Saturday, August 8, 2009

Bangga dgn anak

Foto : Kehadiran peyertaan tidak mengugat penceramah untuk menyampaikan ilmunya dan berkongsi pendapat di dalam mendidik anak. Haji Muhammad Zakaria di SMK Seri Ampang Kuala Lumpur.

Semalam dan hari ini saya telah saya mengikut 2 program motivasi keibubapaan yg di anjurkan 2 buah sekolah yg berlianan taraf

Semalam di Program Mutiara Gemilang di SMK Shahbandaraya, Kelang. Peyertaan hampir 800 org termasuk ibubapa dan anak. Sekolah ini bercita cita nak jadi sekolah bertaraf 5 bintang pada tahun 2012, InsyaAllah dan syabas, dengarnya keputusan SPM pd setiap tahun di sekolah ini lulus 100 %.

Dan pada hari ini saya ke Program Wacana Keibubapaan "Sayangi anak kita" anjuran SMK Seri Ampang Kuala Lumpur. Peyertaanya 10 org Ibubapa 12 org guru dan 5 org urusetia. Sekolah ini bertaraf 2 bintang.Ibubapa tak datang sebab hari ni ahad, ibubapa banyak pergi kenduri kendara dan lepak kat rumah tidur atau nonton TV. Kesian sekolah sediakan banyak minuman dan makanan.

Haa inilah keadaan pada hari ini ibubapa sering di undang untuk di beri peringatan, motivasi dan bertukar pandangan. Tapi apa dah jadi dgn ibubapa? mereka sangat memandang remeh tentang "suntikan semangat" ini. Sikap ini sangat membahaya jika ibubapa tidak jadi orang utama dlm mendidik anak anak. Dan kemana anak anak kita mahu pergi jika iringan ibubapa itu tidak sepenuhnya untuk mendidik anak anak mereka. Saya teringat zaman saya kecil kecil dulu, saya adalah anak kampung yg sering main di dalam semak dan belukar serta di paya. Sebelum saya pergi mana mana ayah saya adalah penasihat utama mengingatkan saya tentang banyak perkara dlm hidup ini. Sehinggakan kepada perkara yg sangat remeh pun ayah akan berpesan . Antara pesan yg masih saya ingat ialah "kalau nak pergi mana mana dan terasa nak buang air kecil atau air besar jangan pakai buang tak tentu arah" dan ayah pesankan saya 3 perkara.

1 Minta izin dgn penunggu di situ " tabik datok nenek, anak cucu nak tumpang buang air" ini perkataan izin

2 Cari tempat yg sesuai iaitu tersorot dari pandangan orang.

3 Lepas buang air tu kalau tak ada air kesat dgn daun kayu kering atau dgn batu.

Jadi pesanan ayah ini masih kukuh dlm ingatan saya dan bila saya sudah besar saya belajar agama di sekolah rupanya pesanan ayah tu ada persamaanya dgn bab taharah, cuma yg tak ada no 1 itu saja.


Foto : Mohd Asif Zakaria. Anak ibarat kain putih, coraklah mengikut kehendak hati ibubapa

Begitu jugalah ibubapa hari ini jangan ambil sambil lewa saja jika sesuatu program yg di panggil oleh pihak sekolah untuk datang. Kerana di situ kita akan dapat sesuatu pengajaran yg baru dan motivasi yang di sampaikan itu boleh kita bawa balik kerumah dan kita adunkan dgn pengalaman kita sebagai org tua (Ibubapa). Maka barulah kita dapat mendidik anak kita jadi orang baik, soleh dan berilmu. Sebab ibubapa ada pengalaman mereka sebagai org tua kpd anak anaknya.

Tapi hari ini kesibukan ibubapa telah membuatkan mereka lupa bahawa mereka ada anak. Dan anak mereka dah besar dan dah tak jadi orang baru mereka tersentap . Masa itu "nasi dah jadi bubur "sebab ibubapa tidak pandang penting di dalam mendidik atau mengasuh anak anak.

Sekolah adalah merupakan wadah kedua. Tapi ajaran ibubapa yg sangat penting.Kerana peringatan, asuhan dan didikan ibubapa yg berilmu itu adalah tunggak kecemerlangan anak di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment