Sunday, April 27, 2008

Tagih Simpati

Anak yatim, anak jalanan,anak pengemis ,anak yang di tinggalkan oleh ibubapa atau anak yang mohon simpati.Tersentuh hati kita sebagai insan yang yang telah dewasa dan matang serta yang sudah berfikiran waras serta bijak bila menceritakan tentang bantuan untuk anak yatim akan di jadikan satu jenaka atau satu topik yang tidak komersial.

Sebenarnya orang yang terlalu berat tanganya untuk meyumbang ini dia tidak pernah merasai sebagai anak anak tersebut di atas. malah kehidupanya walau pun susah satu waktu dulu tapi ayah dan ibubya tidak pernah mengutip bantuan dari orang ramai untuk beri mereka makan kalau ada pun ibubapa akan berhutang atau bergadai harta benda untuk membesar mereka.

Tapi anak yatim, anak jalanan atau anak yang di tinggalkan Ibubapa ini adalah insan yang kurang bernasib baik.Seluruh kehidupanya bergantung kepada orang yang sanggup membela dan menjaganya.Untuk membiayai anak anaknya samada orang peseorangan atau persatuan perlukan kepada satu belanja yang cukup.Kalau tidak tidak cukup macamana?

Ya inilah persoalanya?bilangan anak anak yang begini ramai samada di Malaysia yang negaranya sedang pesat membangun dan begitu jugalah di negara seperti di India,China dan Indonesia dan belum lagi di Asia barat anak anak yang di tinggalkan akibat peperangan yang berpanjangan sana.Saya adalah seorang Individu yang telah menubuhkan sebuah rumah anak yatim di Acheh darulsalam semenjak tiga tahun lalu dan rumah anak yatim darul tahfizsri al ain acheh tersebut masih lagi mengekalkan bilangan anak anak seramai lima belas orang kerana saya tidak mampu untuk mencari dana untuk membiayai mereka dan sangat susah untuk mendapati simpati dari orang ramai.

Malah keadaan ekonomi sekarang yang sangat kritikal dengan kenaikan harga barang.Inilah yang sedang saya hadapi.Tiada orang yang mahu untuk menjadi rakan kongsi untuk meyelesaikan masaalah yang sedang saya hadapi kerana anak yatim mangsa Tsunami ini tida nilai keuntungan yang memberangsangkan serta tidak akan terdapat di bursa saham.

Saya sebagai individu yang menjalankan tugas tugas untuk mencari dana ini sering saja hampa dan kecewa serta meyedihkan ialah ada orang akan berkata kalau hendak minta pertolongan untuk cari dana untuk anak yatim, minta sahaja pada Tuhan bukan pada manusia,apakah kita sebagai manusia yang dianugerahkan oleh Allah dengan rezeki yang melimpah ruah dan sudah tidak tahu nak bawa kemana begitu berkira kira untuk memberi sedikit sahaja bahagian dari limpahan tersebut?apakah dengan memberi sedikit kepada anak anak yatim ini nilai harta akan susut? sebenarnya percakapan begini adalah satu sikap angkuh manusia dengan usahanya dan rezeki.

Saya tidaklah merasa terlalu sedih dengan perkara begini,mungkin ramai lagi orang yang bukan jutawan,atau bukan orang kaya atau orang sederhana pendapatanya ada cita rasanya untuk meyertai saya untuk membantu anak anak yatim,anak yang susah, anak yang tidak bersekolah kerana tidak ada wang.Sehinggalah laman ini di tulis saya masih lagi menanggih simpati untuk mencari dana untuk anak mangsa Tsunami sebanyak RM 20,000 untuk menampung sewaan selama 2 tahun dan berbelanjaan anak yatim yang tertunggak selama empat bulan.Saya kira luahan saya ini adalah satu doa supaya rahmat dan nikmat dari Illahi akan turun kepada mereka.Terima kasih kepada peyumbang.

No comments:

Post a Comment