Thursday, April 2, 2009

Solehah & Group

Foto : Bersama dengan guru tenaga pengajar di Sekolah anak anak Pemulong Kg Pisangan



YAYASAN NANDA DI WILAYAH CIPUTAT. Iye!... ini satu NGO yg berada di Indonesia yg menjalankan kegiatan sosial terutama untuk golongan miskin dan susah serta yang tidak berpendidikan di dalam kelompok golongan kaya raya dan di tengah tengah samudera gedung pendidikan serta beberapa institut pendidikan seperti UIN Hidayatullah.Alhamdulillah masih ada mata yang sudi memandang
ke sudut yang bergelimpangan dengan sampah sarap serta rumah yg di buat dari kutipan kayu kayu playwood terbuang serta dari kotak kotak.Hampir semua perkakas dlm rumah penduduk di kampung pisangan itu adalah barang terbuang yang di pakai semula serta kadang kala itu di baik pulih juga. Bila saya ke Jakarta saya sering di bawa melawat oleh Solehah ke lorong lorong perumahan orang yang kaya. Ya ...Allah tidak tergambar oleh minda kita orang Malaysia ini bahawa kekayaan orang Indonesia ini sungguh luar biasa, pagar sahaja ada yang 15 - 20 kaki tinggi di buat dari besi yg memagari harta serta seisi rumah dari di ceroboh oleh orang miskin dan orang jahat. Manakala di luar rumahnya siap dengan tukang kebun 2 atau 3 orang serta pengawalnya yang berjaganya siang malam, manakala deretan kereta melebihi dari 5 buah. Bagi saya rakyaat Malaysia, rumah menteri menteri atau menteri besar seperti Dato Nik Aziz sangat jauh berbeza dgn rumah orang kaya di Indonesia ini, seperti bumi dengan langit. Kecualilah rumah bisnesman seperti Dato'K , itu baru setaraf dengan rumah orang kaya di Indonesia.
Foto : Hanya guni dan pencakar sampah teman setia orang susah di Kg Pisangan

Maka terfikir juga dari mana kekayaan yang melimpah ruah begitu.

Tapi bila Solehah membawa saya melawat pula ke Kg Pisangan maka saya tidak terkejut, Iye! miskin yg sangat miskin hinggakan anak anak tidak mampu untuk di sekolah hanya tahu melahirkan anak sahaja dan di wariskan pekerjaanya mengutip sampah untuk keturunan mereka. Maka kehidupanya terpaksalah mengais sampah pagi untuk makan pagi,kais sampah petang untuk makan petang .Hidup lebih banyak minta belas kesian orang sahaja.

Guni dan pencakar sampah adalah teman setia anak anak pemulung ini.Saya menerima satu
proposol dari Solehah & Group yg mahu mencari dana untuk amalan sosialnya antara lain permohonanya 3 tahun dulu ialah
  • Perlaksanaan kegiatan belajar untuk masuk ke sekolah dasar yg akan dilaksanakan Isnin hingga jumaat dari jam 7.00 pagi - 10.00 pagi
  • Perlaksanaan kegiatan Taman Pendidikan Al Quran,yg dilaksanakan pada hari Isnin- jumaat dari jam 2.00 petang - 4.oo petang
  • Beri makanan tambahan 2 x sebulan
  • Biasiswa berpontensi (hadiah untuk pelajar cemerlang)
Saya menerima proposal dari mereka iaitu dlm misi membantu, tapi saya tidak dapat melakukan secara berterusan kerana kewangan yg saya dapat tidak menentu. Peringkat awalnya perjalanan bantuan itu lancar juga, tapi pihak PERSATUAN BELIA SRI AL AIN selalu sahaja di undang untuk membantu yang lebih memerlukanya. Tapi pihak kami dapat juga meyiapkan sebuah madrasah bersebelahan dengan sekolah anak anak miskin di Kampong Pisangan itu dengan saluran kewangan sebanyak RM 7000 ringgit.

Saya rasa sungguh terharu bila lapuran dari Solehah & Group bahawa madrasah itu telah di gunakan dengan sepenuhnya dengan berbagai aktiviti keagamaan selain solat berjemaah setiap waktu yg penuh jemaahnya dan segala aktiviti kenduri atau perjumpaan sering diadakan di surau tersebut. Mereka sangat menghargainya dengan sumbangan itu.

Pihak kami ada juga menyediakan pam air letrik untuk menaikan air dari dalam perigi tapi pam itu tidak di gunakan kerana kos letriknya mahal iaitu sebanyak RM 120 sebulan , jadi pam itu di simpan buat sementara waktu. Saya bercadang untuk membesarkan surau tersebut kerana bila waktu jemaah mereka melimpah keluar dan berhimpit himpit .

Kadar yang telah saya anggarkan ialah RM 20,000 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ribu Sahaja) untuk membesarkanya supaya lebih selesa mereka untuk solat. Memandangakan kepadatan penduduk di situ sebanyak 200 buah keluarga iaitu bilanganya hampir seribu orang. Jadi hanya surau itulah tempat mereka solat.

Saya ingin mengucap ribuan terima kasih buat mahasiswa/i UIN yg sentiasa membantu mereka yang susah di dalam rangka pendidikan anak anak pemulong
Foto : Solehah & Group

  • Mohamad Rosyidi
  • Avina Mardhiyah Abdul
  • Ummu Solehah Hj Muhammad
  • Ummu Sakinah Hj Muhammad
  • Faidah Ummami
  • Nurul Hidayati
  • Ari Pratiwi
  • Krisniawati
  • Sophia
  • Rahma Asih
  • Zuraidah
  • Ratna Syarifah
  • Mohd Ishrof
  • Shauma Rezki



Dan Ibu Yanni
Jika anda ingin menginfakan wang anda untuk amalan ini
Akaun : PERSATUAN BELIA SRI AL AIN
No Akaun : 2-00-5561-00001319-0
Bank : Agro Bank

1 comment: