Foto : Bulan sedang mengambang penuh. Orang dulu dulu kata dlm bulan ada nenek kebayan yang cantik, betul atau salah itu cuma dongengan
Alamkah bahagianya kalau ada orang sayang dan meyintai kita. Terasa diri ini berada diantara langit dan bumi. Dan cinta itu seringkali membuaikan kita dengan ayunan yang mendamaikan dan kita selalu hidup didalam alam yang sangat meyeronokan iaitu bila lafaz lafaz cinta yang di ungkapkan oleh orang menyintai kita.
Cinta ini ibarat nenek kebayan yang duduk di dalam bulan yang sedang mengambang. Masa saya kecik kecik dulu kalau masa bulan mengambang maka saya dengan beberapa orang kawan akan keluar dari rumah dan kami akan pandang kelangit lalu menepukan tangan kemulut beberapa kali sambil berkata kata " wou wou bulan, kami nak jumpa nenek" dan setelah tepuk ke mulut maka tangan kami itu akan menadah kelangit untuk memberitahu nenek yang berada dalam bulan itu bahawa kami nak jumpa denganya, rindu. Maka kami pun tunggulah lama lama sehingga bulan itu di tutup awan lalu kami masuk rumah dan kami rasa puas dan seronok. Dan kami pun selalulah cerita tentang rupa paras nenek dan kami mengambarkan bahawa nenek itu wanita yang sangat cantik dan menawan dan kami terlalu ingin mendampinginya pada setiap bulan mengambang dan kami tunggu bulan itu .
Foto : "I Love You" dan pasangan pun membalas "I Love You too" kalau kat negeri orang putih kalau dah terlalu rindu sangat dgn pasanganya dia dah hilang malu, tak kira depan orang, apa yang dia nak buat, dia buat. Tapi kita orang timur ni kena jaga malu, meluat orang mandangnya. Tapi bebudak sekarang dah hilang malu.
Maka begitulah retetan orang bercinta. Orang yg sedang dilamun cinta ni tak kira orang tua atau orang muda. Zaman sekarang orang yang bercinta akan mengalami keindahanya yang luarbiasa iaitu kerana ada peralatan yang canggih seperti talipon, Internet. Kalau zaman dulu orang bercinta ni nak jumpa pun sukar, perlu hantar surat kadangkala tu berminggu baru sampai atau cari orang tengah nak ceritakan perasaan kita pada orang yang kita cintai.
Tapi hari ni tidak lagi seperti itu, dah canggih. Saya pernah tanya seorang anak saudara yang mengetip handphonenya sampai subuh. Sambil mengetip handphone sambil tersenyum, maka saya pun tanyalah apa yang di senyumkan tu dan ini ulasanya "saya hantar SMS kat mak we, tanya dia dah tidur ke belum?" tapi ni hah dia jawap " belum ngantuk lagi, nak tunggu abang tidur dulu" "saya tanya dia lagi, tadi makan apa?" "mak we saya tu balas , makan sup tulang, sedap dan dia tulis lagi, I makan untuk abang sekali ni" maka sebab tulah saya senyum, sebab mak we saya ni macam orang sewel pulak, macamana dia nak makan untuk saya, dia makan guna mulut dia saya makan guna mulut saya". Maka saya pun katalah kat dia, itu tanda dia tengah mabuk cinta dan baguslah gitu, ikatan dua jiwa bersatu di mulut, dihati dan di perasaan.
Maka anak saudara saya pun mengertilah bahawa dia sekarang sedang dilambung cinta di alam yang jauh tapi sangat dekat di hati. Maka saya pun buatlah kesimpulan dan beritahunya bahawa tanda cinta orang pada kita senang aje nak tau,
1 Dia sering ucapkan /SMS kata kata romantis kadang ngarut
2 Sering belikan hadiah tanda ingatan
3 Kalau apa yang di minta oleh pasangan pasti akan di penuhi sekali pun nyawanya tergadai
4 Tahu menjaga perasaan pasangan
5 Mengurangi beban tugas pasanganya takut pasanganya rasa tertekan
6 Kalau makan pun dalam pinggan nampak muka pasangan
7 Menganggap pasanganya adalah insan yang paling hebat dan menawan
8 Kalau berpisah nyawa dari badan biar di atas ribaan pasanganya
9 Bila mata bertentang mata hati berdebar debar
10 Mengingati tarikh penting pasangan dan mengucapkanya.
11 Wajah pasangan sering bermain dimata, kadang kala terpaksa hantar SMS " Abang sangat merindui ayang di saat ini". Fulammak kalaulah anda ada pasangan begini bak kata Dato Fadillah kamsah "Mandi bersamalah"(Kalau dah jadi suami isteri, tapi hari ini mandi bersama satu kolam dgn pasangan yg belum khawin)
Apakah anda ada ciri ciri yang saya tuliskan itu? Kalau ada alhamdulillah, maka anda adalah pasangan seperti yang saya ceritakan seperti diatas tadi, iaitu masa saya kecik kecik dulu rindukan nenek kebayan di dalam bulan. mengambang. Ingat ye kalau anda dilambung cinta bajailah cinta anda dengan sebaiknya. Bahagialah orang yang memiliki sebuah CINTA dari orang yang menyintainya.
No comments:
Post a Comment