Foto : Lihatlah betapa bahagianya kehidupan anak orang asli ini.
Saya banyak mengisahkan tentang kemanusiaan. Dari kecil latihan yg saya terima adalah "kita mesti bantu"ini lah motto ayah saya. Malah dari kecil lagi saya sudah di perkenalkan dengan kehidupan orang peribumi atau orang asli. Kalau kita tinggal di bandar ini kalau sekali sekala kita terpandang sekumpulan orang asli maka kita akan menoleh dua kali dan hati kita pun mulalah berkata "orang asli". Bagi saya orang asli ini adalah sudah seperti saudara saya sendiri sebab saya di bawa oleh ayah saya kerumah orang asli semenjak saya berumur 5 tahun lagi. Waktu itu ayah saya adalah seorang tukang sukat tanah, jadi tenaga pekerjanya adalah orang asli. Saya bercampur bergaul dengan anak orang asli macam saya berkawan dengan adik beradik saya. Tidak ada rasa jijik atau rasa terasing. Dan bila usia saya sebegini saya kembali lagi mencari orang asli untuk menjadi kawan atau sahabat saya. Kali ini agenda saya ingin mengislamkan mereka.
Di penempatan orang asli Kg Merbau ada 220 orang asli. Mereka telah di Islamkan dan telah murtad lebih kurang 12 tahun lalu. Mereka tidak dapat pertahan agama Islam kerana ada beberapa perkara yang menjadikan mereka sangat marah. Iaitu mereka di janjikan dgn guru agama tapi guru yg datang itu menunggu sahaja utk mereka belajar, sedang mereka ini masih baru lagi memelok Islam. Yg kedua mereka di janjikan imbuhan duit, tapi hingga ke hari ini apa yang di janjikan tak tertunai.Mereka dapat bertahan hanya beberapa bulan sahaja.
Foto : Ini anak anak taman bimbingan kanak kanak kaum peribumi yg saya tubuh pada 3 hb mei 2008. Seramai 15 org anak orang asli.Usaha yg baik ini tidak dapat di teruskan pada 2009 kerana wang simpanan Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA) telah habis. Mohon bantuan dari pihak yg berwajib, tapi hingga kehari ini janji adalah seperti obok saja. Mendidik anak orang asli ini adalah usaha dakwah.
Betapa susahnya usaha ini saya lakukan kerana mereka telah hilang "kepercayaan". Hari ini kesusahanya tidak dapat saya tulis dan saya gambarkan. Usaha yang dijalankan selama 5 tahun belum berhasil. Kadang kadang saya terfikir untuk berhijrah saja ke Kg Merbau dan tinggal bersama dengan penduduk di kampong tersebut. Tapi tanggungjawab lain yang terletak di bahu saya amatlah banyak dan berat. Kali terakhir saya berjumpa dengan tok batin Omar bin Kilau ialah pada bulan mei semasa penganjuran Forum Bicara Ad Deen dan persembahan Raihan.
Selepas itu saya beberapa kali telah memanggil tok batin untuk mesyurat bagi menjalankan Taman Bimbingan Kanak Kanak Kg Merbau, tapi tok batin tak datang kerana terlalu marahkan saya sebab dlm forum itu ada beberapa ceramah yg di sampaikan oleh penceramah telah menyentuh hatinya. Saya tahu tok batin mahu masuk Islam, tapi ada beberapa ugutan dari anak buahnya dan dia telah di amaran . Jadi tok batin Omar telah mengambil langkah untuk menjauhkan diri dari saya. Tapi saya tak kenal erti putus asa, saya datang dan pujuk tok batin Omar.
Dalam agenda mesyuarat itu datanglah Pengerak dari Pejabat Agama Isalam Daerah Maran, Wakil dari pejabat kesihatan Daerah Maran, Pengerusi PERKIM, tok empat (pengerusi JKKK) Kg Serengkam dan kami dari Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA) dan saya telah menjemput 14 agensi kerajaan untuk membincangkan tentang usaha nak meneruskan Tadika di Kg Merbau, tapi yg saya terima adalah alasan yg tidak munasabah.
Dari perbincangan ada yang menyokongnya dari segi "borak borak kosong" janji nak sumbang elaun gurulah, nak sumbang makanan untuk anak orang asli lah nak cari peralatan untuk tadikalah, tapi itu janji hanya janji kosong dan tidak berisi.
Program forum bicara ad deen yg dianjurkan dengan di janjikan sumbangan tak sampai hingga ke hari ni . Bila tanya macam macam alasan dan cerita.Pada hal program ini adalah usaha dakwah untuk kaum peribumi yg satu masa dulu telah di Islamkan. Dan saya terpaksa menanggung rasa serba salah dengan orang yang janjikan. Saya rasa bersyukur kepada Allah kerana ada beberapa insan yg berhati perut bila kami anjurkan program seperti ini ada mereka rela menyumbang dan meyokong. Terima kasih kepada Hj Wahab Yusof yg sponsor makan sepanjang program tersebut.
Bagi saya kalau ada pihak yg berwajib ini ingin jadi "kulat" menampal atas nama program, saya rasa tak usahlah. Kerana jika anda buat janji maka janji anda itu saya taburkan pada orang dan orang akan memegang pada janji itu. Hari ini kalau satu Merbau tu tak mau masuk Islam bukan salah mereka, tapi salah kita orang Islam yg tak tau tepat janji.
Dan pada hari ini surau di Kg Merbau tu jadi rebutan untuk tangkap kontrak buat jambanlah, buat surau barulah. Tapi bukan berebut nak imarahkan surau. Saya sangat berharap kepada anda yang memandang usaha ini perkara yang baik, bantulah saya dan mereka itu.\
Infakan sedikit dari harta anda untuk jalan Allah ini.
di sini saya beri anda no akaun Persatuan Belia Sri al Ain (BERSAMA)
No Akaun 2-00-5561-00001319-0
Bank : Agro Bank
Nama Akaun : PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA)
No comments:
Post a Comment