Tuesday, August 18, 2009

MAKBUL

Foto : Sebahagian dari anak yatim sri al Ain Acheh.

Hari Khamis ni Ustaz Abdullah akan balik ke Acheh. Manakala pada hari sabtu insyaAllah kami berdua pula akan ke Acheh untuk menyampaikan sumbangan ramadan untuk anak anak kami yang berada di Acheh. Kami adalah antara pendiri (Pengasas) rumah anak yatim di Acheh itu akan meneruskan usaha untuk mensasarkan bantuan untuk mereka



Foto : Pada kesempatan saya menjengok anak anak yatim ini saya akan sentiasa melayan mereka seperti anak saya sendiri. Kami berjalan sama sama.

1 Bantuan persekolahan (buku, pakaian seragam dan yuran ) RM 300 seorang dan kami perluka RM 4500 untuk kelengkapan mereka bagi sesi Julai 2009 - Julai 2010.

2 Bantuan untuk berbuka dan sahur sepanjang ramadan ini sebanyak RM 4000

3 Bantuan pakaian hari raya RM 60 seorang (Sepasang baju, sebuah songkok dan sepasang kasut) yang berjumlah RM 900 sahaja.

4 Bantuan untuk kuih raya RM 500 sahaja.

Saya akan berusaha untuk memenuhi keperluaan mereka ini. Kalau tak sepenuhnya tak apa, sebahagian pun sudah dapat membahagiakan mereka.

Baru baru ini anak anak yatim tu sakit, semuanya demam dan sudah menjadi adat di negara ketiga orang miskin, susah dan anak yatim tak di benarkan sakit kerana biayanya sangat mahal.Tapi kalau dah sakit nak buat macamana? saya sering membawa ubat ubatan dari Malaysia untuk mereka di sana. Anak anak yang sakit tu di kurantin di rumah anak yatim saja kerana kami tak mampu nak pergi klinik, hospital dan tak mampu dan beli ubat. kami cuma beli ubat sikit sikit dan kongsi ramai.


Foto : Siapa yang sanggup mengubat anak anak ini? kalau bukan seorang yg berhati mulia. Ini anak gadis Acheh yang bernama Mutia telah bekerja dengan rumah anak yatim ini semenjak rumah tersebut di tubuh. Gadis ini sangat mulia hatinya. Dialah ibu, dia kakak dan dialah jururawat. Dia sedang merawat seorang anak yatim yang kena kayap.

Walau apa pun saya rasa sangat bertuah mendapat anak anak yatim ini kerana selama mereka menjadi penghuni di rumah itu belum pernah sepatah kata pun mereka rasa tak selesa atau kurang enak dgn makanan.Dan mereka sangat rajin belajar dan menghafal quran.InsyaAllah satu hari nanti jika umur kami di panjangkan Allah kami ingin mereka ini menjadi anak anak yang soleh dan solehah yg mendoakan ibubapa mereka serta menjadi pemimpin yang beriman,bertakwa dan beramal.

Buat masa sekarang pihak kami sedang mengumpul dana untuk membeli sebidang tanah dan mendirikan sebuah komplek Yayasan Darul Tahfiz Anak Yatim Sri al Ain Acheh iaitu bagi menempatkan anak anak yang miskin, kurang upaya dan anak anak yang terbiar. Doakan semoga hajat kita yang baik baik ni di makbulkan oleh Allah dan setiap yang kita tinggalkan itu akan jadi amal jariah untuk kita di kemudian hari.

Foto :Inilah anak anak yatim yang telah kami didik. Dan kami harap mereka ini akan jadi anak yang soleh.

No comments:

Post a Comment