit berjangkit. Tidak guna kita hebat di luar dengan gaya yang di buat buat, spray minyak wangi banyak banyak tapi pada hakikatnya latarbelakang kehidupan kita membosankan


Foto : Sekadar hiasan, malasnya nak mandi, sampai petang pun tidak mandi mandi

Oleh itu kalau anda orang kaya atau orang senang sekalipun anda mesti tahu melakukan apa yang terbaik untuk diri anda, Insyallah anda akan rasa anda menghargai diri sendiri , Anda mampu melakukanya

No comments:

Post a Comment